Biro Politik Keadilan masih menunggu penjelasan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berhubung pertemuannya dengan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) pada Isnin lalu.
Ia berikutan Mohamed Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi tidak hadir dalam mesyuarat Biro Politik parti yang diadakan di Parlimen pada Rabu malam.
Menurut Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil tiada sebarang tindakan disiplin diambil ke atas Ahli Parlimen Gombak itu dan beliau diberi peluang untuk tampil memberi penjelasan atas ketidakhadirannya dalam Mesyuarat Biro Politik parti yang diadakan setiap minggu.
"Sepanjang pengetahuan Biro Politik, masih belum ada kes disiplin membabitkan Timbalan Presiden, Datuk Seri Azmin Ali," ujarnya.
BACA: Azmin buka mulut, mesyuarat dengan pembangkang katanya perkara biasa
Mesyuarat Biro Politik PKR diadakan di pejabat Parlimen bagi memudahkan Ahli Parlimen yang menganggotai biro termasuk Azmin hadir ke mesyuarat terasebut memandangkan sidang parlimen berlangsung pada sebelah siangnya.
Pada Isnin lalu, Mohamed Azmin dilaporkan mengadakan pertemuan dengan Ahli-Ahli Parlimen PH dan BN di Putrajaya.
Dipercayai kesemua mereka berada di rumah tersebut sejak pukul 7 petang dan kelihatan meninggalkan kediaman itu pada pukul 11 malam.
Mohamed Azmin dilaporkan tidak menghadiri mesyuarat parti itu sejak setahun lalu.
Khairunnisa Kasnoon
Wed Nov 20 2019

Fahmi berkata. tiada sebarang tindakan disiplin diambil ke atas Mohamed Azmin dan beliau diberi peluang untuk tampil memberi penjelasan. - Foto Astro AWANI/Nisa Kasnoon,

Khaled, Saifuddin ucap takziah kepada keluarga Ishsam
Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar, bukan sahaja kepada rakyat di Ayer Kuning dan negeri Perak, tetapi juga kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.

Ahli-ahli Parlimen BN umum kekal sokong PN, Muhyiddin demi agenda bela rakyat
Ahli-Ahli Parlimen BN menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri untuk meneruskan agenda membela rakyat.

MT UMNO tidak boleh atasi keputusan PAU - Nazri
Keputusan PAU 2020 adalah tidak akan bekerjasama dengan Bersatu dan Perikatan Nasional apabila Parlimen dibubarkan.

Azmin masih tidak hadir mesyuarat Biro Politik PKR
"Sepanjang pengetahuan Biro Politik, masih belum ada kes displin membabitkan Timbalan Presiden, Datuk Seri Azmin Ali," ujar Fahmi.