IPOH: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak menempelak Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menjalankan tanggungjawab selaku Ahli Parlimen Tambun selepas memenanginya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.
Timbalan Pengerusi PKR Perak, Hairul Amir Sabri menegaskan, kenyataan tersebut bukan hanya dangkal, malah tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang pemimpin politik yang pernah menjadi wakil rakyat selain menjawat jawatan menteri.
Menurutnya, kenyataan Ahmad Faizal seperti keanak-anakkan kerana seolah-olah kabur dan tidak dapat menerima hakikat bahawa Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Ke-10 telah melakukan pelbagai transformasi dalam memastikan semua rakyat, merentasi bangsa dan agama, menikmati kehidupan yang lebih sejahtera.
“Tugas Datuk Seri Anwar kini amat mencabar, khususnya untuk meletakkan kembali asas negara dan kepercayaan rakyat dilandasan tepat selepas berlaku pelbagai kecelaruan daripada sudut pentadbiran dan tata kelola dilakukan pemimpin terdahulu.
“Ironinya, Ahmad Faizal juga tidak perlu membangkitkan isu-isu remeh memandangkan tugas membantu rakyat Parlimen Tambun sentiasa dilakukan secara berterusan melalui kerjasama erat antara PKR Perak, Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Tambun, jabatan dan pelbagai agensi, sama ada di peringkat negeri mahupun persekutuan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Tegas Hairul Amir lagi, kenyataan Ahmad Faizal turut memperlihatkan ketidakmatangan beliau dalam memahami bidang tugas serta tanggungjawab sebenar yang perlu dilaksanakan Perdana Menteri dalam memastikan rakyat menerima manfaat secara adil dan saksama melalui pelbagai dasar yang dilaksanakan.
“Tidak seperti Ahmad Faizal yang kini mempunyai 'banyak masa' terluang dan boleh ke mana-mana sahaja hingga menyandang jawatan penting (Pengerusi Perikatan Nasional Negeri Sembilan) dalam parti di negeri lain tanpa perlu memikirkan solusi berkesan untuk kesejahteraan negara,” ujarnya.
Katanya, cabaran bekas Menteri Besar Perak itu yang mahu sekali lagi menentang Anwar di Tambun pada PRU16 juga menunjukkan beliau sudah tidak mempunyai isu untuk dibangkitkan.
Ahmad Faizal juga, dakwa Hairul Amir, tidak dapat menerima kenyataan telah ‘dihumban’ oleh rakyat selepas pengkhianatan dilakukan terhadap mandat yang diberikan pada PRU14 khususnya, di Parlimen Tambun.
“PKR Perak menegaskan kerajaan perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan kekal komited dalam menjalankan tugas mentadbir negara dengan penuh amanah dan dedikasi tanpa sesekali terpengaruh dengan provokasi politik yang tidak memberikan sebarang nilai tambah dalam memacu negara ke arah lebih mampan serta berdaya saing.
“Kita akui setiap derap langkah yang dilakukan Kerajaan Perpaduan ini akan ada kritikan mendatang namun ia tidak menjadi batu penghalang dalam memastikan kepentingan rakyat dijunjung sebagai wadah perjuangan,” tambah beliau lagi.
Dalam satu majlis anjuran Bersatu pada Ahad, Ahmad Faizal mencabar Anwar supaya jangan lari kerana beliau akan bertanding di Parlimen Tambun pada PRU16
Abd Razak Mohd Ali
Mon Jul 31 2023
![Ahmad Faizal perlu muhasabah diri - PKR Perak Ahmad Faizal perlu muhasabah diri - PKR Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51690767791_HairulPeja.jpg)
Hairul Amir Sabri (kiri) menempelak Ahmad Faizal yang mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menjalankan tanggungjawab selaku Ahli Parlimen Tambun selepas memenanginya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.
![Terengganu bakal miliki industri pembinaan pesawat ringan - Ahmad Samsuri Terengganu bakal miliki industri pembinaan pesawat ringan - Ahmad Samsuri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739960236_TengkuMuhammadIsma.jpg)
Terengganu bakal miliki industri pembinaan pesawat ringan - Ahmad Samsuri
Industri pembinaan pesawat ringan bakal bertapak di Terengganu apabila memorandum persefahaman (MoU) mengenai perkara ini dijangka dimeterai dalam masa terdekat.
Kerajaan Indonesia optimis pertumbuhan perdagangan
Sehingga kini, 19 perjanjian perdagangan telah dilaksanakan, 10 perjanjian perdagangan lain telah ditandatangani atau disahkan,16 sedang dalam proses rundingan, dan enam lagi di luar perjanjian perdagangan bebas dan perjanjian perkongsian ekonomi komprehensif sedang diproses.
UUM terajui program mobiliti pelajar ASEAN
Universiti Utara Malaysia (UUM) akan menerajui Program Mobiliti Pelajar ASEAN sempena penganjuran Pameran dan Forum Universiti ASEAN 2025 (AEF2025) yang akan berlangsung di Petaling Jaya, Selangor pada 24 dan 25 Feb ini.
Pelaksanaan RCEP, memperkukuh integrasi ekonomi ASEAN
ASEAN perlu menekankan integrasi ekonomi yang lebih mendalam, pengukuhan rantaian bekalan serantau dan sumbangan kepada pembangunan ekonomi global sebagai keutamaan bersama.
