SHAH ALAM: Kelompongan Akta Anti Lompat Parti berlaku disebabkan sikap tidak tetap pendirian pemimpin Perikatan Nasional (PN) yang akhirnya memakan diri.
Timbalan Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Danish Hairudin berkata, ia susulan empat Ahli Parlimen parti itu menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurutnya, PN menerima akibatnya kerana penentangan ke atas draf Rang Undang-undang (RUU) yang diusulkan pada tahun 2021 oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
"Draf tersebut menyatakan jika seseorang Ahli Parlimen bertukar sokongan di dalam Dewan Rakyat terhadap blok berlawanan, mereka tetap akan dikira melompat parti walaupun tidak isytihar keluar atau dipecat parti.
“Wan Junaidi pernah mengatakan kelompongan dan kesan ini tetapi ketika itu dalam Kabinet yang menentang klausa berkenaan adalah daripada PN iaitu Datuk Seri Hamzah Zainuddin.
“Ia kerana mereka dah terbiasa melompat-lompat selain menjangkakan mudah untuk menarik ahli-ahli Parlimen lain sekiranya Pilihan Raya Umum ke-15 lalu tidak cukup korum tetapi tidak berjaya,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam Wacana Sinar Siri 420 yang bertajuk ‘Undang-undang Lompat Parti Lompong?’ yang berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf, pada Selasa.
Program itu dihoskan Ismail Adnan dan turut menampilkan dua panelis lain iaitu Setiausaha Negeri PN, Dr Afif Bahardin dan Pengarah Eksekutif Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Ooi Kok Hin.
Tambah Danish, PN perlu sedar bahawa terlaksana akta tersebut disebabkan Langkah Sheraton.
“Belum pernah lagi dalam sejarah negara kita, lebih 30 Ahli Parlimen menumbangkan kerajaan dengan melompat daripada parti asal mereka.
“Ini telah memberi satu mesej yang kurang sihat kepada masyarakat apabila melihat Ahli Parlimen lebih berkuasa daripada rakyat sendiri,” katanya.
Tegas beliau, semua pihak harus memainkan peranan untuk mengekang aktiviti ‘katak’ tersebut yang membuatkan rakyat kini penat dan tidak percaya kepada ahli politik terutama golongan muda. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Nov 14 2023

Danish Hairudin berkata, kelompongan Akta Anti Lompat Parti berlaku disebabkan sikap tidak tetap pendirian pemimpin Perikatan Nasional (PN) yang akhirnya memakan diri. - Foto Sinar Harian
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Tiada cadangan pindaan Akta Anti Lompat Parti dikemukakan - Azalina
Ahli Parlimen Pengerang itu berkata sebarang pindaan terhadap undang-undang berkenaan boleh dilakukan, namun harus memaklumkan kepada pihaknya.

ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.

ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin
Menurut Takiyuddin, keahlian Muhamad Jailani yang juga wakil rakyat UMNO diterima pada 10 Jun tahun lalu, namun diumumkan secara rasmi hari ini.

Speaker ada 21 hari isytihar kekosongan kerusi selepas terima notis - Azhar
Tempoh 21 hari itu bermula apabila Speker menerima notis berhubung pengguguran keahlian parti terhadap mana-mana Ahli Parlimen.

Akta Anti Lompat Parti lompong kerana sikap suka melompat PN - Danish
Ssemua pihak perlu mengekang aktiviti katak politik tersebut yang membuatkan rakyat kini penat dan tidak percaya kepada ahli politik.

Akta Lompat Parti perlu dipinda, terdapat kejanggalan - Ahmad Maslan
Akta Anti Lompat Parti perlu diperhalusi dan ditambah baik kerana terdapat kejanggalan dalam akta tersebut.

Keanggotaan ahli parti, antara cara atasi kelompangan undang-undang lompat parti - Penganalisis
Mujibu mencadangkan agar akta melibatkan rasuah boleh diselarikan bagi membolehkan Akta Anti Lompat Parti benar-benar memiliki 'taring'.

PAU2022: UMNO akan pinda Perlembagaan selari Akta Antilompat Parti - Ahmad Maslan
UMNO akan meminda Perlembagaan parti itu selari dengan Akta Antilompat Parti pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 (PAU2022) pada 13 Januari.

Akta Antilompat Parti: Baca MoU, jangan ubah fakta, kata Lim Guan Eng pada Annuar Musa
Lim Guan Eng membidas Tan Sri Annuar Musa berhubung Akta Anti Lompat Parti yang termaktub dalam MOU di antara pembangkang dan kerajaan.

Batal MoU jika gagal bentang RUU Antilompat Parti - Guan Eng
Sekiranya tak ada pindaan Perlembagaan untuk luluskan Akta Antilompat Parti seperti dijanjikan MoU, MoU tidak bermakna lagi dan akan dimansuhkan sama sekali.