KUALA LUMPUR: Sekiranya calon dari Perikatan Nasional (PN) memperolehi sokongan majoriti untuk dipilih sebagai Perdana Menteri dan membentuk kerajaan, banyak pihak akan menunggu tawaran baharu yang akan diberikan.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), Tricia Yeoh, persoalan yang timbul jika PN kembali berkuasa adakah tawaran reformasi yang diberikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini akan turut diberikan kepada pembangkang?
Tricia berkata, beliau bimbang jika PN kembali memerintah, keadaan akan kembali seperti sebelum ini dan tawaran reformasi yang diberikan oleh Muhyiddin sebelum ini tidak akan diberikan keutamaan.
"Jika mereka mempunyai 115 sokongan, saya rasa sangat menarik untuk melihat apakah bentuk tawaran yang akan diberikan, terutamanya tawaran reformasi yang diberikan oleh Muhyiddin sebelum ini.
"Adakah mereka juga akan memberi tawaran itu atau apakah lagi tawaran yang akan diberikan?
"Jika mereka memerlukan sokongan daripada pembangkang, saya rasa ia akan menjadikan reformasi itu menarik tetapi sekiranya mereka tidak perlukan sokongan pembangkang, keadaan akan kembali seperti biasa," katanya kepada Astro AWANI.
Ketika menyampaikan Ucapan Khas pada 13 Ogos lalu, Muhyiddin memberi tujuh tawaran kepada pemimpin parti pembangkang untuk mendapatkan persetujuan bipartisan.
Antara tujuh tawaran tersebut ialah membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti di Dewan Rakyat, peruntukan sama rata kepada semua ahli parlimen tanpa mengira parti dan pelaksanaan Undi 18 tanpa perlu menunggu pendaftaran automatik.
Namun semua parti pembangkang menolak tawaran tersebut malah UMNO yang merupakan sebahagian daripada Perikatan Nasional juga menolak.
Ekoran dari itu, Muhyiddin meletak jawatan pada 16 Ogos kerana tidak lagi mempunyai sokongan majoriti.
Astro Awani
Tue Aug 17 2021

Tricia berkata, beliau bimbang jika PN kembali memerintah, keadaan akan kembali seperti sebelum ini. - Foto fail
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

IDEAS gesa kepimpinan fokus urusan pentadbiran
Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) menggesa semua pihak kepimpinan kembali menumpukan kepada urusan pemerintahan selepas berakhir proses Pilihan Raya Negeri (PRN), baru-baru ini.

Malaysia Madani penting bagi pertumbuhan, kurangkan jurang ketidaksamaan - IDEAS
IDEAS berkata tema tersebut turut memberi penekanan terhadap usaha pembasmian kemiskinan, pertumbuhan mampan dan sokongan lanjut untuk PKS.

Lantikan politik harus berdasarkan kepakaran, pengalaman - IDEAS
Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS Dr Tricia Yeoh berkata pelantikan berdasarkan parti politik akan menjejaskan integriti.

Kabinet perlu seimbang antara pemimpin parti dan profesional - IDEAS
Walaupun secara idealnya kabinet dianggotai mereka yang berkelayakan dalam bidang-bidang diperlukan, realiti politik juga harus disantuni.

PRU15: Kestabilan tidak tertakluk kepada dominasi mana-mana parti - IDEAS
Kunci kestabilan adalah kelangsungan institusi kenegaraan yang menjalankan tanggungjawab tanpa mengira parti mana sekalipun yang memerintah.

Rakyat perlu biasakan diri hukuman ke atas pemimpin - Tricia Yeoh
Ketua Pengarah Eksekutif IDEAS Dr Tricia Yeoh berkata rakyat perlu membiasakan diri melihat hukuman dijatuhkan ke atas pemimpin-pemimpin negara.

Perkasakan ekosistem untuk wanita berkeluarga bekerja - Tricia Yeoh
Sistem sokongan di pihak keluarga dan tempat kerja perlu kuat supaya wanita juga dapat memberi tumpuan untuk mencapai impian mereka.

IDEAS lancar kempen 'Sekolah Kita', didik rakyat tentang cabaran dihadapi pelajar Orang Asli
Laman sesawang kempen ini - sekolahkita.my- merupakan sebuah -pembelajaran- interaktif yang mengandungi lima bab.

Wujudkan Suruhanjaya Bebas Antirasuah - IDEAS
Cadangan itu berikutan kemerosotan kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2021.

Azam Baki patut 'cuti' seketika demi menjaga nama SPRM - IDEAS
Keberadaannya di kerusi peneraju SPRM ketika masih terpalit isu pendakwaan korupsi hanya akan terus mencemarkan nama institusi tersebut.