Biodiesel: Indonesia kaji campuran 50 peratus biodiesel
Pengeluar minyak sawit terkemuka dunia itu tahun ini meningkatkan campuran mandatori minyak sawit dalam biodiesel kepada 40 peratus (B40) daripada 35 peratus untuk mengurangkan pergantungan kepada bahan api diesel yang diimport.
Pelita Raya: Penyertaan Thailand, Singapura bakal meriahkan acara
Singapura dan Thailand telah bersetuju untuk menghantar wakil bagi memeriahkan program selama empat hari yang dijadualkan bulan depan itu.
Laos berhasrat majukan kawasan gunung berapi jadi tarikan
Usaha menaik taraf tapak gunung berapi yang tidak pernah meletus itu sedang dalam perancangan, dan ia disasarkan menjadi satu daya tarikan pelancongan.
AS kecam tindakan provokasi China ke atas Filipina
Duta Amerika Syarikat ke Filipina, Marykay Carlson mengecam tindakan china yang dianggap mendatangkan bahaya kepada juruterbang dan penumpang dalam pesawat peronda kerajaan Filipina di Laut China Selatan.
Filipina dakwa helikopter China lakukan provokasi
Pengawal Pantai Filipina mendakwa sebuah helikopter milik China melakukan penerbangan secara berbahaya di kawasan terumbu karang yang dipertikaikan di Laut China Selatan pada Selasa.
200 warga China akan dihantar pulang pada Khamis
China akan menghantar pulang 200 warganya yang terlibat dalam sindiket penipuan pekerjaan di sempadan Myanmar-Thailand.
![Ahmad Faizal perlu muhasabah diri - PKR Perak Ahmad Faizal perlu muhasabah diri - PKR Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51690767791_HairulPeja.jpg)
Ahmad Faizal perlu muhasabah diri - PKR Perak
Dakwaan Ahmad Faizal kononnya Anwar tidak menjalankan tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen Tambun tidak berasas, kata Timbalan Pengerusi PKR Perak.
![PKR Perak lakukan tapisan teliti calon jawatan lantikan politik PKR Perak lakukan tapisan teliti calon jawatan lantikan politik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/61675504486_TBPKRPERAK.jpg)
PKR Perak lakukan tapisan teliti calon jawatan lantikan politik
Setiausaha PKR Perak Mohd Azlan Helmi berkata langkah itu penting bagi memastikan setiap lantikan baharu dibuat secara tertib dan mengikut prosedur.
![PRU15: PKR tanding 21 kerusi DUN di Perak PRU15: PKR tanding 21 kerusi DUN di Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/61667478860_KEADILAN.jpg)
PRU15: PKR tanding 21 kerusi DUN di Perak
PKR Perak mengumumkan akan bertanding 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dengan menampilkan 17 muka baharu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), 19 Nov ini.
![PRU15: PKR Perak mahu pertahan semula kerusi DUN Kuala Kurau PRU15: PKR Perak mahu pertahan semula kerusi DUN Kuala Kurau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/81665287375_ChangLihKang.jpg)
PRU15: PKR Perak mahu pertahan semula kerusi DUN Kuala Kurau
Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak mahu mempertahankan semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kurau pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
![Menjelang PRU15, PKR tinjau kawasan dikhianati di Perak Menjelang PRU15, PKR tinjau kawasan dikhianati di Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51657969815_AnwarRafizi.jpg)
Menjelang PRU15, PKR tinjau kawasan dikhianati di Perak
Anwar dan Rafizi akan hadiri Himpunan Harapan Perak Bangkit dengan beberapa siri ceramah.
![PKR Perak mahu tanding lebih banyak kerusi DUN pada PRU15 PKR Perak mahu tanding lebih banyak kerusi DUN pada PRU15](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/61661748512_TBPKRjpg.jpg)
PKR Perak mahu tanding lebih banyak kerusi DUN pada PRU15
Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak mahu bertanding lebih banyak kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
![PKR Perak jemput semua ahli politik utamakan perpaduan demi rakyat PKR Perak jemput semua ahli politik utamakan perpaduan demi rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/61607439509_TBFarhashWafa.jpg)
PKR Perak jemput semua ahli politik utamakan perpaduan demi rakyat
PKR Perak menjemput semua ahli politik agar mengutamakan perpaduan demi kesejahteraan rakyat.
![Muhasabah diri, nasihat PKR Perak kepada Azmin Muhasabah diri, nasihat PKR Perak kepada Azmin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-12/51546130015_farhash.jpg)
Muhasabah diri, nasihat PKR Perak kepada Azmin
Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak berkata mereka yang dilantik merupakan rakan seperjuangan dalam parti dan perbezaan pendapat tidak harus dijadikan permusuhan kekal.
![Layanan dua darjat antara MH17 dengan korban Lahad Datu - Perwakilan PKR Layanan dua darjat antara MH17 dengan korban Lahad Datu - Perwakilan PKR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-03/41362206460_295x200.jpg)
Layanan dua darjat antara MH17 dengan korban Lahad Datu - Perwakilan PKR
Seorang perwakilan Kongres PKR menyifatkan istiadat hormati jenazah mangsa MH17 terlampau istimewa jika dibandingkan dengan anggota keselamatan negara yang terkorban di Lahad Datu.