Amanah menafikan dakwaan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa pemimpinnya pernah membawa usul mengurangkan peranan Majlis Syura Ulamak pada Muktamar 2015.
Sebaliknya, Presiden parti itu, Mohamad Sabu menyifatkan kenyataan Abdul Hadi sebagai rekaan untuk mengelirukan rakyat bagi melindungi agenda sebenar mereka iaitu cubaan menghalau ‘jebon-jebon’ dalam Pas.
Menurutnya, usul pemindaan bidang kuasa Majlis Syura Ulamak tidak pernah ditimbulkan pihaknya sebelum ini, malahan peletakan majlis itu sebagai badan tertinggi parti sudah diperjuangkan sejak zamannya menjadi pemimpin Pas lagi.
“Dakwaan (pinda perlembagaan Pas) itu hanyalah rekaan, yang tidak rekaan adalah rakaman audio suara (Ketua Pemuda Pas) Nik Abduh (Nik Aziz).
“Malah hakikat sebenar siapa jebon-jebon itu ada disenaraikan dalam Muktamar Pas ketika itu,” katanya kepada media pada majlis pelancaran jentera pilihanraya dan pengumuman calon Harapan Parlimen Parit Buntar di sini hari ini.
BACA: Hadi dedah sebab utama Pas tolak Amanah
Turut hadir Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail; Pengerusi Harapan Perak, Ahmad Faizal Azumu; Pengerusi Amanah Perak, Asmuni Awi; Pengerusi PKR Perak, Dr Muhammad Nur Manuty dan Naib Presiden Amanah, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.
Mohamad berkata, paling penting ketika ini adalah Abdul Hadi perlu menjawab dakwaan mengenai rakaman audio suara Nik Abduh mendakwa pemimpin Pas menerima wang daripada Umno untuk menghalau ‘jebon-jebon’.
Menurutnya, Abdul Hadi perlu mengesahkan atau menafikan sama ada rakaman audio suara Nik Abduh itu memang wujud atau tidak memandangkan kenyataan dalam audio itu adalah bukti nyata mereka dipengaruhi Umno.
“Apa pun, saya ucapkan tahniah kepada Umno kerana telah berjaya memecahbelahkan Pas menggunakan wang, cash is king.
“Itu adalah kejayaan Umno paling hebat kerana mereka melihat hanya Pas satu-satunya parti yang boleh mencabar kekuatan mereka.
“Namun begitu, saya yakin Amanah dengan sokongan Harapan diketuai Tun Dr Mahathir (Mohamad) pastinya menghadirkan kejutan kepada Umno dan BN pada PRU14,” katanya.
Semalam, Sinar Harian melaporkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendedahkan punca parti itu tidak boleh bekerjasama dengan Amanah, meskipun sebahagian besar pemimpinnya adalah bekas ahli Pas.
Katanya, pemimpin Pas yang menubuhkan Amanah ketika ini cuba membawa usul meminda perlembagaan Pas, bagi mengurangkan peranan Majlis Syura Ulamak sebagai badan tertinggi parti kepada badan penasihat.
Sinar Harian
Mon Apr 16 2018
Mohamad Sabu ketika menyempurnakan pelancaran jentera pilihanraya dan pengumuman calon Harapan Parlimen Parit Buntar sambil diiringi Saifuddin (empat kanan) di Kampung Kedah, 15 April, 2018. - Foto Sinar Harian
Agenda AWANI Asia: Trend Baharu & Inisiatif Mudah Berbelanja
Diskusi mengenai trend baharu dan inisiatif mudah berbelanja dengan selamat, bijak dan berjimat baik di negara sendiri, mahupun di negara asing dalam Agenda AWANI Asia 9 malam ini.
KUSKOP lancar Dasar Francais Negara 2030, perkukuh ekosistem, akses pasaran
KUSKOP melancarkan Dasar Francais Negara 2030 (DFN 2030) semalam, bertujuan memperkukuh ekosistem francais di Malaysia dan memperluas akses pasaran di dalam dan luar negara.
