IPOH:Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu enggan mempercayai dakwaan sesetengah pihak bahawa UMNO Perak berkomplot dengan parti pembangkang di negeri itu bagi menumbangkan kerajaan negeri Perikatan Nasional (PN) yang diterajuinya.
Pengerusi Bersatu Perak itu turut menzahirkan kepercayaan penuh beliau kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak Datuk Saarani Mohamad, yang dianggap sebagai guru dalam bidang politik.
"Sebenarnya ramai orang tidak tahu hubungan saya dengan Saarani sudah lama malah sewaktu saya dalam Pemuda UMNO lagi, sebenarnya guru politik saya ialah beliau yang mana banyak mendidik saya dalam bidang politik.
"Saya menghormati beliau sebagai orang yang lebih tua daripada saya.
"Kami adalah satu pasukan dan saya tidak percaya beliau atau sesiapa dalam pasukan kami yang bekerjasama dengan pembangkang untuk menjatuhkan sesama sendiri," katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Perak di Masjid Sultan Azlan Shah di sini semalam.
Ahmad Faizal berkata hubungannya dengan Saarani juga dalam keadaan yang baik malah sebagai satu pasukan, beliau sentiasa menerima pandangan sebelum membuat sebarang keputusan.
Mengulas pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Hulu daripada Barisan Nasional Datuk Aznel Ibrahim sebagai Setiausaha Politik beliau yang dikatakan menggugat hubungan UMNO dan Bersatu, Ahmad Faizal berkata tiada sebarang masalah berhubung perkara itu dalam kerajaan PN malah ia diterima baik termasuk oleh Pas Perak.
Hari ini, Saarani menafikan dakwaan bahawa UMNO Perak berkomplot dengan parti pembangkang di negeri itu bagi menumbangkan kerajaan negeri.
Saarani, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, mengulas laporan sebuah portal tempatan yang mendakwa bahawa ADUN Kota Tampan itu mempunyai cukup sokongan untuk menjatuhkan Ahmad Faizal.
Dalam laporan itu, Saarani dikatakan mendapat sokongan empat ADUN PKR, DAP dan Pas untuk dilantik sebagai Menteri Besar baharu menggantikan Ahmad Faizal, yang juga Timbalan Presiden Bersatu.
Kerajaan Negeri Perak yang ditadbir PN terdiri daripada 25 ADUN BN yang kesemuanya daripada UMNO, Bersatu (5), Pas (3) sementara baki kerusi Dewan Undangan Negeri dimiliki DAP (16), Amanah (5), PKR (3) serta Gerakan dan Bebas (masing-masing satu kerusi).
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 28 2020

Ahmad Faizal (dua, kiri) bergambar selepas melancarkan Buku Modul Remaja Al Ridzuan pada sambutan Maulidur Rasul peringkat Negeri Perak di Masjid Sultan Azlan Shah malam tadi. --fotoBERNAMA

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Perikatan Nasional
Mohamed Azmin berkata PN komited untuk terus berada di lapangan bagi membantu mangsa banjir termasuk kerja-kerja pembersihan pascabanjir.

Saya terima apa juga keputusan - Faizal Azumu
Faizal Azumu bersedia menerima apa sahaja keputusan terhadap pertandingan merebut jawatan Naib Presiden parti itu yang ditandinginya.

Jangan bersikap 'double standard' bila disiasat - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid mahu semua pihak tidak mengambil sikap 'berat sebelah' dengan mengatakan kerajaan bertindak tidak adil apabila mereka disiasat.

Isu 3R: Siasatan terhadap Muhyiddin timbulkan persoalan - Bersatu
Ahmad Faizal berkata pendakwaan segera ke atas Muhyiddin oleh Peguam Negara berhubung kes itu juga menimbulkan banyak lagi persoalan.

Pemilihan Bersatu: Peja undur diri, Hamzah bertanding Timbalan Presiden
Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin bakal 'naik pangkat' dan menyandang jawatan Timbalan Presiden parti pada pemilihan akan datang.

Faizal Azumu nafi kenyataan tular isu calon PM
Bersatu menafikan kenyataan yang tular berhubung isu melibatkan perbincangan calon Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

PRK Kuala Kubu Baharu: PN telah kenal pasti calon
Tidak timbul soal calon itu dari parti mana kerana apa yang paling utama individu berkenaan mewakili Perikatan Nasional, tegas Ahmad Faizal.

Sukan Komanwel: Beban terlalu berat buat negara - Faizal Azumu
Katanya, kajian menyeluruh wajar dilakukan khususnya melibatkan implikasi kewangan sebelum kerajaan membuat keputusan.

Ahmad Faizal mengaku silap pilih calon Bersatu
Ahmad Faizal berkata, beliau ada suara untuk menentukan calon parti bagi mewakili PN di Perak, termasuk Iskandar yang juga bekas setiausaha politiknya.

Slogan gelombang hijau, Taliban hanya taktik musuh PN - Faizal Azumu
Dakwaan yang mengaitkan PN dengan elemen gelombang hijau dan Taliban merupakan strategi musuh gabungan politik itu bertujuan untuk menakut-nakutkan pengundi bukan Melayu.