KUALA LUMPUR: Akta Parlimen Berpenggal Tetap perlu diwujudkan bagi menjamin kestabilan politik negara dan menepis sebarang cubaan menjatuhkan Kerajaan Persekutuan setiap kali ia dibentuk.
Mencadangkan perkara itu, Ketua Angkatan Wanita Parti Amanah Negara Nasional (AWAN) Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia dilihat dapat menjamin kerajaan yang terbentuk setiap kali selepas Pilihan Raya Umum dapat bekerja dengan efektif sehingga habis penggal.
"Kita sepatutnya meneruskan kerja-kerja yang berkait kesejahteraan rakyat dan negara...Tetapi kita tidak akan boleh dapat mencapai perkara itu kalau kita asyik bercakap tentang politik.
Jadi kami mencadangkan supaya diwujudkan undang-undang berpenggal tetap untuk Parlimen... Mungkin ahli Jemaah Menteri boleh bertukar, tetapi kerajaan itu adalah kerajaan sama," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat kedua Jawatankuasa Pimpinan dan Pengurusan (JKP) AWAN di sini, hari ini.
Beliau yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata demikian bagi mengulas dakwaan wujud "langkah" bagi menumbangkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam perkembangan lain, Aiman Athirah berkata AWAN kini dalam proses mendaftar di Sabah dan Sarawak selain lebih 80 kawasan Parlimen seluruh negara dalam usaha melibatkan lebih ramai masyarakat dalam sayap parti itu.
Aiman Athirah berkata AWAN dalam mesyuarat hari ini juga bersetuju melantik dua Naib Ketua baharu iaitu Nor Hayati Bachok dan Mariam Abdul Rashid.
Mesyuarat itu katanya turut bersetuju melantik Sabrina Md Yusoff sebagai Bendahari, Anis Afida Md Azli (Setiausaha Organisasi), Rozita Abdul (Pengarah Pilihan Raya), Nurul Suhadah Shuib (Pengarah Hal Ehwal Syariah) dan Norhayati Bidin (Pengarah Sumber Manusia).
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 13 2024
![AWAN cadang Akta Parlimen Berpenggal tetap diwujudkan, jamin kestabilan politik negara AWAN cadang Akta Parlimen Berpenggal tetap diwujudkan, jamin kestabilan politik negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41705134652_AimanAthira.jpg)
Ketua Angkatan Wanita Parti Amanah Negara Nasional (AWAN) Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia dilihat dapat menjamin kerajaan yang terbentuk setiap kali selepas Pilihan Raya Umum dapat bekerja dengan efektif sehingga habis penggal. - BERNAMA
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.
![Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740032529_HusseinOmarKhan.jpg)
Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
![Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740133923_PolistumpasSindik.jpg)
Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.
![Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740134070_cabul.jpg)
Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.
!['Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga' 'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81740133599_tercekikgulagula.jpg)
'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
![Cadangan gubal Akta Parlimen Berpenggal tetap masih dalam kajian - Azalina Cadangan gubal Akta Parlimen Berpenggal tetap masih dalam kajian - Azalina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71709011686_TBAzalinaOthman.jpg)
Cadangan gubal Akta Parlimen Berpenggal tetap masih dalam kajian - Azalina
Cadangan untuk menggubal Akta Parlimen Berpenggal Tetap masih dalam peringkat kajian terperinci, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othm
![Akta Parlimen Berpenggal Tetap bukan tidak demokratik - Wan Junaidi Akta Parlimen Berpenggal Tetap bukan tidak demokratik - Wan Junaidi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702283302_TBWanJunaidi.jpg)
Akta Parlimen Berpenggal Tetap bukan tidak demokratik - Wan Junaidi
Akta Parlimen Berpenggal Tetap tidak boleh dianggap sebagai tidak demokratik, kata Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
![Langkah Dubai? Ini fakta yang perlu diketahui tentang Akta Parlimen Berpenggal Tetap Langkah Dubai? Ini fakta yang perlu diketahui tentang Akta Parlimen Berpenggal Tetap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81705577201_ProjekSAMA.jpg)
Langkah Dubai? Ini fakta yang perlu diketahui tentang Akta Parlimen Berpenggal Tetap
Akta Parlimen Berpenggal Tetap (APBT): Soalan-soalan lazim (FAQs) dan jawapan oleh Projek Kestabilan dan Akauntabiliti untuk Malaysia (Sama).
