KUALA LUMPUR: Selepas kontroversi penggunaan lagu Hasrat, penyanyi dan komposer, Amir Jahari tampil memohon maaf kepada Naib Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
Menerusi hantaran di laman Twitter pada Selasa, Amir atau nama penuhnya Mohamad Amirullah Jahari berkata, permohonan maaf itu dibuat atas kesilapannya memilih kata dan cara yang tidak baik dalam membuat teguran tempoh hari.
"Saya berharap Yang Berhormat Mas Ermieyati sudi untuk memaafkan segala khilaf saya.
"Perkara yang terjadi ini memberi pengajaran besar buat saya agar lebih menjaga adab dan kata-kata saya kepada orang yang lebih tua dan sesama insan," katanya dalam entri berkenaan hari ini.
Bagaimanapun, penyanyi kelahiran Kuching, Sarawak itu menegaskan pendiriannya adalah sama untuk tidak membenarkan karyanya digunakan oleh sesiapa sahaja bagi tujuan politik dan perkara yang boleh memporak-perandakan keadaan.
Pelantun lagu Penghibur Jalanan itu menambah, permohonan maaf yang dibuat bukan kerana dia menerima surat atau didatangi oleh mana-mana individu yang mewakili Mas Ermieyati yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah.
"Saya jelaskan, tiada surat yang dihantar, tiada orang YB yang datang, ini hanyalah cara saya memperbaiki diri.
"Memang agak kasar cara saya menegur, tapi tetap saya menegakkan bahawa lagu saya bukan untuk agenda politik, itu sahaja. Hentikan kebencian semua, sebarkan cinta," tulisnya lagi.
Astro AWANI sebelum ini melaporkan Mas Ermieyati memohon maaf kepada Amir kerana menggunakan lagu tema filem Imaginur, Hasrat sebagai lagu latar untuk hantaran video semasa berada di Mahkamah Kuala Lumpur susulan pendakwaan kes Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat.
Jelas Mas Ermieyati, beliau sedia menurunkan semula hantaran menggunakan lagu berkenaan dan 'menggantikannya' dengan lagu lain seperti lagu nasyid atau lagu penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Astro Awani
Mon Mar 13 2023

Amir berkata, permohonan maaf itu dibuat atas kesilapannya memilih kata dan cara yang tidak baik dalam membuat teguran tempoh hari.- Foto/fail

Kapal Tentera Laut Korea Selatan 'Cheonjabong' singgah di Pelabuhan Klang
Kapal Pendaratan Dok (LSD) itu membawa peralatan Tentera Darat Korea Selatan, termasuk Kereta Kebal Tempur Utama (MBT) K2, dan Howitzer Gerak Sendiri (SPH) K-9.

Presiden Lubnan lakukan lawatan luar negara pertama ke Arab Saudi
Joseph Aoun dijadual menghadap Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman semasa lawatannya ke negara itu.

Thailand pertimbang bina tembok sempadan sekat pergerakan sindiket pusat panggilan
PM Thailand tekankan keperluan untuk usaha berterusan dan mencadangkan beberapa langkah, termasuk mengkaji kebolehlaksanaan tembok sempadan.
Sekatan bantuan akan musnahkan kehidupan rakyat Gaza - UNICEF
Tegas Pengarah Serantau UNICEF untuk Asia Barat dan Afrika Utara, Edouard Beigbeder,
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
Hamas penuhi komitmen perjanjian - Pegawai Kanan
Menurut laporan Al Jazeera, Osama Hamdan berkata pihaknya "komited kepada perjanjian" dan ingin melihat perjanjian tersebut diteruskan ke peringkat kedua.
Lebih 2,000 bomba giat padam kebakaran hutan di Jepun
Kira-kira 4,600 penduduk masih berada di bawah nasihat evakuasi, dengan api membakar ribuan hektar tanah setiap hari.
Seorang maut, empat cedera dalam serangan tikaman di Israel
Menurut pihak polis tempatan, suspek yang merupakan seorang warganegara tempatan turut maut dalam insiden berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan di lokasi kejadian.
Bekas Presiden FIFA, lagenda bola sepak kembali ke mahkamah
Pendakwa raya Persekutuan Zwitzerland telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu bagi membolehkan perbicaraan baharu dijalankan terhadap Sepp Blatter dan Michel Platini.
Malaysia seru kerjasama global, tingkat keterhubungan
Malaysia menyeru kerjasama global yang lebih kukuh dalam usaha membina masa depan yang lebih terhubung, inovatif dan lestari. Ia sekali gus menekankan kepentingan transformasi digital dalam memacu pertumbuhan ekonomi serta kemajuan masyarakat.
12,600 tiket tambahan untuk Aidilfitri mula dijual pada Selasa
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan empat perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bermula 28 Mac hingga 6 April ini sempena Aidilfitri bagi memenuhi permintaan tinggi penumpang.

PAC syor LHDN lapor status e-invois, permudah pembayar cukai
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mencadangkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melaporkan status pelaksanaan e-Invois agar kaedah ini dipermudahkan kepada pembayar cukai dan pada masa yang sa

Prosiding isu premium insurans kesihatan, caj hospital swasta ambil masa panjang- PAC
Prosiding Peningkatan Bayaran Premium Insurans Kesihatan, Caj Hospital Swasta dan Impak Kepada Kesihatan Awam dijangka mengambil masa panjang.

PAC anjur sesi pendengaran awam isu premium insurans kesihatan, caj hospital swasta
PAC akan mengadakan sesi pendengaran awam bagi prosiding Peningkatan Bayaran Premium Insurans kesihatan/Takaful, Caj Hospital Swasta dan Impak Kepada Kesihatan Awam.

MAHB: PAC perlu guna saluran betul untuk dapatkan penjelasan - Loke
PAC perlu menggunakan saluran yang betul apabila ingin mendapatkan sebarang penjelasan daripada Kementerian Pengangkutan termasuk mengenai penjualan saham MAHB.

PAC jadual lima prosiding baharu sempena sidang Parlimen - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menjadualkan prosiding lima isu baharu sempena sidang Parlimen yang akan bermula minggu depan, kata Pengerusinya, Mas Ermieyati.

PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.

PAC adakan prosiding projek loji rawatan kumbahan di Pulau Pinang
Prosiding yang diadakan di Parlimen pada Isnin akan memanggil PETRA, JPP, jururunding dan kontraktor projek.

PAC panggil semula HRD Corp 20 November ini
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil semula Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) pada 20 November ini.

Pemilihan Bersatu: Abdul Rahim, Mas Ermieyati menang jawatan Ketua Bahagian
Ahli Parlimen Masjid Tanah Datuk Mas Ermieyati Samsudin mengekalkan jawatan sebagai Ketua Bersatu Bahagian Masjid Tanah dalam pemilihan parti itu.

Mas Ermieyati Ketua Srikandi Bersatu baharu
Nurul Ezzati Azmi dari Bahagian Kapar diumum Ketua Srikandi Muda Malaysia manakala naib ketua dimenangi Nabila Norsahar.