JOHOR BAHRU: Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyeru semua perwakilan agar kembali bersatu sebagai satu pasukan dan melupakan sebarang sengketa walau siapapun yang dipilih menerajui barisan kepimpinan parti itu nanti.
Ahmad Zahid berkata beliau juga bersedia menerima apa sahaja keputusan perwakilan menjelang pemilihan peringkat Ketua Bahagian, kepimpinan Bahagian serta kepimpinan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) di peringkat nasional, Sabtu depan.
"Untuk pemilihan peringkat Ketua Bahagian dan kepimpinan bahagian serta kepimpinan Majlis Kerja Tertinggi di peringkat nasional nanti, kita akan menyaksikan barisan (kepimpinan) baharu atau pengekalan barisan lama.
"Saya sebagai Presiden UMNO terima siapa sahaja berada bersama-sama dengan kepimpinan dan saya harapkan semuanya berazam dan bekerjasama untuk perkasakan semula UMNO," katanya kepada pemberita selepas majlis pengenalan calon-calon Naib Presiden dan Majlis Tertinggi (MT) sempena Pemilihan UMNO sesi 2023-2026 di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat, di sini hari ini.
Menurut Ahmad Zahid adalah penting agar semua ahli dan perwakilan berada dalam satu pasukan, bukan sahaja untuk menangkis serangan musuh dari luar tetapi juga bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri di enam negeri dan Pilihan Raya Umum ke-16 akan datang.
Mengulas sama ada keputusan pemilihan sayap UMNO setakat ini yang menggambarkan perwakilan mahukan generasi lebih segar memimpin parti itu turut dijangka berlaku pada pemilihan Ketua Bahagian, MT dan Naib Presiden, beliau berkata memilih kepimpinan sayap dan di peringkat nasional mungkin coraknya berbeza.
"Apa yang kita harapkan, siapapun yang menjadi pemimpin pelapis mesti membugarkan semula UMNO untuk hadapi cabaran mendatang dan yang penting kita dapat bekerjasama dalam satu pasukan," kata Ahmad Zahid.
Mengenai 'komitmen' Ketua Pemuda UMNO yang baharu Dr Muhamad Akmal Saleh yang bertekad mahu meminda perlembagaan sayap itu untuk mengehadkan calon umur Ketua Pemuda kepada 40 tahun sahaja, Ahmad Zahid berkata beliau juga pernah berpandangan begitu ketika memegang jawatan berkenaan.
"Ketika saya jadi Ketua Pemuda pun, saya memberikan pandangan begitu, tetapi akhirnya perbincangan mesti diadakan dengan Pengerusi Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan dan mesti dibawa ke Majlis Tertinggi (MT) sebelum dapat kelulusan atau sebaliknya (diluluskan dalam) Perhimpunan Agung UMNO.
"Semua orang boleh melontarkan idea tetapi akhirnya keputusan parti di mana badan tertinggi UMNO ialah Perhimpunan Agung UMNO. (Sekiranya) tiada Perhimpunan Agung UMNO barulah MT akan menjadi badan tertinggi," katanya.
Bagaimanapun, Ahmad Zahid berkata parti itu terbuka dan bersedia menerima apa sahaja cadangan yang positif termasuk cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri Merlimau (Melaka) itu mengenai pindaan perlembagaan had umur bagi Ketua Pemuda UMNO.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 12 2023

Ahmad Zahid sedia terima apa sahaja keputusan perwakilan menjelang pemilihan peringkat Ketua Bahagian, kepimpinan Bahagian serta MKT di peringkat nasional. - Bernama
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

FAMA kaji harga lantai belian sayur dan buah ladang kontrak
Kajian harga lantai bagi produk di bawah seliaan FAMA akan dibuat dua tahun sekali dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pertanian.

Bapa saudara cabul remaja ditahan polis
Suspek berusia 30-an melakukan perbuatan itu ketika mangsa yang juga seorang remaja berusia 14 tahun berada di rumah neneknya.

Jerman adakan pilihan raya awal Ahad ini
Jerman akan mengadakan pilihan raya awal pada Ahad bagi memilih 630 ahli Bundestag.

Kastam rampas senjata api tiruan bernilai RM1.8 juta sepanjang tahun lepas
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan 31 kes cubaan membawa masuk senjata api ringan tiruan ke negara ini sepanjang tahun lepas, membabitkan nilai rampasan RM1.8 juta.

Ismail Sabri dikejar ke hospital, kini dalam keadaan stabil
Difahamkan, Ismail Sabri dikejarkan ke hospital pada jam 2.30 pagi tadi selepas rebah di kediamannya.

Pemimpin UMNO perlu perjelas isu kerjasama dengan DAP sebelum PRU16
Isu itu perlu diperjelaskan sehingga orang Melayu benar-benar faham, sebelum Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Dokumen tambahan: AGC fail permohonan larangan bersuara dalam kes Najib
AGC memfailkan permohonan perintah larangan bersuara untuk melarang sesiapa sahaja daripada membincangkan isu berkaitan kes permohonan semakan kehakiman Najib.

Kejadian lelaki OKU dipukul dapat perhatian Ahmad Zahid
Lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) Ahmad Nor Al Faizan Jusoh yang dipukul di Pasar Tani Padang Astaka Chukai dekat Kemaman Jumaat lepas, mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri.

Najib terlibat secara peribadi dan langsung dalam pemberian cek kepada UMNO - Peguam SRC
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Najib merupakan pengarah bayangan SRC dan terlibat secara peribadi dan langsung dalam pemberian cek kepada UMNO.

Elak subjudis isu Titah Adendum, serah pada mahkamah - Azalina
Semua pihak khususnya ahli UMNO digesa untuk tidak membuat sebarang spekulasi membabitkan Titah Adendum Datuk Seri Najib Tun Razak kerana dibimbangi menimbulkan subjudis.

Titah Adendum: Menteri UMNO sedia beri kerjasama kepada Mahkamah Tinggi
Menteri-menteri yang mewakili UMNO sedia memberi kerjasama kepada Mahkamah Tinggi, jika diperlukan untuk memberikan keterangan dalam prosiding semakan berhubung Titah Adendum.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 Januari 2025.

Perhimpunan sokong Najib memalukan orang Melayu - Mukhriz
Mukhriz menyifatkan perhimpunan tersebut sebagai memalukan masyarakat Melayu.

Himpunan solidariti Najib: 'Tanggung risiko sendiri jika sertai perhimpunan' - Zahid Hamidi
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti itu supaya tidak menyertai satu perhimpunan yang dijadualkan berlangsung di Istana Kehakiman di Putrajaya esok.