KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong berkemungkinan menjadi ahli Parlimen pertama yang bakal disingkirkan menerusi kaedah Simulasi Pilihan Raya Pecat (PRP).
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) dalam satu kenyataan memaklumkan, Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) Johor telah menghubungi mereka untuk tujuan itu susulan tindakan Choong yang mengumumkan keluar daripada Keadilan untuk menjadi wakil rakyat Bebas dan menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Memandangkan pemohon memenuhi kriteria kami untuk memulakan petisyen PRP, Bersih 2.0 akan membuka petisyen kepada mereka untuk mengumpulkan sekurangnya tiga peratus tandatangan pengundi berdaftar seperti dalam daftar pemilih semasa PRU14 secara atas talian di P.158 Tebrau.
"Sekiranya ambang tiga peratus telah dicapai, dan disahkan oleh Bersih 2.0 sebagai pengundi sebenar di P.158, kami akan menjadi hos kepada forum atas talian di mana pempetisten dan Steven Choong akan diberi peluang untuk menyatakan alasan mengapa beliau perlu dipecat atau dikekalkan," kenyataan itu menyebut.
Sekiranya Choong tidak menerima tawaran ini, mereka akan bergerak ke peringkat PRP seterusnya di mana pengundi Tebrau boleh memberi undi YA (pecat) atau TIDAK (dikekalkan).
Tempoh pengundian adalah selama 30 hari dan semua pengundi berdaftar di Tebrau berhak untuk membuang undi.
Proses PRP akan dilaksanakan secara penuh melalui platform e-undi yang selamat yang direka khas oleh ReGov Technologies.
Pengundi boleh menyertai proses ini dengan selamat dan mudah selagi mempunyai akses internet dan telefon pintar.
"Untuk PRP dianggap berjaya, undi YA mesti melebihi undi TIDAK, dan lebih daripada 10 peratus pengundi berdaftar telah mengambil bahagian dalam simulasi ini.
"Kami akan menyediakan pautan untuk petisyen tiga peratus dan mengumumkan pemulaan peringkat petisyen dalam masa tujuh hari," tambahnya lagi.
Madiha Abdullah
Fri Jun 25 2021
Steven Choong berkemungkinan menjadi ahli Parlimen pertama yang bakal disingkirkan menerusi kaedah Simulasi Pilihan Raya Pecat (PRP). - Foto Facebook Steven Choong
Ratusan peminat sambut kedatangan Lionel Messi di Peru
Ratusan peminat bola sepak menyambut bintang bola sepak Argentina, Lionel Messi, di ibu kota Peru, Lima, pada Selasa.
Al-Hilal kena bayar Neymar RM175 juta
Neymar tidak meninggalkan Al-Hilal dengan tangan kosong apabila dilaporkan kelab itu perlu membayar pampasan sekitar 38.33 juta euro kepada pemain itu.
JPJ keluar 1,968 saman menerusi OP TBC 2025
Pengarah JPJ Terengganu Zamri Samion berkata saman itu hasil pemeriksaan terhadap 19,597 kenderaan termasuk motosikal, kereta, lori, bas dan lain-lain kenderaan persendirian.
JPJ kesan masih ada pemandu bas ambil dadah
Jalan (JPJ) dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) melaksanakan ujian saringan air kencing terhadap pemandu bas di seluruh negara bagi mempertingkat pematuhan sepanjang tempoh Op Khas Tahun Baharu Cina (TBC) 2025.
Perkembangan terkini di Sarawak
Operasi mencari dan menyelamat mangsa tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit di Miri, Sarawak sedang giat dijalankan.
Tanah runtuh Miri: Dua lagi mayat ditemukan
Dua lagi mangsa tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit, Miri telah dijumpai pada pagi Rabu, menjadikan keseluruhan mangsa yang terkorban kepada tiga orang.
Ahmad Zahid meriahkan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina MCA
Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran MCA berlangsung meriah dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Masters Thailand: Era baru bermula, gandingan tumpuan Malaysia-Korea Selatan menang aksi sulung
Gandingan terbaharu di antara pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016, Goh V Shem dan pemain Korea Selatan, Choi Sol Gyu, menampilkan aksi positif.
AWANI Ringkas: Ujian air kencing ke atas pemandu bas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Rusia, Syria terus berunding mengenai pangkalan tentera
Rusia dan Syria akan mengadakan rundingan lanjut mengenai pangkalan tentera Rusia di Syria, menurut laporan agensi berita Rusia pada Selasa malam.
Laporan itu memetik Timbalan Menteri Luar Rusia, Mikhail Bogdanov, selepas perbincangannya dengan pegawai Syria.
Laporan itu memetik Timbalan Menteri Luar Rusia, Mikhail Bogdanov, selepas perbincangannya dengan pegawai Syria.
Milwaukee di AS proses semula 30,000 undi pos akibat isu pengiraan
Masalah mesin itu berpunca daripada kesilapan manusia dan menegaskan bahawa tiada bukti berlaku sebarang campur tangan.
PRK Sungai Bakap: Pengundi muda teruja tunai tanggungjawab kali pertama
Ramai dalam kalangan pengundi muda datang awal kerana enggan melepaskan peluang memangkah calon buat kali pertama.
PRK Sungai Bakap: 39,222 pengundi pilih wakil rakyat baharu hari ini
PRK DUN Sungai Bakap menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon PH Joohari Ariffin dan calon PN Abidin Ismail.
Tiada lokasi 'panas' di PRK Sungai Bakap - Polis
Tiada lokasi dikategorikan sebagai 'hotspot' atau kawasan panas pada hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, esok.
Pemilu 2024: Gibran terus pulang ke rumah setelah 'coblos', mahu pantau kiraan undi
Anak kepada Presiden Jokowi itu melunaskan tanggungjawab mengundi bersama isterinya di Kecamatan Banjarsari, Kota Solo.
Naratif Islam terancam berjaya tarik undi orang Melayu - Mat Sabu
Naratif Islam terancam dan kedudukan orang Melayu tidak terjamin jika memilih PH menyebabkan beberapa pemimpin utama parti itu tewas pada PRU yang lalu.
Undi kali kedua pilih PM Thailand hari ini
Pita Limjaroenrat mendapat sokongan daripada gabungan lapan parti untuk dicalonkan semula pada pusingan kedua pengundian.
Turkiye adakan pilihan raya penentu untuk pilih presiden pada Ahad
Turkiye akan melaksanakan pilihan raya penentu pada Ahad untuk memilih presiden selepas tiada calon yang memperoleh 50 peratus undi dalam pemilihan pusingan pertama 14 Mei lepas.
Mampukah DAP tarik undi orang Melayu?
Pelbagai reaksi positif dan negatif dilontarkan, malah ada yang mengatakan bahawa ia melanggar dan bertentangan dengan dasar parti.
Penduduk Paris akan mengundi sama ada haramkan skuter elektrik sewa
Penduduk Paris akan mengundi pada April untuk sama ada mengharamkan penyewaan skuter elektrik ekoran pertikaian yang berlaku.