![Pertimbang cadangan Pilihan Raya Perdana Menteri, jika mahu luluskan Akta Parlimen Berpenggal Tetap - Penganalisis Pertimbang cadangan Pilihan Raya Perdana Menteri, jika mahu luluskan Akta Parlimen Berpenggal Tetap - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41705277849_MuhammadFathi.jpg)
Pertimbang cadangan Pilihan Raya Perdana Menteri, jika mahu luluskan Akta Parlimen Berpenggal Tetap - Penganalisis
Pilihan Raya Ahli Dewan Rakyat dan Pilihan Raya Perdana Menteri perlu dilaksanakan Akta Parlimen Berpenggal Tetap hendak dikuatkuasakan dalam sistem semasa demokrasi negara.
![Akta Parlimen Berpenggal Tetap tidak libatkan penggal tetap Perdana Menteri Akta Parlimen Berpenggal Tetap tidak libatkan penggal tetap Perdana Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41705277849_MuhammadFathi.jpg)
Akta Parlimen Berpenggal Tetap tidak libatkan penggal tetap Perdana Menteri
Katanya, sistem penggal tetap Perdana Menteri tidak mustahil untuk dilaksanakan, namun pelaksanaannya akan mewujudkan kepincangan.
![RUU kekal kerajaan hingga akhir penggal mampu kukuhkan negara - Abang Johari RUU kekal kerajaan hingga akhir penggal mampu kukuhkan negara - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81705231936_TBAbangJohari.jpg)
RUU kekal kerajaan hingga akhir penggal mampu kukuhkan negara - Abang Johari
Abang Johari berkata semua pemimpin parti politik seharusnya lebih mengutamakan kestabilan pemerintahan dan usaha memulihkan ekonomi negara.
![Belum ada perbincangan mendalam RUU kekal kerajaan hingga akhir penggal - Fahmi Belum ada perbincangan mendalam RUU kekal kerajaan hingga akhir penggal - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41705229751_FahmiFadzil.jpg)
Belum ada perbincangan mendalam RUU kekal kerajaan hingga akhir penggal - Fahmi
Belum ada sebarang perbincangan mendalam berhubung rang undang-undang (RUU) bagi mengekalkan sesebuah kerajaan yang mentadbir negara hingga ke akhir penggal.
![Usaha gubal Akta Parlimen Berpenggal tetap bukan langkah terdesak - Azalina Usaha gubal Akta Parlimen Berpenggal tetap bukan langkah terdesak - Azalina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81695006375_AzalinaOthman.jpg)
Usaha gubal Akta Parlimen Berpenggal tetap bukan langkah terdesak - Azalina
Ia sebagai menghormati mandat pilihan raya, proses demokrasi dan memastikan kestabilan politik dalam keadaan semasa geopolitik yang tidak menentu.
![AWAN cadang Akta Parlimen Berpenggal tetap diwujudkan, jamin kestabilan politik negara AWAN cadang Akta Parlimen Berpenggal tetap diwujudkan, jamin kestabilan politik negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41705134652_AimanAthira.jpg)
AWAN cadang Akta Parlimen Berpenggal tetap diwujudkan, jamin kestabilan politik negara
Akta Parlimen Berpenggal Tetap perlu diwujudkan bagi menjamin kestabilan politik negara dan menepis sebarang cubaan menjatuhkan Kerajaan Persekutuan setiap kali ia dibentuk.