Kepimpinan parti Amanah Negara (Amanah) Kedah diseru agar bekerja dengan lebih terancang dan sistematik ke arah melaksanakan budaya kerja kelas pertama dalam menghadapi situasi semasa politik yang semakin mencabar.
Pengerusi Amanah Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh berkata, gerak kerja parti harus berlandaskan kepada semangat motivasi yang sangat tinggi, berupaya bekerja di luar kelaziman dan tidak boleh lagi bergerak dalam zon selesa terutama setelah PAS dan UMNO bergabung.
"Teknik rancang, laksana dan pantau hendaklah dibudayakan supaya aktiviti yang dirancang berjaya dilaksanakan sepenuhnya," katanya kepada pemberita pada Konvensyen Amanah Kedah yang dirasmikan Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari di sini, pada Jumaat.
Latihan akan disediakan untuk semua kawasan serta cawangan dan pihak pengurusan parti negeri juga akan melantik pasukan audit dalaman mengikut zon untuk memantau, membimbing dan melaporkan perkembangan aktiviti di setiap kawasan.
Beliau berkata, perkembangan semasa politik negara dan di Kedah khususnya, memaksa parti untuk merancang strategi terbaik untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
"Hakikat pada PRU15 nanti, PAS dan UMNO bersama sebagai satu gabungan dan Pakatan Harapan (PH) Kedah dijangka hadapi jalan yang sukar.
"Kita perlu menyerang bertubi-tubi, turun padang di kawasan pembangkang dengan pelbagai aktiviti untuk meraih sokongan berbekalkan fakta, penjelasan, kebajikan dan akhlak yang mulia," kata Ismail.
Beliau berkata pendekatan Amanah yang inklusif, amanah, progresif dan peduli juga diyakini akan dapat menarik sokongan rakyat terhadap parti dan PH khususnya.
Katanya lagi, jika pemerintah sebelum ini dikritik kerana tidak prihatin, tidak turun padang atau menindas rakyat, teguran sama akan dihadapi kepimpinan kini jika tidak menunjukkan prestasi yang baik.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 15 2019
Ismail berkata, perkembangan semasa politik negara memaksa parti untuk merancang strategi terbaik untuk memenangi PRU15. - Gambar fail
Duo Antarabangsa 2025: Muay Thai lonjak populariti, tarik minat generasi muda
Muay Thai terus mengukuhkan kedudukannya sebagai sukan tempur pilihan apabila semakin ramai anak muda menunjukkan minat terhadap sukan itu.
Polis cari individu sertai mogok lapar di hadapan Penjara Sungai Buloh
Semakan mendapati himpunan berkenaan diadakan jam 8.10 pagi.
Kumpulan pendatang Protes dasar imigresen Trump
Kumpulan penunjuk perasaan berkumpul di luar Kelab Golf Antarabangsa Trump pada Sabtu bagi membantah dasar imigresen Presiden Donald Trump.
Pelancongan: Indonesia catat pertumbuhan ketara pada 2024
Indonesia menerima ketibaan 13.9 juta pelancong asing pada 2024, mencatat peningkatan ketara berbanding 11.68 juta pelawat pada 2023.
Gegar Vaganza 11: Siapa bakal julang gelaran juara?
Malam ini bakal jadi penentu siapa yang bakal menjulang gelaran juara Gegar Vaganza 11.
Dua pelumba muda Malaysia cipta nama di Qatar
Saidatul Zakirah Zairin dan Johann Zharfan Zahren mengharumkan nama Malaysia di pentas perlumbaan motosikal antarabangsa dengan pencapaian luar biasa di Qatar.
Melaka peruntuk RM2.5 juta kepada 5,812 penerima bantuan masyarakat Tionghua
Sumbangan khas berjumlah RM200,000 juga disalurkan menerusi Tabung Amanah Kebajikan Negeri Melaka kepada 1,000 penerima yang layak.
TUDM beri penekanan warganya kuasai teknologi AI
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) memberi penekanan terhadap inovasi dan kreativiti warganya dengan penguasaan kemahiran baharu berasaskan teknologi khususnya kecerdasan buatan (AI).
Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon
Jelasnya dalam satu kenyataan, Peraturan ini menetapkan bahawa ahli tidak boleh membahaskan perkara yang sedang diadili atau subjudis dengan cara yang boleh menjejaskan kepentingan pihak-pihak yang terlibat dalam kes berkenaan.
Insiden tembak Setia Alam: Pekerja pembersihan cedera bahagian kaki
Polis percaya sekurang-kurangnya lapan das tembakan telah dilepaskan suspek terhadap mangsa menggunakan pistol.
Sumber air Kedah kritikal jika Empangan Pedu capai 15 peratus
Sumber air di Kedah akan berada pada tahap kritikal sekiranya takungan air di Empangan Pedu mencapai tahap 15 peratus, kata Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada Datuk Ismail Salleh.
MADA galakkan peladang tanam padi dalam perladangan skala besar
Pelaksanaan PPSB dan SMART SBB boleh membantu meningkatkan hasil padi menerusi pengurusan secara berpusat dalam skala besar.
PH Kedah buat laporan polis terhadap Abdul Hadi
Ismail berkata, sebagai seorang pemimpin bertaraf ulama dalam parti, beliau tidak seharusnya melemparkan kenyataan yang berunsurkan fitnah semata-mata mahu memancing undi.
Banjir Baling: Pembangkang DUN Kedah kecewa dua usul ditolak
Tindakan ADUN pembangkang membawa usul berkenaan bukan hanya untuk meraih kepentingan politik.
Mukhriz dijangka hadir mesyuarat bersama Exco esok - Exco Kedah
Datuk Seri Mukhriz Mahathir dijangka tiba di Kedah pada Rabu, bagi mengadakan mesyuarat bersama barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah di Kediaman Rasmi Menteri Besar.
Jangan mainkan amanah rakyat, tunggu PRU akan datang - Amanah Kedah
Datuk Dr Ismail Salleh berkata, usaha membentuk pakatan baharu agar menunggu sehingga PRU akan datang bagi mendapatkan mandat baharu dan sah daripada rakyat.
Amanah Kedah fokus ke arah budaya kerja kelas pertama
Gerak kerja parti harus berlandaskan kepada semangat motivasi yang sangat tinggi, berupaya bekerja di luar kelaziman dan tidak boleh lagi bergerak dalam zon selesa.
Chikungunya: Bilangan mangsa meningkat, namun keadaan masih terkawal
Bilangan mangsa yang disyaki menghidap penyakit chikungunya di Alor Setar telah meningkat dari jumlah 14 orang kepada 21 orang.
Jangan bakar sentimen perkauman - Raja Muda Kedah
Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin meminta agar semua rakyat tidak menjadi batu api atau penyebab dalam menyemarakkan api perkauman dalam kes kematian Muhammad Adib.
Kedah tidak berhasrat tutup pusat tahfiz tidak berdaftar
Mahu pihak pengurusan pusat berkenaan menyegerakan urusan pendaftaran bagi membolehkan ia dipantau dan diuruskan sebaik mungkin.