Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata semua anggota parti perlu terus memperkukuhkan hubungan terutamanya dalam menghadapi perjuangan politik yang amat mencabar pada ketika ini.
Beliau berkata hubungan silaturahim dalam kalangan anggota parti khususnya di Sabah perlu terus dikekalkan dan dipertingkat.
"Dengan adanya hubungan silaturahim yang kukuh saya yakin Sabah terus kekal di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya akan datang dengan pimpinan seorang Ketua Menteri (Datuk Seri Musa Aman) yang begitu komited kepada perjuangan, sentiasa bekerja keras serta mengambil berat terhadap rakyat di seluruh di negeri ini," katanya ketika berucap pada Majlis Iftar Ramadan Pergerakan Wanita UMNO Sabah bersama beliau di sini, Rabu malam.
Turut hadir Ketua Wanita UMNO Sabah Datuk Armani Mahiruddin dan Naib Ketua Wanita UMNO Sabah Datuk Jainab Ahmad Ayid.
Pada majlis itu 200 anak yatim, warga emas, ibu tunggal dan balu menerima sumbangan sumbangan wang zakat daripada Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) yang disampaikan oleh Tajuddin yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.
Mengulas lanjut, Tajuddin berkata Parti Warisan Sabah (Warisan) tidak menjadi cabaran besar kepada UMNO di Sabah.
"Saya tidak melihat parti Warisan ini menjadi cabaran. Oleh itu saya menyokong penuh agar UMNO menang dalam pilihan raya akan datang di Sabah dan saya berjanji akan membantu untuk memastikan UMNO Sabah menang dalam pilihan raya nanti," katanya.
Sementara itu, Armani berkata Pergerakan Wanita UMNO Sabah berikrar akan terus memperkasakan usaha ke arah menambat hati rakyat dan menentukan sokongan kekal kepada perti berkenaan.
"Untuk itu, pendekatan dan fokus akan diperhebatkan supaya lebih dinamik, tangkas, efisien serta berkupayaan untuk menjadi juara dalam menyampaikan kebajikan kepada rakyat.
Wanita UMNO Sabah akan terus menjadi tulang belakang dan nyawa kepada parti. Kami memberikan sepenuh sokongan dan kerjasama kepada pucuk pimpinan parti dan kerajaan," katanya.
Sementara itu, ditanya mengenai rampasan daging ayam dari Amerika Syarikat dalam kontena besar yang mempunyai logo halal yang tidak diiktiraf, di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) semalam, Tajuddin berkata pihak penguatkuasa yang berkaitan perlu lebih berwaspada dan serta memperhebatkan lagi kawalan di pintu masuk negara.
"Kita tahu penguatkuasa sentiasa menjalankan tugas untuk membanteras penyeludupan. Namun ada juga satu dua kes yang boleh membolosi kawalan...namun apa yang paling penting pihak penguatkuasa telah melakukan operasi dan mengambil tindakan kepada pihak yang tidak bertanggungjawab itu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 21 2017

TAJUDDIN: Hubungan silaturahim dalam kalangan anggota parti khususnya di Sabah perlu terus dikekalkan dan dipertingkat.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.

'Tak payah umpan PM jadi poster boy PRU15' - Tajuddin
Perdana Menteri ibarat 'umpan' buat Barisan Nasional untuk menghadapi PRU15.

Calon PM kesembilan: Tajuddin dakwa Ku Li 'dipermainkan' Zahid
Bagaimanapun, Tajuddin tidak menjelaskan bagaimana Tengku Razaleigh atau lebih dikenali Ku Li 'dipermainkan' Ahmad Zahid.

Tajuddin dakwa Tok Mat belot untuk ganti Zahid
Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mendedahkan terdapat perjumpaan antara pemimpin parti itu untuk menjatuhkan Zahid Hamidi.

Kerajaan negeri perlu kawal pertukaran status tanah - Tajuddin
Kerajaan negeri perlu mengawal status tanah pertanian yang dilihat banyak ditukar ke status pembangunan.

Anggota UMNO perlu kukuhkan hubungan hadapi perjuangan politik mencabar
Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata semua anggota parti perlu terus memperkukuhkan hubungan terutamanya dalam menghadapi perjuangan politik yang amat mencabar pada ketika ini.

Lebih 5,000 nelayan darat nikmati elaun sara hidup tahun lalu
Kerajaan memperuntukkan RM12.5 juta sebagai elaun sara hidup kepada lebih 5,000 nelayan darat di seluruh negara pada tahun lalu, kata Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Lesen Bernas mungkin ditarik balik jika gagal selesai isu pemutuan padi - Tajuddin
Tindakan tegas termasuk kemungkinan menarik balik lesen import beras akan dikenakan terhadap Bernas jika kemelut kadar pemotongan pemutuan padi tidak diselesaikan, kata Datuk Seri Tajuddin.