PASIR PUTEH: Anak bekas Mursyidul Am Pas memberitahu bapanya, Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak pernah mengkafirkan sesama Islam semasa berkecimpung dalam dunia politik semasa hayatnya.
Nik Omar Nik Abdul Aziz berkata, arwah bapanya itu dahulu membawa pendekatan memberi penerangan perkara yang akan dilakukan untuk pembangunan dan bukan menyerang pihak lawan.
“Saya tak pernah dengar keluar daripada mulut dia mengkafirkan orang yang tidak sependapat dengan dia. Khususnya dalam kalangan orang UMNO, tidak ada.
“Kalau ada pun daripada mulut orang lain, bukan daripada tok guru. Hentikan budaya mengkafirkan sesama Islam. Kita perlu hormat dan berlumba-lumba berbuat kebaikan termasuk urus negeri dan negara,” katanya kepada pemberita selepas Himpunan Jentera dan Penyokong Barisan Nasional-PH (BN-PH) Pasir Puteh di Kampung Pulau Lima, pada Rabu.
Turut hadir, Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Datuk Zawawi Othman.
Dalam pada itu, Nik Omar yang juga bekas calon PH Parlimen Pasir Salak itu berkata, tidak menjadi satu kesalahan jika pengundi tidak mengundi Pas pada pilihan raya negeri (PRN), 12 Ogos ini.
Menurutnya, PRN bukanlah soal untuk memilih agama tetapi memilih pemimpin untuk menguruskan negeri.
“Kalau tak pilih Pas tak ada masalah dan tidak menjejas iman kita. Cuma kita perlu menjaga hubungan.
“Walaupun mungkin pihak lawan mengkafirkan kita, tapi kita tak perlu mengkafirkan mereka semula. Bahkan kita pula berasa ihsan dan kesian kepada orang yang mengkafikan, orang ini akan dilaknat oleh Allah,” ujarnya.
Menurutnya, Kelantan juga sebenarnya berhak untuk mendapat kemudahan asas seperti yang diterima oleh Selangor, Johor dan Pulau Pinang.
“Misalnya kemudahan air ialah asasi dan pemimpin sedia ada tidak dapat memenuhi kemudahan asas itu sedangkan pengurusannya adalah tanggungjawab mereka.
“Apabila pemimpin gagal memenuhi keperluan asas itu, maka sudah layak untuk ditukar,” ujarnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Aug 09 2023

Nik Omar (kiri) bersalam dengan Zawawi (kanan) semasa hadir pada Himpunan Jentera dan Penyokong Barisan Nasional-PH (BN-PH) Pasir Puteh di Kampung Pulau Lima di Pasir Puteh, pada Rabu. - Gambar SINAR HARIAN

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.

Allahyarham bapa tak pernah mengkafirkan sesama Islam - Nik Omar
Nik Omar tidak pernah dengar arwah bapanya mengkafirkan orang yang tidak sependapat dengan dia, khususnya dalam kalangan orang UMNO.

Tun M ziarah keluarga Tok Guru Nik Aziz
Kehadiran bekas Ahli Parlimen Langkawi itu disambut ahli keluarga Tok Guru Nik Aziz termasuk anaknya, Nik Mohamad Abduh.

Legasi Nik Aziz mesti dipertahankan - Tuan Sabariah
Menurutnya, pengiktirafan itu menunjukkan kejayaan Allahyarham yang berjuang menegakkan agama menerusi kehidupan rakyat dan pemerintahan.

Kerajaan ucap tahniah kepada bekas wakil rakyat atas kurniaan darjah kebesaran
Kerajaan merakamkan ucapan tahniah kepada bekas wakil rakyat atas pengurniaan Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri daripada Yang di-Pertuan Agong.

Adik bongsu Tuan Guru Nik Aziz meninggal dunia
Allahyarham Nik Razi Nik Mat merupakan seorang tokoh ulama dan pendakwah yang dihormati.

PRU15: Nik Abduh sukarela tarik diri, tiada isu 'matikan' legasi Tok Guru - Tuan Ibrahim
Ia tiada kaitan dengan pengakhiran legasi Nik Abdul Aziz kerana bagi Pas, setiap calon bertanding membawa dasar Islam.

PRU15: Pas tidak terkesan penampilan anak arwah Nik Aziz, anggap satu 'jenaka politik'
Takiyuddin menyifatkannya sebagai jenaka politik apabila Nik Omar bertanding atas tiket PKR sedangkan beliau merupakan ahli parti Amanah.

#PeristiwaHariIni: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia (2015)
Beliau merupakan tokoh yang cukup disegani dalam bidang agama serta di arena politik tanah air.

Pas tampilkan pimpinan yang tenang, senang untuk runding
Pas menampilkan pimpinan yang tenang dan senang untuk berunding berhubung penyatuan ummah antara Muafakat Nasional, Pas dan UMNO.

Khalid dakwa Takiyuddin cuba takutkan rakyat
Khalid Samad mendakwa kenyataan yang dikeluarkan Datuk Seri Takiyuddin Hassan seolah-olah cuba mendiamkan bantahan orang ramai terhadap proklamasi darurat.