SHAH ALAM: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan tidak akan berkecil hati dengan teguran dan pandangan yang diberikan Timbalannya, Rafizi Ramli.
Ia berikutan beliau meraikan perbezaan pendapat daripada mereka yang mempunyai semangat perjuangan parti dan bukan daripada mereka yang khianat.
"Sebab itu kalau ada singgungan sikit-sikit, sabar sahajalah, sebab orang kuat kerja dan cerdik kadang-kadang memberi pandangan dan singgungan yang memeningkan sikit.
"Tetapi saya sebut kepada Rafizi, saya jamin tidak berkecil hati. Masalahnya kadang-kadang penyokong bebal ramai sebab mereka tidak faham kita dalam perjuangan tebal ini.
"Betul memang ada perbezaan pendapat tetapi ini bukan orang khianat. Ada beza orang keras berpendapat dan berpendirian dalam beberapa isu tetapi bukan khianat, bukan kaki fitnah, perompak dan perasuah.
"Yang kita diajak perang ini ialah orang rasuah dan khianat, tumpu ke arah itu," katanya semasa ucapan penggulungan dan penangguhan Presiden Kongres Nasional Keadilan ke-16 di sini pada Ahad.
Kongres Nasional Keadilan ke-16 turut menjadi pentas untuk merapatkan hubungan dua pemimpin utama dalam parti, iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Presiden dan Timbalannya, Rafizi Ramli.
Anwar dengan berlapang dada menyifatkan ucapan Rafizi mengubati kerunsingan beliau selama ini.
"Hari ini empat naib presiden, pemuda dan wanita dan timbalan, Rafizi, memang kontroversial betul. Kadang pening saya.
"Saya bisik di telinga dia awal-awal tadi, 'aku ni Rafizi, lama dah dengan kamu ni. Janganlah tambah pening aku'. Rupanya dia datang bagi ucapan, dia bagi 'panadol'. Hilang pening saya. Saya kenal lama (Rafizi) dari kemahiran, kepintaran kerja memang luar biasa," kata Anwar.
Beliau juga menegaskan akan tetap mempertahankan barisan kepimpinan yang sanggup bekerja dalam satu pasukan.
"Walaupun ada saya dengar Saifuddin Nasution mengeluh dengan tuduhan yang keras. Jadi saudara saudari semua, jangan buat tuduhan cari info yang betul," tegasnya.
Rahimah Abdullah
Sun Jul 17 2022
Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan tidak akan berkecil hati dengan teguran dan pandangan yang diberikan Timbalannya, Rafizi Ramli. - Astro AWANI
Gabungan Peguam Negara saman Trump beku pembiayaan persekutuan
Tuntutan berkenaan adalah bagi mendapatkan perintah mahkamah untuk menghentikan serta-merta penguatkuasaan dasar OMB.
Radu tetap radu! - Khairul Fahmi Che Mat dedah faktor sertai Sabah
Khairul Fahmi turut beranggapan, Ong Kim Swee umpama seorang 'bapa' ketika di luar padang.
AWANI Pagi: OP Selamat 23: Tahun Baharu Cina 2025
Diskusi 8.30 pagi Rabu bersama Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri membincangkan mengenai segalanya tentang trafik, Op Selamat dan usaha pihak polis menjaga keselamatan khususnya semasa musim perayaan.
E-Commerce: Tackling Malaysia’s logistics divide
CEO of Ninja Van Malaysia, Lin Zheng shares insights on tackling logistical bottlenecks, especially between Peninsular and East Malaysia, while driving innovation to transform the nation’s e-commerce landscape.
Rumah dikelilingi lebuh raya kerana pemilik keras kepala
Rumah tersebut yang dilihat seperti bentuk mata dari pemandangan udara kini dilingkungi tembok konkrit.
AWANI Ringkas: Selamat Tahun Baharu Cina
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Kemarahan Arteta berbaloi, hukuman kad merah pemain Arsenal dibatalkan
Terdahulu, pemain berusia 18 tahun itu menerima kad merah oleh pengadil selepas didapati mengasari Matt Doherty, Sabtu lalu.
#AWANIRingkas 29 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 29 Januari 2025
1️⃣ Selamat Tahun Baharu Cina
2️⃣ Kepentingan kerjasama IPT dan industri
3️⃣ Tanah runtuh di Sarawak
#awaniringkas
1️⃣ Selamat Tahun Baharu Cina
2️⃣ Kepentingan kerjasama IPT dan industri
3️⃣ Tanah runtuh di Sarawak
#awaniringkas
JPJ keluar 1,968 saman menerusi Op TBC 2025
JPJ Terengganu mengeluarkan 1,968 saman dalam tempoh lapan hari pelaksanaan Op Khas TBC 2025 yang bermula pada 20 Jan lepas.
Bomba Lahad Datu selamatkan mangsa terperangkap banjir
Hujan beterusan sejak pagi semalam juga menyebabkan beberapa kawasan di timur Sabah dinaiki air termasuk di kawasan perkampungan.
"Harga minyak tak turun? Saya tidak menjadi Perdana Menteri nak buat macam mana?"- Anwar
Anwar jawab sindiran pihak-pihak tertentu yang mempertikai janji-janji yang diberikannya jika PKR menang pada PRU akan datang.
Anwar jamin tidak akan berkecil hati ditegur Rafizi
Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan tidak akan berkecil hati dengan teguran dan pandangan yang diberikan Timbalannya, Rafizi Ramli.
Kenyataan YDP Agong, Majlis Raja-Raja kemuncak suara rakyat - Anwar Ibrahim
Dakwa Anwar, keadaan ini berlaku kerana keresahan rakyat terhadap suasana politik dan ekonomi yang disifatkan semakin berkecamuk.