KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Damansara Gobind Singh Deo tampil mengulas persoalan mengapa beliau tidak menyertai Kabinet Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya menerusi muat naik di Facebook, beliau tidak boleh menganggotai Kabinet, namun tidak memperincikan sebab di sebalik keputusannya.
“Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta saya untuk menjadi sebahagian daripada Kabinetnya.
“Namun, selepas mempertimbangkan hal berkenaan, saya memaklumkan beliau bahawa saya tidak boleh berbuat demikian dan saya akan fokus kepada peranan saya sebagai Ahli Parlimen dan membantu kerajaan dalam segala aspek yang boleh saya bantu,” ujarnya hari ini.
DIARI 100 HARI KABINET KERAJAAN PERPADUAN PM ANWAR IBRAHIM
[LAPOR LANGSUNG] Senarai penuh Kabinet Kerajaan Perpaduan PM Anwar
Gobind bagaimanapun berterima kasih kepada Anwar atas tawaran tersebut.
“Saya ingin berterima kasih kepada beliau kerana meminta saya menganggotai Kabinetnya. Sekali lagi, saya menyatakan keyakinan penuh dalam kepimpinannya dan percaya bahawa beliau boleh mengangkat Malaysia ke tahap yang lebih tinggi,” tambah beliau.
Dalam Kabinet Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2018, Gobind dilantik sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia.
Kali ini, seramai empat wakil DAP menganggotai Kabinet pimpinan Anwar, iaitu Hannah Yeoh (Menteri Belia dan Sukan), Anthony Loke (Menteri Pengangkutan), Nga Kor Ming (Menteri Pembangunan Kerajaan dan Tempatan) dan V. Sivakumar (Menteri Sumber Manusia).
Nailah Huda
Sat Dec 03 2022

Kata Gobind Singh menerusi muat naik di Facebook, beliau tidak boleh menganggotai Kabinet Anwar Ibrahim selepas mempertimbangkan tawarannya. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Kementerian Digital akan perkenal sistem perisikan pantau aktiviti jual data peribadi
Kementerian Digital bakal memperkenalkan satu sistem perisikan yang pertama seumpamanya di negara ini untuk memantau aktiviti penjualan data peribadi di laman sesawang gelap.

Tingkah laku rasis dan kenyataan diskriminasi tiada tempat dalam masyarakat - Gobind
Gobind berkata, tindakan sedemikian bukan sahaja menyakitkan hati tetapi juga merosakkan keharmonian kaum.

Malaysia cipta lebih 450 pekerjaan AI berkemahiran tinggi menerusi kerjasama NAIO-GAIV
Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata hasrat berkenaan disasarkan untuk dicapai dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.

445,000 penjawat awam manfaat penggunaan Gen AI
Fasa pertama program itu yang diperkenalkan pada Disember 2024 adalah perintis untuk menguji integrasi AI dalam aliran kerja kerajaan.

Perkembangan AI Deepseek China tingkatkan permintaan pusat data - Gobind
Gobind yakin bahawa kemajuan teknologi AI tidak akan menjadi ancaman kepada usaha Malaysia untuk menjadi hab pusat data di rantau ini.

Govtech dijangka dilancarkan pada suku pertama 2025 – Gobind
Dasar untuk mendigitalkan penyampaian perkhidmatan kerajaan atau GovTech dijangka dilancarkan pada suku pertama tahun 2025.

DNB-Ericson lancar teknologi 5G Advanced, disokong teknologi AI, jimat tenaga
Digital Nasional Berhad (DNB) dan Ericsson melancarkan teknologi 5G Advanced pada rangkaian DNB.

Malaysia kaji impak platform AI Deepseek kepada negara - Gobind Singh
Kerajaan sedang mengkaji impak platform kecerdasan buatan (AI) sumber terbuka DeepSeek China terhadap Malaysia, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.

Kerajaan rangka inisiatif bantu industri PMKS perkasa teknologi digital dalam perniagaan
Ia antara lain bagi mengatasi jurang penggunaan digital dalam kalangan PKS dan memastikan peranan mereka kekal relevan.

Kementerian Digital kenal pasti masalah usahawan PMKS guna pakai teknologi pendigitalan
Kementerian Digital sedang mengenal pasti cabaran serta masalah dihadapi usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) menerima guna pendigitalan.