Persiapan pentas akhir Gegar Vaganza
Pentas akhir Gegar Vaganza kini tinggal sehari sahaja dan persiapan rapi sedang giat dijalankan.
PGA gagalkan cubaan seludup 80 pokok bonzai kayu hitam
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menggagalkan cubaan menyeludup 80 pokok bonzai kayu hitam di Jalan Kasban, hadapan Pos Pok Teh Kana, Rantau Panjang, menerusi Op Taring Wawasan pada Khamis.
Kementerian ekonomi perlu masa, data perlu tepat
Kerajaan tidak mahu terburu-buru dalam memuktamadkan tangga pendapatan bagi klasifikasi T15.
Statistik pembuangan sisa Malaysia
Sumber: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Majlis Keselamatan Negara (MKN) & SWM Environment.
[TERKINI] Sultan Selangor tidak setuju wujud garis panduan
Sultan Selangor pendirian tegas tidak bersetuju cadangan mewujudkan garis panduan kepada umat Islam yang menghadiri majlis perayaan orang bukan Islam khususnya di Selangor.
Jangan hina rezeki tong sampah
Bapa yang juga OKU kepada tiga anak, sanggup dipandang hina mencari sisa di tong sampah demi kelangsungan hidup sekeluarga.
Pengguna lebuh raya sambut baik larangan kenderaan berat waktu puncak
Pengguna jalan raya termasuk pemandu lori menyambut baik pelaksanaan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memperluas larangan pergerakan kenderaan berat memasuki lebuh raya pada waktu puncak di beberapa jajaran lebuh raya terpilih di sekitar Lembah Klang bermula pada 19 Feb ini.
Penduduk ambil keputusan berpindah, enggan tanggung risiko
Kediaman yang diduduki sejak enam tahun lalu itu juga berada hampir dengan lereng bukit dan sudah menunjukkan tanda rekahan baharu di lantai dan dinding rumah
Polis selesai ambil keterangan Abdul Hadi - KPN
Polis mengesahkan telah merakam keterangan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang hari ini bagi membantu siasatan berhubung kenyataan beliau bertajuk "Ketinggian Islam wajib dipertahankan".
Abdul Hadi bertemu BJI, bincang perkukuh gerakan Islam antarabangsa
Pertemuan antara Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan delegasi Bangladesh Jamaat Islami (BJI) berpotensi memperkukuh jaringan gerakan Islam di peringkat antarabangsa.
Abdul Hadi agak uzur, enggan ditemui pemberita
Tan Sri Abdul Hadi Awang kelihatan agak uzur dan enggan ditemui pemberita sebaik selesai menyampaikan kuliah duha di Masjid Rusila di sini pada Jumaat.
Ibu mentua Presiden Pas meninggal dunia
Ibu mentua Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang, Dayang Abdullah, 90, meninggal dunia tengah malam tadi.
"Marang satu minit pun tak pernah masuk penjara" - Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution menegaskan dari aspek sejarah, Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang tidak pernah dimasukkan ke penjara.
Keputusan PM Anwar tidak ambil gaji tidak bertentangan ajaran Islam - JPPA PKR
Keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengambil gaji adalah tidak bertentangan dengan ajaran Islam sama ada dari sudut niat mahupun pelaksanaannya.
Abdul Hadi desak kerajaan tidak tutup pintu untuk diberi nasihat
Kerajaan didesak tidak menutup pintu untuk ditegur dan diberi nasihat bagi menjamin keadilan di negara ini dapat terus ditegakkan.
'Hassan Nasrallah kata perang akan berlaku bagi bebas Baitul Maqdis, Masjid al-Aqsa' - Abdul Hadi
Setiausaha Agung Hizbullah, Hassan Nasrallah pernah memberitahu bahawa peperangan akan berlaku bagi membebaskan Bait al-Maqdis dan Masjid al-Aqsa.
Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.
Muktamar Pas: "Biarlah dia cari dosa kering" - Ahmad Zahid
Beliau mengulas tindakan Pas didakwa menjadikan Muktamar Tahunan Ke-70 parti itu sebagai pentas memfitnah dan memaki hamun lawan mereka.