KUALA LUMPUR: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan terbabit dalam audio tular perbualan bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Penafian itu dibuat Anwar ketika berucap di Majlis Perasmian dan Pelancaran Bilik Gerakan Utama KEADILAN Selangor, sebentar tadi.
Malah, Ketua Pembangkang itu turut mendakwa memang ada individu yang mempunyai suara yang mirip dengannya.
“Kaedah penipuan juga menjadi semakin canggih. Saya sentuh soal audio, saya nak sebut, ini nak gunakan kita, nak lawan politik dalam UMNO.
“Nak gunakan kononnya perbualan saya dan Datuk Seri Zahid Hamidi, untuk politik Bersatu,” katanya dalam ucapan tersebut.
BACA: Zahid Hamidi nafi rakaman audio perbualan bersama Anwar Ibrahim
[LAPOR LANGSUNG] Zahid nafi rakaman audio perbualan bersama Anwar
Jelas Anwar, beliau juga telah mengarahkan pegawainya membuat laporan polis bagi kes berkenaan.
“Nak menikam pimpinan UMNO, ini bukan kerja saya, sebab itu saya juga akan arah pegawai saya, buat laporan polis, biar disiasat, siapa yang punca ini
“Tapi ada, suara macam saya, saya tidak peduli. Nyata ada usaha untuk memfitnah dengan (cara) mereka rasa lebih canggih dan supaya dalam Keadilan orang tanya, DAP atau Amanah.
“Nasib baik kita ini rakan setia, tidak mudah tergugat dengan fitnah-fitnah macam ini,” ujarnya.
Khairunnisa Kasnoon
Wed Apr 07 2021
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini menafikan terbabit dalam audio tular perbualan dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Produk gula-gula Apple S dikesan mengandungi bahan terlarang sibutramine - KKM
Produk gula-gula jenama Apple S dikesan mengandungi sibutramine iaitu sejenis ubat yang digunakan untuk mengawal selera makan.
HAWANA jadi platform himpunkan organisasi media seluruh ASEAN - Fahmi
HAWANA akan menjemput pengamal media dari ASEAN untuk beberapa program sempena kepengerusian ASEAN oleh Malaysia.
Gaji permulaan RM1,700 boleh bersara dengan simpanan RM1 juta jika konsisten - KWSP
Caruman secara konsisten ke dalam tabung KWSP boleh menjamin persaraan yang selesa walaupun dengan gaji permulaan yang rendah.
Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud gegar selatan Filipina
Gempa tektonik berkenaan berpotensi mencetuskan gegaran susulan dan menyebabkan kerosakan.
Perancis keluarkan waran tangkap terhadap Bashar
Dua majistret penyiasat Perancis telah mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Pemimpin Syria, Bashar al-Assad, atas dakwaan bersubahat dalam jenayah perang, menjadikannya kali kedua tindakan sedemikian diambil oleh pihak berkuasa kehakiman negara itu.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Menurut Statistik Korea, seramai 20,095 bayi dilahirkan pada November 2024, menandakan peningkatan 14.6 peratus berbanding 17,530 kelahiran dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Trump janji tamatkan konflik, tapi Rusia-Ukraine masih berperang
Rusia dan Ukraine terus melancarkan serangan udara ke atas satu sama lain, walaupun Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang baru mengangkat sumpah jawatan, mendakwa kononnya mampu menamatkan perang dalam masa 24 jam.
SHP Batang Kali bukti usaha Kerajaan Selangor kurangkan jejak karbon - Amirudin
Amirudin berkata, pembinaan loji hidrokuasa kecil ini membuktikan kemampuan negeri memimpin usaha menghasilkan penyelesaian tenaga yang lebih bersih dan hijau.
Clinker Line 2 Cahya Mata dijangka siap Mac 2027, bantu tingkat pengeluaran simen Sarawak
Setelah siap, Cahya Mata Cement akan mencapai kapasiti pengeluaran simen tahunan sebanyak 2.4 juta metrik tan.
YouTube uji ciri audio berkualiti lebih tinggi
Jump Ahead membolehkan penonton melangkau terus ke bahagian video yang dirasakan menarik.
Tol percuma musim perayaan: Kerajaan teliti mekanisme terbaik - PM
Subsidi tol tidak boleh terus diberikan kepada golongan berkemampuan sama seperti subsidi elektrik dan minyak.
WEF 2025: Konglomerat global nyata hasrat melabur di Malaysia - PM
Hasrat itu dinyatakan oleh peneraju MNC dalam beberapa siri mesyuarat perniagaan di luar Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025.
WEF 2025: Potensi besar ASEAN jadi tumpuan di pentas global - Anwar
ASEAN berpotensi sebagai rantau yang terus berkembang dengan pertumbuhan ekonomi lebih pesat.
Dialog WEF PM Anwar: Daripada Manchester United, cabaran serantau, hingga imbangi dinamik kuasa besar global
Keupayaan Perdana Menteri mengimbangi perbualan dalam perbincangan beliau mempamerkan kedudukan unik Malaysia dalam diplomasi global.
Kepengerusian Malaysia dalam ASEAN beri harapan untuk tangani krisis Myanmar - Utusan PBB
Bishop menekankan peranan penting ASEAN dalam menangani krisis itu, dengan menggariskan pendirian berkecualinya dalam isu dalaman.
Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia beri tumpuan kepada tenaga, ketersambungan - PM Anwar
Selain itu, Anwar berkata, ASEAN juga akan melibatkan diri secara membina dengan kuasa global utama sambil melindungi kedaulatannya.
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Pendekatan ASEAN bukanlah dalam bentuk menguatkuasakan sistem tertentu, sebaliknya memastikan wujudnya keterangkuman dan keamanan.
Kerajaan Negeri Sembilan mohon pembinaan hospital baharu di Seremban
Kerajaan negeri telah memohon kepada Kementerian Kesihatan untuk mempertimbangkan pembinaan sebuah hospital baharu berikutan kesesakan di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di Seremban.
PM Anwar akan bertemu pengasas WEF, pimpin sesi pleno ASEAN pada akhir WEF 2025
Perdana Menteri akan menerima kunjungan hormat Pengasas dan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah WEF Prof Klaus Schwab di hari terakhir WEF 2025.
Penggunaan AI dalam penjagaan kesihatan tingkat kecekapan, kurangkan pembaziran - PM Anwar
Beliau berkata, sejak menerajui kerajaan, dua keutamaan beliau ialah pendidikan dan penjagaan kesihatan.