Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, yang sebelum ini 'diburu' media selepas timbulnya isu dakwaan rasuah dalam kerajaan negeri pimpinannya, akhirnya 'muncul' di Dewan Seri Bernam di sini, hari ini.
Beliau tiba di pekarangan dewan itu kira-kira 15 minit selepas kehadiran rombongan calon Parti Amanah Negara (Amanah) Azhar Abdul Shukur yang juga Pengerusi Amanah Sungai Besar.
Turut mengiringi Azhar ialah Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.
Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR meluangkan masa lebih sejam di dewan itu dan bersalaman dengan rombongan dan calon PAS Dr Abdul Rani Osman yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Selangor.
PKR kini 'tersepit' dengan perbalahan di antara PAS dan Pakatan Harapan yang dianggotainya dengan DAP dan Amanah.
"Di sini (Sungai Besar), Dr Abdul Rani adalah sebahagian daripada kerajaan negeri malah beliau juga anggota penyokong kerajaan negeri yang sentiasa memberi sokongan padu kepada pentadbiran negeri Selangor.
"Saya mengucapkan selamat maju jaya (kepada Dr Abdul Rani) dalam pilihan raya kecil ini dan kita harap kedua-dua parti (PAS dan Amanah) lebih fokus menentang Barisan Nasional (BN)," katanya ketika ditemui pemberita.
Mohamed Azmin baru-baru ini membatalkan kehadirannya ke beberapa majlis di sekitar Selangor dan 'menjauhi' media ekoran tindakan Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan rasuah dalam kerajaan Selangor.
Laporan itu dibuat berikutan pendedahan perbualan aplikasi WhatsApp Rafizi yang didakwa mendedahkan wujudnya permintaan 'untuk mendapatkan wanita' sebagai habuan dalam urusan dengan kerajaan negeri.
Mohamed Azmin juga tidak menghadiri majlis pengumuman calon Pakatan Harapan bagi PRK Parlimen Sungai Besar pada Rabu lepas.
Wan Azizah ketika diminta mengulas mengenai perkara itu berkata ketidakhadiran Mohamed Azmin pada majlis berkenaan bagi membolehkan beliau lebih fokus kepada pentadbiran kerajaan negeri.
"Beliau tidak menghadiri semasa pengumuman calon, tetapi hari ini beliau hadir di sini... baguslah," ulasnya ringkas.
PRK Parlimen Sungai Besar bakal menyaksikan pertembungan tiga penjuru di antara calon BN Budiman Mohd Zohdi yang juga ADUN Sungai Panjang, Dr Abdul Rani dan Azhar.
PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Tan Sri Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.
Bernama
Sun Jun 05 2016
Mohamed Azmin (gambar) tiba di pekarangan dewan itu kira-kira 15 minit selepas kehadiran rombongan calon Parti Amanah Negara Azhar Abdul Shukur yang juga Pengerusi Amanah Sungai Besar. -Gambar fail
Trump mahu hidupkan semula TikTok, minta 50 peratus pemilikan AS
Trump menyatakan beliau akan mengeluarkan perintah eksekutif apabila memegang jawatan presiden pada Isnin untuk membenarkan TikTok kembali beroperasi.
PM Anwar hadir ramah mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Majlis Minum Petang dan Ramah Mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium.
10 Berita Pilihan - (19 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Isnin – 20 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Trak beratur panjang sedia salur bantuan di Gaza
Dalam pada itu, trak-trak bantuan mula memasuki Gaza melalui pintu masuk lintasan sempadan Rafah pada Ahad. Ia sebahagian dari usaha kemanusiaan untuk memperbanyak bantuan seperti yang dipersetujui di bawah perjanjian genjatan senjata antara Hamas dan Israel.
Hati remuk lihat kampung halaman musnah sepenuhnya
Penduduk Palestin yang berpindah ke serata kawasan mula kembali ke tempat asal mereka. Perjalanan kembali mereka mencabar, menelurusi sisa-sisa runtuhan, membawa hati yang berat melihat tempat mereka membesar kini telah runtuh menyembah bumi.
Israel sedia serahkan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan
Israel bersedia menyerahkan senarai dengan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan pada Ahad sebagai pertukaran kepada tiga tebusan wanita warga Israel yang ditahan.
Penduduk Gaza meraikan gencata senjata
Penduduk Gaza dan beberapa pejuang Hamas berkumpul di hadapan Hospital al-Aqsa di Dier Al Balah serta Khan Younis pada Ahad meraikan gencatan senjata yang berkuat kuasa pada 11.15 pagi waktu tempatan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 19 Januari 2025.
Malaysia kukuhkan hubungan serantau di Permukiman AMM Langkawi
Kementerian Luar memaklumkan kedua-dua menteri menegaskan kepentingan kerjasama erat dalam mencapai Visi Komuniti ASEAN 2045.
PRU15: Azhar jadi sandaran PH cabar kerusi legasi Hadi Awang di Parlimen Marang
Azhar bukanlah orang asing di Terengganu kerana mempunyai keluarga dan perniagaan di Terengganu serta seluruh Malaysia.
Azmin Ali muncul selepas 'lari' daripada isu rasuah kerajaan Selangor
Azmin tiba di pekarangan dewan itu kira-kira 15 minit selepas kehadiran rombongan calon Parti Amanah Negara Azhar Abdul Shukur yang juga Pengerusi Amanah Sungai Besar.
Proses penamaan calon PRK Sungai Besar ditutup, tiga pencalonan diterima
Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar yang diadakan di Dewan Seri Bernam di sini, ditutup pada 10 pagi.
Azhar Abdul Shukur diumum calon Pakatan Harapan PRK Sungai Besar
Nama calon Pakatan Harapan itu diumumkan Presiden Amanah Mohamad Sabu di Dewan Sri Sekinchan pada Rabu malam.