PUTRAJAYA: Lapan hari selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya menamatkan persoalan dan teka-teki berhubung barisan Kabinet yang akan bersama-sama dengannya mentadbir negara.
Banyak khabar angin tersebar sebelum ini mengaitkan beberapa nama dengan jawatan tertentu namun segalanya hanyalah khabar angin sehinggalah hari ini.
Menerusi sidang media pada Jumaat, Anwar mengumumkan Kabinetnya akan merangkumi 28 kementerian dengan beliau dan dua Timbalan Perdana Menteri masing-masing memegang satu portfolio dalam kerajaan baharu pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Anwar sendiri akan memegang portfolio di Kementerian Kewangan manakala Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memegang portfolio di Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.
Manakala, Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Fadillah Yusof yang dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri turut memegang portfolio di Kementerian Perladangan dan Komoditi.
Pelantikan Fadillah menyaksikan Ahli Parlimen Petra Jaya itu mencipta sejarah sebagai pemimpin pertama dari Sarawak yang diberi amanah untuk menggalas jawatan tersebut.
Pelantikan Ahmad Zahid dan Fadillah menamatkan spekulasi berhubung jawatan nombor dua tertinggi itu.
BERIKUT SENARAI PENUH 28 MENTERI KABINET PERPADUAN PM KE-10:
Perdana Menteri & Menteri Kewangan - Datuk Seri Anwar Ibrahim
TPM & Menteri Kemajuan Desa & Wilayah - Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
TPM & Menteri Perladangan & Komoditi - Datuk Seri Fadillah Yusof
Menteri Pengangkutan - Anthony Loke Siew Fook
Menteri Pertanian & Keterjaminan Makanan - Mohamad Sabu
Menteri Hal Ehwal Ekonomi - Mohd Rafizi Ramli
Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan - Nga Kor Ming
Menteri Pertahanan - Datuk Seri Mohamad Hasan
Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Alexander Nanta Linggi
Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz
Menteri Pengajian Tinggi - Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Chang Lih Kang
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Seri Nancy Shukri
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Seri Salahuddin Ayub
Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi - Datuk Seri Azalina Othman
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Nik Nazmi Nik Ahmad
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Ewon Benedick
Menteri Luar Negeri - Datuk Seri Zambry Abdul Kadir
Menteri Pelancongan - Datuk Seri Tiong King Sing
Menteri Komunikasi dan Digital - Ahmad Fahmi Fadzil
Menteri Pendidikan - Fadhlina Sidek
Menteri Perpaduan Negara - Datuk Aaron Ago Dagang
Menteri Sumber Manusia - Sivakumar Varatharaju Naidu
Menterii Agama - Datuk Mohd Na'im Mokhtar
Menteri Belia dan Sukan - Hannah Yeoh
Menteri Kesihatan - Dr Zaliha Mustafa
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah & Sarawak) - Datuk Armizan Mohd Ali
[LAPOR LANGSUNG] Senarai penuh Kabinet Kerajaan Perpaduan PM Anwar
DAPATKAN LIPUTAN KERAJAAN PERPADUAN DI LAMAN MIKRO INI
Dalam pada itu, Anwar memaklumkan istiadat angkat sumpah melibatkan semua menteri dalam Kerajaan Perpaduan akan diadakan pada esok I(Sabtu), pukul 3 petang di Istana Negara.
Astro Awani
Fri Dec 02 2022
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan senarai 28 nama menteri dalam kerajaan pimpinannya dalam sidang media hari ini. - fotoBERNAMA
Samsung sahkan kerjasama bangunkan cermin mata pintar dengan Google
Cermin mata ini dijangka dilengkapi kamera dan kemampuan pemahaman multimodal AI dari Google Project Astra.
Produk gula-gula Apple S dikesan mengandungi bahan terlarang sibutramine - KKM
Produk gula-gula jenama Apple S dikesan mengandungi sibutramine iaitu sejenis ubat yang digunakan untuk mengawal selera makan.
HAWANA jadi platform himpunkan organisasi media seluruh ASEAN - Fahmi
HAWANA akan menjemput pengamal media dari ASEAN untuk beberapa program sempena kepengerusian ASEAN oleh Malaysia.
Gaji permulaan RM1,700 boleh bersara dengan simpanan RM1 juta jika konsisten - KWSP
Caruman secara konsisten ke dalam tabung KWSP boleh menjamin persaraan yang selesa walaupun dengan gaji permulaan yang rendah.
Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud gegar selatan Filipina
Gempa tektonik berkenaan berpotensi mencetuskan gegaran susulan dan menyebabkan kerosakan.
Perancis keluarkan waran tangkap terhadap Bashar
Dua majistret penyiasat Perancis telah mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Pemimpin Syria, Bashar al-Assad, atas dakwaan bersubahat dalam jenayah perang, menjadikannya kali kedua tindakan sedemikian diambil oleh pihak berkuasa kehakiman negara itu.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Menurut Statistik Korea, seramai 20,095 bayi dilahirkan pada November 2024, menandakan peningkatan 14.6 peratus berbanding 17,530 kelahiran dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Trump janji tamatkan konflik, tapi Rusia-Ukraine masih berperang
Rusia dan Ukraine terus melancarkan serangan udara ke atas satu sama lain, walaupun Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang baru mengangkat sumpah jawatan, mendakwa kononnya mampu menamatkan perang dalam masa 24 jam.
SHP Batang Kali bukti usaha Kerajaan Selangor kurangkan jejak karbon - Amirudin
Amirudin berkata, pembinaan loji hidrokuasa kecil ini membuktikan kemampuan negeri memimpin usaha menghasilkan penyelesaian tenaga yang lebih bersih dan hijau.
Clinker Line 2 Cahya Mata dijangka siap Mac 2027, bantu tingkat pengeluaran simen Sarawak
Setelah siap, Cahya Mata Cement akan mencapai kapasiti pengeluaran simen tahunan sebanyak 2.4 juta metrik tan.
MCA, MIC tiada dalam Kabinet
Tiada wakil daripada parti MCA dan MIC dalam kabinet Kerajaan Perpaduan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat.
Senarai penuh Kabinet Perpaduan pimpinan PM Anwar
Pengumuman dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media di Putrajaya, hari ini.