SHAH ALAM : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa memberikan jawapan segera berhubung isu dakwaan kebocoran data peribadi membabitkan pelaksanaan Skim Insurans Am Selangor (INSAN).
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, Anwar selaku Menteri Kewangan perlu menjawab isu berkenaan kerana didakwa terdapat pelanggaran tata kelola di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 iaitu kesalahan mendaftarkan konsumer secara haram dalam sesuatu perkhidmatan kewangan tanpa pengetahuan dan kebenaran penama adalah jenayah.
“Apakah pelanggaran tata kelola ini boleh didiamkan begitu saja? Lebih melampau lagi jika ada polisi insurans dikeluarkan ke atas penama yang telah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan di Facebook pada Ahad.
Hamzah berkata, sudah lebih sebulan isu berkenaan didedahkan, namun sehingga kini Menteri Kewangan yang dikatakan jaguh tata kelola membisu.
“Pelik juga Menteri Kewangan yang kebolehannya beretorik dan bercakap tiba-tiba diam seribu bahasa, sedangkan jelas terdapat pelanggaran tata kelola dalam skandal INSAN ini.
“Menteri Kewangan perlu buktikan bahawa beliau benar-benar penentang projek runding terus seperti yang disebut berulang kali.
“INSAN ini asalnya dicadang supaya dikendalikan SELGATE iaitu syarikat GLC Selangor kerana faktor pelesenan, kewangan dan kepakaran tetapi diketepikan. Mengapa pula sebuah syarikat swasta yang latar belakangnya meragukan dipilih tanpa tender terbuka,” katanya.
Hamzah yang juga Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) juga mahu Anwar menjawab isu berkenaan jika benar beliau pejuang rakyat seperti mana didendangkan penyokong Pakatan Harapan (PH).
“Apakah benar berlaku jenayah di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 di mana data peribadi rakyat yang diperoleh daripada SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) oleh Kerajaan Selangor bagi tujuan pilihan raya diserahkan kepada syarikat untuk tujuan komersial tanpa kebenaran dan pengetahuan pemilik data?” katanya.
Tambah beliau, rakyat tidak mahu data peribadi mereka disalahgunakan pihak yang tidak bertanggungjawab.
“Sebab itu, janganlah ‘gajah’ di depan mata Menteri Kewangan buat-buat tak nampak, tapi kuman di seberang laut hari-hari Menteri Kewangan jadikan modal politik.
“Teroponglah sama gajah di depan mata ini kerana sudah banyak suara di luar sana mendakwa berlaku proses sakau. Ini dakwaan berat yang mesti dibuktikan sebaliknya oleh beliau,” katanya.
Jelas Hamzah, laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis telah dibuat dan pihaknya percaya semua maklumat ini sudah sampai ke meja Menteri Kewangan.
INSAN yang diperkenalkan kerajaan negeri pada tahun lalu kini hangat diperkatakan selepas beberapa individu mendakwa nama mereka didaftarkan tanpa pengetahuan mereka.
Terdapat juga dakwaan berlaku kebocoran data peribadi apabila ada ahli keluarga yang sudah meninggal dunia didaftarkan sebagai penerima skim berkenaan.
Sebelum ini, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, data yang mengandungi nama, alamat dan nombor kad pengenalan tersebut adalah data awam yang boleh dibeli daripada SPR bagi tujuan prapendaftaran INSAN.
Menurut beliau, setiap nama dalam skim itu perlu mengesahkan nombor kad pengenalan dan swafoto gambar penama sebagai tanda memberi kebenaran pendaftaran tersebut.
Penjelasan Amirudin bagaimanapun menimbulkan tanda tanya baharu kerana proses prapendaftaran automatik tidak sepatutnya berlaku untuk produk kewangan yang tertakluk akta tertentu.
Lebih meragukan kerana dokumen insurans berkenaan mempunyai tarikh luput serta tertulis ‘polisi diaktifkan’ dan bukannya ‘prapendaftaran’. Timbul juga persoalan mengenai kemungkinan terdapat pelanggaran Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) 2010.
INSAN adalah polisi insurans kemalangan diri berkelompok untuk enam juta penduduk berusia antara 30 hari sehingga 80 tahun yang premiumnya ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Sep 03 2023

Hamzah berkata, sudah lebih sebulan isu berkenaan didedahkan, namun sehingga kini Menteri Kewangan yang dikatakan jaguh tata kelola membisu. - Gambar fail

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Februari 2025
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas

Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning diserah Selasa - Speaker
Speaker Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, ia akan dibuat selepas urusan kematian Allahyarham selesai.

