Barisan Nasional (BN) mensasarkan kemenangan 3-0 di Parlimen Sungai Siput, Perak pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), 9 Mei ini.
Pengerusinya, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kemenangan itu perlu dicapai BN setelah 10 tahun Sungai Siput tidak mengecap kemajuan.
"Kawasan ini sudah bersedia untuk diambil alih oleh BN. Selama ini, kita tewas 1-2, kali ini saya tidak mahu menang 2-1. Berapa? Saya nak menang 3-0. Boleh semua?" laung beliau pada Himpunan Hebatkan Negaraku di sini hari ini.
Beliau pada masa sama mempersoal apakah yang dilakukan Ahli Parlimen Sungai Siput yang diberi mandat sejak 10 tahun lalu kepada penduduk di sini.
"Parlimen ini sudah lama terpinggir. Saya nak tanya, Ahli Parlimen sebelum ini, buat kerja ke tak? Apa jasanya pada orang Sungai Siput? Tak ada. Kalau orang India kata, 'yillek'.
"Jadi apa lagi orang Sungai Siput nak tunggu? Nak pisang berbuah dua kali? Tiga kali? Kita semua ini memerlukan transformasi pada kawasan kita.
"Siapa boleh bawa transformasi? Parti PSRM (Parti Sosialis Malaysia)? Parti 'mata lebam'? Pas? Siapa boleh? BN boleh. Bagi mandat kepada BN, malam 9 Mei, InsyaAllah, Sungai Siput akan berubah di bawah pentadbiran kita," katanya.
Beliau turut mengumumkan naik taraf sekolah Orang Asli di Parlimen ini sebagai kepada sekolah berasrama penuh selain mewujudkan sekolah agama berasrama penuh dan sekolah jenis kebangsaan Tamil di Parlimen ini.
Penyandang kerusi Parlimen Sungai Siput, Dr Michael D. Jeyakumar bakal mempertahankan kerusi yang dimenanginya sejak 10 tahun lalu dengan menentang tiga lagi calon iaitu Datuk Seri SK Devamany (BN), S. Kesavan (PKR) dan Dr Ishak Ibrahim (Pas).
Sementara penyandang kerusi DUN Lintang, Datuk Mohd Zolkafly Harun diberi mandat oleh pucuk pimpinan BN untuk mengekalkan kerusi itu selain meletakkan Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe bagi merampas semula kerusi DUN Jalong.
Harits Asyraf Hasnan
Sat May 05 2018

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Majlis Perhimpunan Hebatkan Negaraku di Pusat Konvensyen Sungai Siput hari ini. - Foto Bernama

Rossa buka warung, jual juadah berbuka puasa serendah 54 sen
Rossa membuka warung di kampung halamannya di Sumedang, menjual juadah berbuka puasa dengan harga murah, serendah 54 sen.
Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak akan diumum November
Kementerian Pendidikan, Inovasi, dan Pembangunan Bakat (MEITD) Sarawak akan mengeluarkan senarai kursus ijazah sarjana muda yang terbabit dalam skim pendidikan tinggi percuma negeri itu pada November nanti.
STEM Catalyst-Raspberry Pi diperluas ke 130 sekolah rendah di Sarawak
Menteri Pendidikan, Inovasi, dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn berkata, inisiatif STEM Catalyst-Raspberry Pi bertujuan untuk menarik minat lebih ramai pelajar dalam bidang berkenaan.
Jumlah penerbangan di Sarawak mencukupi - Kim Shin
Menteri Pengangkutan Sarawak,Datuk Seri Lee Kim Shin berkata penekanan diberikan kepada penambahan penerbangan jika diperlukan, di samping kawalan terhadap kadar tambang agar tidak membebankan penumpang.
AirBorneo bakal miliki pesawat ATR72-600
Sarawak telah membuat persiapan untuk memperoleh model pesawat ATR 72-600 yang baharu bagi operasi perkhidmatan udara luar bandar (RAS) di negeri itu.
SEB beri jaminan tiada ganggua elektrik ketika aidilfitri
Ketua Pegawai Eksekutif, Sarawak Energy Berhad (SEB) Datuk Sharbini Suhaili berkata sebagai langkah intervensi awal, pihaknya turut mengaktifkan pelan kontingensi dengan memastikan sebarang gangguan dapat dipulihkan dengan pantas.

Polis terima 894 laporan terhadap Zamri Vinoth - KPN
Polis menerima 894 laporan berhubung kenyataan kontroversi pendakwah bebas Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu yang didakwa menghina agama Hindu.
ASEAN 2025 | 12 Mac
ASEAN 2025 harini bersama Pia Ernadya membawa tumpuan berikut:
1. Tarif AS: Thailand dapat manfaat daripada perang perdagangan
2. Singapore Airlines larang guna, cas 'power bank' mulai 1 April
3. Vietnam catat peningkatan dalam pelbagai sektor
1. Tarif AS: Thailand dapat manfaat daripada perang perdagangan
2. Singapore Airlines larang guna, cas 'power bank' mulai 1 April
3. Vietnam catat peningkatan dalam pelbagai sektor

31 Julai pendengaran injunksi 1MDB untuk bekukan aset Rosmah lebih AS$346 juta
Mahkamah tetapkan 31 Julai untuk mendengar permohonan injunksi difailkan 1MDB terhadap Rosmah bagi menghalang beliau daripada mengeluarkan atau melupuskan mana-mana asetnya bernilai lebih RM1.6 bilion

Duterte mungkin hadapi hukuman penjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup - Malacanang
Sabitan boleh dirayu, dan mahkamah juga boleh mengarahkan pampasan untuk mangsa.

PRK DUN Ayer Kuning: Calon BN disenarai pendek - Ahmad Zahid
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini telah disenarai pendek dan akan diumumkan seminggu sebelum tarikh penamaan calon.

BN tiada masalah cari calon sesuai untuk PRK DUN Ayer Kuning
BN mempunyai calon yang layak dan telah menyenarai pendek calon yang berpotensi untuk bertanding, kata Zambry.

MCA dakwa ada parti dalam PH cuba gunakan media beri tekanan, keluar BN
MCA mendakwa terdapat usaha daripada beberapa parti dalam PH yang menggunakan media bagi memberi tekanan kepada MCA supaya keluar daripada BN.

Chow Kon Yeow kekal terajui Majlis Pimpinan PH Pulau Pinang
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, dilantik semula sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang bagi tempoh 2024-2026.

PRK Ayer Kuning: Zahid sahkan notis telah dihantar ke SPR
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan surat notis kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning telah dihantar kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Amanah Perak beri laluan kepada BN letak calon di PRK Ayer Kuning
Amanah Perak turut memulakan persiapan awal menyusun jentera bagi memastikan calon BN kelak mengekalkan kemenangan di Ayer Kuning.

UMNO, BN Sabah harus dominan pada PRN demi kemajuan Sabah - Ahmad Zahid
UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus menjadi parti dominan semula di Sabah pada pilihan raya negeri (PRN) ke-17 akan datang.

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.

Warisan nafi wujud persefahaman bahagi kerusi dengan BN - Darell Leiking
Datuk Darell Leiking berkata dakwaan sebuah portal berita mengenai persefahaman antara Warisan dan BN Sabah itu hanyalah andaian dan spekulasi semata-mata.

Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon
Azalina menjelaskan kenyataan Ahmad Zahid merujuk kepada pendirian Ahli Parlimen blok BN berhubung isu gag order, selaras dengan Peraturan Mesyuarat 36(2).