KUALA LUMPUR: Anggota Kabinet Kerajaan Perpaduan yang diumumkan semalam bertekad untuk memberikan khidmat yang terbaik kepada rakyat dan negara.
Ahli Parlimen Kota Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyifatkan pelantikannya sebagai Menteri Pendidikan Tinggi merupakan satu penghormatan daripada Kerajaan Perpaduan.
Naib Presiden UMNO itu berkata pelantikan itu merupakan cabaran besar kepadanya dalam memastikan kementerian itu kembali berfungsi sepenuhnya dalam mendepani cabaran era baharu yang pelbagai.
"Sudah tentu ini merupakan cabaran besar kepada saya bagi memastikan kementerian ini kembali berfungsi sepenuhnya dalam mendepani cabaran era baharu yang pelbagai," katanya.
Datuk Seri Alexander Nanta Linggi yang diumumkan sebagai Menteri Kerja Raya pula memberi jaminan akan meneruskan polisi kementerian itu sebelum ini, selain menambah baik dasar yang boleh membawa manfaat kepada rakyat dan negara.
Selain itu beliau turut bertekad memberikan sepenuh komitmen dan usaha dalam memastikan kelancaran perancangan pentadbiran negara atas kapasitinya di kementerian itu.
"Saya juga ingin menegaskan saya adalah menteri untuk semua bukan hanya untuk orang Sarawak, maka dengan itu, saya akan memastikan setiap usaha dan inisiatif yang diambil di bawah kementerian akan membawa kebaikan kepada seluruh rakyat Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak," katanya dalam kenyataan malam tadi.
KABINET PERPADUAN NASIONAL 2023
Ahli Parlimen Kapit yang mewakili Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu melihat pelantikannya sebagai tanggungjawab yang penting dalam membantu Kerajaan Perpaduan meneruskan usaha memulihkan ekonomi negara, lebih-lebih lagi menjelang 2023 yang dijangka mencabar.
Beliau turut menyeru agar rakyat Malaysia dapat mengetepikan perbezaan dan bersama-sama memberi tumpuan terhadap usaha membangunkan semula negara.
Sementara itu, Nga Kor Ming yang dilantik sebagai Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan berkata rakyat dan kerajaan perlu bersatu dan bekerja sebagai satu pasukan yang kuat serta meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan peribadi.
"Saya amat berterima kasih kerana diberi penghormatan dilantik sebagai menteri kabinet untuk berkhidmat kepada negara tercinta. Banyak perkara perlu dicapai dan saya mengalu-alukan semua cadangan dan panduan bijaksana supaya kita boleh bekerjasama untuk mengembalikan kegemilangan negara ini," kata Ahli Parlimen Teluk Intan itu kepada Bernama menerusi aplikasi WhatsApp.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 02 2022

Dari kiri: Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan Nga Kor Ming.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Rombakan Kabinet: Asing kementerian, fokus lebih tersusun dan tidak bertindih
Pecahan dua kementerian akan memberikan fokus yang lebih tersusun dan gerak kerja yang lebih bermakna.

PM Anwar pengerusikan mesyuarat Kabinet pertama pascarombakan
Anwar difahamkan memberikan taklimat berhubung peraturan, naratif dan hala tuju baharu Kerajaan Perpaduan.

Rombakan Kabinet kombinasi mantap perkukuh pentadbiran Kerajaan Perpaduan
Rombakan Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri dilihat kombinasi mantap yang akan memperkukuh lagi pentadbiran Kerajaan Perpaduan.

Rombakan Kabinet isyarat jelas Kerajaan Perpaduan ingin maju
Rombakan Kabinet semalam memberikan isyarat bahawa Kerajaan Perpaduan sentiasa memenuhi keperluan semasa dan masa depan Malaysia.

Menteri, timbalan menteri baharu mulakan tugas hari ini
Kesemua anggota Kabinet Kerajaan Madani juga dijangka menghadiri Mesyuarat Kabinet pertama yang akan dipengerusikan Perdana Menteri.

Rombakan Kabinet tidak semestinya mengubah dasar kementerian - Ahmad Zahid
Dasar dan acuan yang terbukti berkesan, harus dikekalkan, kata Timbalan Perdana Menteri.

Rombakan Kabinet: Hannah lega terus diberi kepercayaan terajui KBS
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berasa lega apabila terus diberi kepercayaan untuk memimpin Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Johari Abdul Ghani letak jawatan Pengerusi CI Holdings
Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang baharu dilantik sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan telah meletak jawatan sebagai Pengerusi CI Holdings Bhd hari ini.

Rombakan Kabinet: Gerak kerja Kementerian Digital akan diputuskan dalam masa terdekat - Gobind
Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata gerak kerja dan tugasan kementeriannya akan diputuskan dalam masa terdekat, selepas bidang tugas kementerian baharu itu diketahuinya esok.

Rombakan Kabinet: Jemaah Menteri komited tabur bakti kepada rakyat
Barisan kepimpinan dalam rombakan Kabinet beriltizam menunaikan amanah yang diberikan dengan sebaik mungkin.