Pasaran bunga terbesar Asia saksikan perniagaan berkembang dalam 2024
Dengan nilai transaksi 11.57 bilion yuan, pasaran itu mendahului dalam jumlah serta nilai dagangan bunga negara 25 tahun berturut-turut.

Tangkap itik dalam kolam hidupkan tradisi sukan rakyat di PAT 2025
Rosmariani berkata pertandingan yang memasuki tahun ketiga itu bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat.

Terap tulisan Jawi dalam seni batik pelihara, martabatkan warisan budaya
Hasil karya tersebut berpotensi menembusi pasaran global serta membantu menyokong artisan batik dan penulis khat tempatan.

Dakwaan RUU PSB hapus Melayu, golongan M40, B40 tidak benar - KP PLANMalaysia
Alias berkata kerajaan memegang teguh 10 prinsip bagi memastikan ketelusan pentadbiran dan menjamin hak pemilik hartanah berdaftar.
"Keadaan enam tebusan Israel yang dibebaskan sangat buruk " - Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mendakwa keadaan enam tebusan Israel yang dibebaskan Hamas pada sabtu berada pada tahap yang buruk.
Kenyataan beliau itu bagaimanapun dilihat bertentangan dengan analisis dan kenyataan pakar kesihatan Israel sendiri.
Kenyataan beliau itu bagaimanapun dilihat bertentangan dengan analisis dan kenyataan pakar kesihatan Israel sendiri.
Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
Dua rakyat Israel yang baru dibebaskan, Avera Mengistu dan Hisham Al-Sayed, tiba dalam keadaan fizikal yang secara keseluruhannya baik.
Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
Tahap kesihatan pemimpin gereja katolik dan Kota Vatican, Pope Francis dilaporkan semakin merosot dalam tempoh 24 jam terakhir.

Permukiman Jemaah Menteri: PM Anwar puji kesungguhan, akui ada ruang untuk penambahbaikan
Sidang penilaian prestasi ini berfungsi sebagai platform untuk menerima laporan dan teguran daripada pihak berkecuali, termasuk akademik dan penjawat awam.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Jemaah menteri perlu terbuka terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
Anwar turut mengingatkan Jemaah Menteri mengenai perlunya kesatuan dan kebersamaan sekali gus berfungsi sebagai sebuah kerajaan MADANI.

Malaysia-Perancis senada perkukuh kerjasama pelbagai bidang termasuk AI, pertahanan
Malaysia dan Perancis senada dalam memperkukuh kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk pertahanan, ekonomi, tenaga, perdagangan, pelaburan, pelancongan serta kecerdasan buatan (AI).

PM Anwar pengerusikan mesyuarat kabinet usai lawatan rasmi ke Bahrain
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar turut memaklumkan hasil lawatan beliau ke Bahrain dan Brunei pada mesyuarat itu.
![[KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63 [KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729517791_tbMASabahSaraw.jpg)
[KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63
Anwar sebelum ini pernah berjanji untuk mempercepatkan proses penyelesaian tuntutan yang berkaitan dengan MA63.

Lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan Perdana Menteri
Muhammad Sufi Abdul Aziz, 36, menerima sumbangan itu daripada wakil Perdana Menteri, Pengarah Pejabat ICU Kedah Zaiton Yahya.

Rancangan kembalikan penerbangan terus Malaysia-Bahrain sedang dibincang - PM Anwar
Perkara itu antara dibangkitkan pada kunjungan hormat ke atas Putera Mahkota dan PM Bahrain Salman bin Hamad Al Khalifa di Istana Gudaibiya.

Diaspora perlu main peranan bersama, jaga imej negara di mata dunia - PM Anwar
Selain usaha pejabat kedutaan, penampilan dan pembawakan diri rakyat Malaysia di luar negara penting bagi mengekalkan nama baik sedia ada negara.

Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.