KUALA LUMPUR: Amalan rasuah bagi mempengaruhi pengundi dalam pilihan raya di negara ini membimbangkan susulan dua kes sedemikian bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lepas telah dibuktikan di Mahkamah Pilihan Raya setakat ini, kata Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil.
Beliau berkata sebelum ini Mahkamah Pilihan Raya telah membatalkan kemenangan calon Pas Datuk Ahmad Amzad Hashim bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada PRU15 kerana mendapati terdapat elemen sogokan dan terbaharu bagi Parlimen Kemaman.
"Ini satu trend yang agak membimbangkan dan dari segi keputusan pilihan raya, kita serah kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tetapi dari segi politiknya ia trend membimbangkan kerana sekiranya amalan sogokan itu adalah amalan rasuah, bagaimana sebuah parti yang perjuangkan agama Islam berasa tidak ada salah apa-apa bila terpalit dengan rasuah sedemikian rupa.
"... sekiranya ada parti yang terlibat dengan amalan rasuah dalam pilihan raya maka ini bukan satu amalan yang sihat untuk demokrasi negara kita," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke Ibu Pejabat DHL Express Malaysia di Menara TM hari ini.
Mengulas lanjut, Fahmi yang juga Menteri Komunikasi dan Digital berkata buat masa ini pihak Kerajaan Perpaduan mengambil sikap tunggu dan lihat mengenai keputusan terbaharu Mahkamah Pilihan Raya bagi Parlimen Kemaman itu kerana ia masih lagi baharu.
"Ini kerana keputusan mahkamah baru sahaja keluar dan kita belum tahu sama ada pihak terbabit ingin buat rayuan atau tidak, kerana mereka ada tempoh untuk buat rayuan maka kita akan 'wait and see' dan semestinya perkara ini dalam perhatian pimpinan kerajaan," katanya.
Mahkamah Pilihan Raya Terengganu hari ini membatalkan kemenangan Ahli Parlimen Kemaman Che Alias Hamid yang mewakili Pas pada PRU15.
Hakim Datuk Anselm Charles Fernandis berkata pihak pempetisyen iaitu Wan Mohamad Hisham Wan Abdul Jalil (pengundi) berjaya membuktikan perbuatan rasuah telah berlaku dengan tujuan mempengaruhi pengundi pada PRU15 dan mahkamah turut memerintahkan pihak responden membayar RM30,000 kepada pempestiyen.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 26 2023

FAHMI: Sekiranya ada parti yang terlibat dengan amalan rasuah dalam pilihan raya maka ini bukan satu amalan yang sihat untuk demokrasi negara kita. - Foto BERNAMA

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Tidak ada kerajaan jatuh kerana bantu rakyat, sebaliknya rasuah punca utama - PM Anwar
Usaha kerajaan dalam membantu rakyat khususnya golongan yang memerlukan sama sekali tidak akan menyebabkan kerajaan jatuh, sebaliknya punca utama adalah akibat amalan rasuah.

Ketua Jabatan perlu buat pusingan kerja elak pegawai rasuah, salah guna kuasa - JPA
Semua Ketua Jabatan perlu melaksanakan pusingan kerja di organisasi masing-masing mulai Oktober ini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur beri amaran, tiada toleransi amalan rasuah
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif tidak akan bertoleransi terhadap amalan rasuah di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Agong, Raja-Raja sokong kerajaan pertingkat tatakelola bersih negara daripada rasuah - PM
Perdana Menteri memaklumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja sealiran menyokong langkah kerajaan mempertingkat tatakelola membersihkan negara daripada amalan rasuah.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 23 November 2023.

Rasuah, pembaziran beri kesan agihan kepada golongan memerlukan - PM Anwar
Amalan rasuah, penyelewengan dan pembaziran perlu dihentikan kerana ia memberi kesan pengagihan kepada golongan memerlukan.

Amalan rasuah dalam pilihan raya membimbangkan - Fahmi Fadzil
Amalan rasuah bagi mempengaruhi pengundi dalam pilihan raya di negara ini membimbangkan, kata Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil.

Azam Baki perlu diganti demi memastikan kebebasan SPRM - C4 Center
C4 Center menegaskan Azam mesti diganti sebagai sebahagian daripada pembaharuan segera bagi memastikan kebebasan SPRM dalam melaksanakan tugas.

Filem Anwar: The Untold Story buat PM tersentuh
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tersentuh dengan filem "Anwar: The Untold Story" yang mengangkat kisah perjuangan politik beliau.

Kemajuan tidak dapat dicapai jika amalan rasuah berleluasa - Raja Perlis
Perbuatan seperti meminta, menawar, memberi dan menerima rasuah adalah salah di sisi agama dan undang-undang negara, titah Tuanku Syed Sirajuddin.