KUALA LUMPUR: Penafian secara lisan oleh Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai rakaman perbualan mirip suara mereka, tidak meyakinkan, kata Yang di-Pertua Dewan Negara Tan Sri Rais Yatim.
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata, intonasi dan nada suara yang dimiliki kedua-dua pemimpin politik berkenaan begitu dikenali ramai.
Ujarnya lagi, seeloknya, rakaman berkenaan harus diteliti pihak berkuasa, terutamanya pakar dalam forensik audio.
“Sukar untuk meyakinkan dengan (penafian) begitu saja. Suara kedua mereka dikenal ramai … lunaknya, intonasinya, pekikannya, itu didengar oleh masyarakat.
“Jadi kalau dinafi, penafian itu harus substantive (mempunyai asas yang kukuh), dan sifat substantive itu harus dibuktikan menerusi forensik. Dan saya harap ada tindakan pihak berkuasa dan yang mahir tentang industri audio,” katanya lagi.
BACA: Audio tular: Kalau betul, apa masalahnya? - Anwar
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Anwar nafi terbabit dalam audio tular perbualan bersama Zahid
Bekas Pengerusi Bersatu Negeri Sembilan itu berkata demikian ketika ditemui pemberita, selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Badan Kebajikan dan Anak-anak Melayu Negeri Sembilan, di ibu negara hari ini.
Minggu lepas, tular rakaman audio yang didakwa perbualan antara Ahmad Zahid, dan Anwar, mengenai strategi politik dan hala tuju parti yang dicapai sewaktu Perhimpunan Agung UMNO 2020, pada 31 Mac lepas.
Bagaimanapun, kedua-dua pemimpin politik itu telah membuat penafian, dan telah mengarahkan pegawai masing-masing untuk membuat laporan polis bagi membolehkan dalang dikesan.
Mengulas lanjut, Rais yang juga bekas anggota Kabinet dari tahun 1982 hingga 2013 itu, menegaskan bahawa politik orang Melayu berada dalam keadaan yang amat berkecamuk.
Penularan rakaman audio seperti itu, tegasnya lagi, hanya tindakan yang bukan sahaja tidak membawa keuntungan, tetapi akan menyebabkan nilai dan standard politik Melayu semakin rendah.
“Politik orang Melayu hari ini terlalu berkecamuk dan terlalu rumit. Sedangkan kita mempunyai matlamat nasional. Matlamat kebangsaan. Matlamat berkaitan masa depan negara kita. Jadi sekiranya masalah tidak menidakkan, masalah menjadikan bahan-bahan sebagai perkara yang memecahbelahkan kita, ini tidak akan melunakkan keadaan.
“Dan semasa kita mengadakan perbincangan seperti inilah, makin lama orang Melayu makin rendah tahap dan standard politiknya. Masyarakat Tiong Hua tak buat begitu, Masyarakat India pun tidak ada. Kita yang Muslim ini mengapa harus ada perkara seperti ini?” soalnya kembali.
Firdaus Azil
Sat Apr 10 2021

Rais Yatim berpendapat, rakaman berkenaan harus diteliti pihak berkuasa, terutamanya pakar dalam forensik audio. - Gambar fail
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

ASEAN perlu lebih lantang suarakan isu Palestin - Rais Yatim
Isu Palestin boleh disuarakan negara anggota ASEAN menerusi platform seperti forum, majlis menteri-menteri luar dan majlis ketua-ketua kerajaan.

Baiki segera kerosakan rumah kelahiran P Ramlee
Tindakan segera perlu dilakukan supaya rumah berusia hampir 100 tahun itu akan terus terpelihara dan menjadi warisan sejarah negara.

Peruntukan Perlembagaan Persekutuan cerminkan kepelbagaian, kepentingan kaum - Rais
Antara peruntukan yang menggambarkan kepelbagaian kaum ialah Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.

Wan Junaidi sah terima tawaran Speaker Dewan Negara, angkat sumpah esok
Wan Junaidi menambah sebagai rakyat yang cintakan negara, sukar baginya untuk menolak tawaran itu kerana ia satu amanah dan tanggungjawab.

Program Syarahan Parlimen dijadikan acara bulanan - Johari
Penganjuran Program Syarahan Parlimen yang kini memasuki siri kedua akan diteruskan sebagai acara bulanan bagi membolehkan masyarakat memberikan pandangan berhubung cara tadbir urus negara yang baik.

Penggubal undang-undang tertinggi China tiba untuk lawatan rasmi ke Malaysia
Pesawat Air China membawa Zhao bersama delegasinya mendarat di Kompleks Bunga Raya, KLIA, pada 8.15 pagi ini.

JKPK TIA kemuka syor tangani isu perjawatan SPRM, Mahkamah Sesyen Khas Rasuah
Jawatankuasa Pilihan Khas Tadbir Urus, Integriti dan Antirasuah (JKPK TIA) Dewan Negara hari ini mengemukakan dua syor bagi mengatasi isu perjawatan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) da

Persidangan Dewan Negara ditambah dua hari - Rais Yatim
Difahamkan tambahan dua hari berkenaan bagi menyelesaikan perihal berkait RUU dan urusan kerajaan yang lain.

Kerjasama Algeria-Malaysia dalam ekonomi, kebudayaan dan pendidikan perlu ditingkatkan - Rais Yatim
Hubungan kerjasama dua hala antara Algeria dan Malaysia perlu dipertingkatkan terutama dalam aspek ekonomi, kebudayaan dan pendidikan.

Pengiktirafan protokol senator di peringkat kerajaan negeri dipersetujui PM
Anwar sendiri akan berhubung dengan pihak kerajaan negeri untuk memberikan perhatian mengenai perkara tersebut.