Dr Afif Bahardin yang tewas dalam pemilihan PKR bagi jawatan Ketua AMK hari ini dilihat tidak dapat menahan sebak ketika bertemu penyokongnya, petang tadi.
Beliau sempat menerima tepukan gemuruh daripada seluruh perwakilan yang masih tinggal di dalam dewan.
Sebelumnya, sebahagian perwakilan AMK meninggalkan dewan tanda protes apabila pengumuman Akmal Nasir sebagai ketua baharu.
BACA: Dr Afif koyak kertas 'cai' di hadapan perwakilan
Dr Afif yang juga Exco Pulau Pinang menemui penyokongnya selepas majlis selesai dilihat mengalirkan air mata saat bersalaman dan berpelukan.
Ketika ditanya soal suasana hatinya saat itu, Adun Seberang Jaya itu menafikan air mata itu gugur kerana tewas dalam pemilihan.
"Iya lah, nama pun perjuangan reformasi ini perjuangan air mata darah. Seperti saya sebut, ia 'emotionally draining exercise'.
"Saya terharu sebenarnya, saya menangis bukan sebab kalah tapi terharu dengan semangat setiakawan yang ditunjukkan oleh pasukan saya.
"Sebenarnya mereka yang mula nangis dulu," katanya kepada pemberita pada sidang media, hari ini.
Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) hari ini mengumumkan keputusan pemilihan bagi jawatan Ketua AMK yang dimenangi oleh Akmal dan Timbalan Ketua baharu, Hilman Idham namun jumlah undi diterima dirahsiakan.
Beliau sempat mengulas soal reaksi penyokongnya yang protes hingga meninggalkan dewan meskipun kongres masih berlangsung.
"Saya hargai respons daripada anggota tapi proses ini harus melalui proses demokrasi yang telah dipersetujui parti dan pimpinan," katanya.
Meskipun tewas namun beliau akui puas kerana telah memenangi hati ahli AMK yang menyokongnya.
"Saya sudah menangi hati mereka (penyokong), itu cukup untuk saya," katanya.
Beliau turut menyerahkan urusan selanjutnya berhubung audit terhadap keputusan pemilihan kepada pihak yang berkenaan dan katanya keputusan itu perlu diterima kerana rakyat tidak mahu mereka terus politiking.
Beliau sempat menegaskan pasukan Keadilan Masa Depan dibawanya dibubarkan sebaik kongres itu tamat, hari ini.
"Pasukan ini secara rasmi dibubarkan hari ini dan yang tinggal hanya barisan pimpinan AMK baharu yang dipimpin saudara Akmal dan Hilman," katanya.
BACA: Akmal Nasir Ketua AMK baharu, tetapi di'boo' perwakilan
Dr Afif yang sebelum ini merupakan Timbalan Ketua AMK turut memaklumkan akan mengambil tanggungjawab untuk turun ke seluruh negara bagi bertemu penyokongnya.
"Saya sendiri akan ambil komitmen untuk berjumpa dengan penyokong-penyokong saya di seluruh negara untuk memberikan kerjasama dan sokongan kepada saudara Akmal sebagai Ketua AMK," katanya.
Sinar Harian
Fri Nov 16 2018
Dr Afif Bahardin yang tewas dalam pemilihan PKR bagi jawatan Ketua AMK hari ini dilihat tidak dapat menahan sebak ketika bertemu penyokongnya, petang tadi. -Gambar fail
Keluarga minta penjelasan pihak berkuasa tahanan dimasukkan ke hospital
Bapa kepada P Jagdesshraj, berkata dia hanya mengetahui perkara itu apabila ke mahkamah untuk mendengar prosiding anaknya pada 20 Jan lepas.
AWANI Tonight: Coffee prices: Brewing challenges ahead
Is your morning coffee getting more expensive? Astro AWANI’s Farhana Sheikh breaks down why coffee prices are rising and how Malaysian brewers and consumers are coping.
AWANI Tonight: Weststar-GAP Secures Offshore Aviation Contract with Santos
Weststar-GAP, a joint venture between Weststar Aviation and Timor GAP has signed a contract with Santos Limited, an Australian oil and gas company. Astro AWANI's Khalis Khadir has the details.
BNM keluarkan dokumen semakan semula dasar wang elektronik
Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan dokumen dasar wang elektronik dan set soalan lazim (FAQ) yang disemak semula berkuat kuasa hari ini.
Parlimen Greece gagal pilih presiden baharu dalam undian pusingan kedua
Tiada calon memperoleh majoriti yang diperlukan. Pusingan seterusnya bagi pemilihan Presiden Republik akan diadakan pada 6 Februari.
AWANI 7:45 [31/1/2025] – Jaminan PM | Tukang rumah dipenjara | Seludup dadah di KLIA | Pemulihan berbelas tahun
- PM beri jaminan siasatan kes tembak warga Indonesia di Banting telus
- Lelaki ugut keluarga Harith Iskander terkait isu ham dipenjara
- Tiga termasuk warga Britain ditahan di KLIA bersama dadah RM1 juta
- Gaza musnah sepenuhnya, pemulihan ambil masa 10 ke 15 tahun
- Lelaki ugut keluarga Harith Iskander terkait isu ham dipenjara
- Tiga termasuk warga Britain ditahan di KLIA bersama dadah RM1 juta
- Gaza musnah sepenuhnya, pemulihan ambil masa 10 ke 15 tahun
Banjir: Premier Sarawak hargai peruntukan segera Persekutuan
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan atas peruntukan segera lebih RM25 juta untuk Sarawak dan Sabah.
GPI tafsirkan sumbangan suri rumah dalam bentuk kewangan - Penganalisis
Penunjuk Kemakmuran Tulen (GPI) memberikan gambaran menyeluruh mengenai produktiviti negara dengan mengambil kira aktiviti ekonomi dan selainnya.
Bantuan RM25 juta amat diperlukan - Hajiji
Bantuan RM25 juta diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim amat diperlukan bagi membantu membaiki infrastruktur yang rosak dan musnah susulan banjir di Sabah.
Pasukan penyelamat berdepan ancaman buaya ketika menjalankan operasi banjir
Melihat buaya 'bersantai' di tebing sungai adalah perkara biasa, namun kebiasaan itu bertukar menjadi detik mencemaskan apabila banjir melanda.
Air mata Dr Afif gugur di Kongres AMK
Beliau sempat menerima tepukan gemuruh daripada seluruh perwakilan yang masih tinggal di dalam dewan.