KUALA LUMPUR:Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebing Tinggi, Dr Abdul Aziz Bari tidak menolak kemungkinan gabungan kerjasama diantara parti politik di negeri Perak boleh berlaku seperti sebelum ini.
Menurut beliau, dalam gelanggang politik tiada apa yang mustahil boleh berlaku asalkan menepati tuntutan Perlembagaan serta tidak bertentangan dengan norma.
Bahkan, kata ADUN dari DAP itu, sejak 2008 lagi, sudah banyak gabungan kerjasama yang tidak pernah terbayang di fikiran rakyat sudah berlaku.
“Jadi saya fikir tidak mustahil melihat gabungan baharu, asalkan pimpinan peringkat Pusat bersedia menerima dan di sana juga harus ada pengecualian.
“Jangan lihat apa yang berlaku di peringkat Persekutuan tidak boleh berlaku peringkat negeri kerana sifat Persekutuan itu mengizinkan kelainan," katanya dalam temu bual bersama Astro AWANI pada Jumaat.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan undi percaya yang ditolak majoriti ADUN Perak terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hari ini.
LAPOR LANGSUNG: Undi Percaya DUN Perak - Siapa MB baharu?
Dalam perkembangan sama, Abdul Aziz mengucapkan syabas kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid atas keberanian dan ketegasan dalam membawa usul terbabit.
"Kita tahu jalan itu ada, cuma kelebihan kita di Perak iaitu kita mempunyai Speaker yang begitu mantap dan terbuka.
"Kalau tidak saya sendiri berasa suspen juga lepas ke usaha ini mengikut aturan mesyuarat yang diberikan kepada ADUN semalam. Benda itu (usul percaya) akan dibentangkan selepas Belanjawan.
“Jadi keberanian beliau mengambil satu langkah yang berani diterima (untuk) satu perkara berlaku," katanya lagi.
Sementara itu, Abdul Aziz berkata, isu kepimpinan Ahmad Faizal telah lama dipersoalkan sebelum ini.
Namun apabila usul percaya itu dibawa ternyata ADUN Chenderiang itu gagal mengekalkan sokongan pada tahap yang dikehendaki Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.
"Apa yang berlaku bahawa kerajaan yang dipimpin oleh Ahmad Faizal gagal memenangi sokongan dan keyakinan Ahli Dewan, jadi tiada cara lain selain meletakkan jawatan,” katanya lagi.
Fareez Azman
Fri Dec 04 2020

Jangan lihat apa yang berlaku di peringkat Persekutuan tidak boleh berlaku peringkat negeri kerana sifat Persekutuan itu mengizinkan kelainan, kata Abdul Aziz Bari. - Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

ADUN UMNO secara konsensus namakan Saarani, henti spekulasi - Shahrul Zaman
Semua ADUN UMNO, Barisan Nasional secara konsensus mencalonkan Datuk Saarani Mohamad, Pengerusi Perhubungan UMNO Perak sebagai Menteri Besar Perak.

Aziz Bari tidak tolak kemungkinan gabungan kerjasama parti politik di Perak
Dalam gelanggang politik tiada apa yang mustahil boleh berlaku asalkan menepati tuntutan Perlembagaan serta tidak bertentangan dengan norma.

Saya tidak akan menangis - Aziz Bari
Exco Perak dari DAP, Dr Abdul Aziz Bari berkata, beliau tidak akan menangis sekiranya terpaksa melepaskan jawatan pada bila-bila masa.

Anak raja tak terkecuali Akta Hasutan, kata Aziz Bari
Dr. Abdul Aziz Bari menyatakan pihak berkuasa wajar menyiasat Tunku Idris Sultan Ibrahim berhubung isu Johor dikatakan berhak berpisah keluar dari Malaysia

Aziz Bari akan dipanggil untuk soal siasat bawah Akta Hasutan
Dr Abdul Aziz Bari akan disoal siasat di Ibu Pejabat Polis Sabak Bernam esok.