Ringkasan AI
- Grok, aplikasi AI oleh xAI di bawah Elon Musk, telah diperkenalkan secara terhad ke beberapa negara dan kini tersedia untuk pengguna iPhone tempatan.
- Grok menawarkan sokongan seperti ChatGPT, membolehkan pengguna bertanya pelbagai soalan dan menjana imej. Ia juga dilatih menggunakan data masa-nyata daripada X untuk memberikan konteks semasa yang lebih baik.
- Pengguna iPhone boleh memuat turun Grok hari ini, tetapi ia masih belum tersedia untuk pengguna Android.
Kini, ia turut diperluaskan untuk pengguna tempatan, dimana pengguna iPhone sudah boleh memuat turun dan menggunakan Grok pada peranti masing-masing.
Grok menawarkan sokongan lebih kurang seperti ChatGPT, membolehkan anda bertanyakan pelbagai perkara dan menerima jawapan terus melaluinya.
Pengguna juga turut boleh menjana imej menggunakan Grok.
Salah satu kelebihan pada Grok adalah ia turut dilatih menggunakan data masa-nyata daripada X, sekali gus memberikan konteks semasa lebih baik.
Bagi anda yang menggunakan iPhone, boleh memuat turun Grok hari ini pada peranti anda. Pihak xAI masih belum menawarkannya untuk pengguna Android buat masa ini. -Amanz
