Terdapat pelbagai sebab orang memasuki arena politik.
Namun, bagi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, bakti setia ayahanda beliau terhadap rakyat dan negara menjadi perangsang utama baginya untuk menceburi bidang itu.
Oleh demikian, tidak hairanlah apabila pemergian Tun Abdul Razak Hussein, Perdana Menteri kedua Malaysia akibat leukemia pada 14 Jan 1976, merupakan titik mula bagi penglibatan Najib dalam mengharungi dunia politik yang penuh ranjau dan duri.
"Sebulan selepas pemergian beliau, semata-mata kerana pemergian beliau, saya bertanding di kawasan lamanya iaitu Pekan," kata Najib pada seminar khas bagi memperingati Tun Razak.
Najib, yang amat mengagumi pencapaian cemerlang ayahandanya, berkata: "Ketika itu, saya berusia 22 tahun dan baru saja pulang dari universiti di England."
Oleh itu, ulang tahun ke-40 pemergian Tun Razak juga merupakan ulang tahun ke-40 penglibatan Najib dalam politik.
Najib menang tanpa bertanding bagi kerusi parlimen Pekan dalam pilihan raya kecil yang diadakan pada Februari 1976, dan muncul sebagai Anggota Parlimen paling muda di Malaysia.
Beliau memegang satu lagi rekod iaitu sebagai anggota Majlis Tertinggi UMNO paling muda (1981-1993).
Najib mendaki tangga kepimpinan politik secara langkah demi langkah iaitu daripada jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pekan, hinggalah ke jawatan presiden parti.
Sebelum menduduki kerusi tertinggi dalam parti itu, beliau diberi kepercayaan memegang beberapa jawatan - Pengerusi Perhubungan UMNO Pahang (1983), Ketua Pemuda (1988-1993), Naib Presiden (1993-2003) dan Timbalan Presiden (2004-2007).
Najib menyandang jawatan Presiden UMNO mulai 2008 apabila beliau memenanginya tanpa bertanding.
Kali pertama Najib bertanding dalam pilihan raya umum ialah pada 1978 iaitu di Pekan apabila beliau mengalahkan calon PAS, Mohd Rusdi Arif, dengan 9,533 undi.
Beliau menyandang kerusi Parlimen ini dalam sembilan pilihan raya umum berturut-turut.
Dalam pilihan raya umum lepas pada Mei 2013, perdana menteri mengalahkan calon PKR, Mohd Fariz Abd Talib@Musa dengan majoriti besar 35,613 undi.
Bernama
Sat Feb 20 2016
Pemergian Tun Abdul Razak Hussein (gambar), Perdana Menteri kedua Malaysia akibat leukemia pada 14 Jan 1976, merupakan titik mula bagi penglibatan Najib dalam mengharungi dunia politik. - Gambar Fail
NAFAS: Syarikat subsidiari tidak berfungsi akan digabung atau ditutup
Syarikat subsidiari Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) akan distruktur semula melalui proses penggabungan bagi meningkatkan kecekapan operasi.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya: Petanda positif pertumbuhan populasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lima penumpuan utama jayakan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam - KPPA
Lima penumpuan utama digariskan dalam Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) bagi merealisasikan pembaharuan perkhidmatan awam yang lebih telus, berintegriti dan diyakini.
Petronas sedia bantu Uzbekistan dalam sektor petrokimia, tenaga bersih - Kenyataan
Petronas sedia menjayakan inisiatif tersebut, menyediakan kepakaran sokongan teknikal, pertukaran maklumat, dan konsultansi dalam bidang berkepentingan.
Parlimen: Kerajaan akan terus perkasa kesiapsiagaan ASEAN bagi muktamadkan DEFA
Malaysia akan meneruskan usaha strategik untuk memastikan tahap kesiapsiagaan negara-negara ASEAN dalam memuktamadkan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital (DEFA).
Keadaan ibu Zayn Rayyan kosong, tiada reaksi, kata pegawai penyiasat
Pegawai Penyiasat bagi kes Zayn Rayyan Abdul Matin yang ditemukan mati dua tahun lalu memaklumkan pengadu, Ismanira Abdul Manaf kelihatan kosong sewaktu proses rakaman percakapan berlangsung.
Mekanik maut terlanggar tayar ganti dalam kemalangan lima kenderaan
Seorang mekanik maut apabila motosikal ditunggangnya terlanggar tayar ganti sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Rembau.
Caruman KWSP pekerja asing: Empat pandangan Ameer Ali Mydin
Walaupun kadar caruman KWSP sebanyak du peratus kelihatan kecil, kesan jangka panjang terhadap ekonomi negara tidak boleh dipandang ringan.
Kemalangan: Sakit jantung punca pemandu rempuh tembok parkir Hospital Serdang
Pemandu WRV yang nyaris jatuh dari tingkat tiga bangunan parkir pusat jantung, Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Serdang semalam sakit dada ketika memandu.
Serangan bom: Rakyat Malaysia diminta berwaspada ketika bercuti ke Thailand
Rakyat Malaysia yang merancang untuk bercuti ke Thailand dinasihatkan agar sentiasa berwaspada susulan insiden serangan bom di Narathiwat.
Takaful Malaysia perkukuh legasi 40 tahun dengan program belia
Takaful Malaysia meraikan 40 tahun dengan memperkenalkan Takaful 100 Youth Leadership Program yang fokus kepada kepimpinan belia.
Tiket konsert M. Nasir Satu Hikayat habis terjual
Konsert yang dianjurkan oleh Shiraz Project Sdn Bhd itu bakal diadakan di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) sebagai mengenang suka-duka 40 tahun M.Nasir bergelar anak seni.
Sukan Asia tumpuan Chong Wei seterusnya
Perkongsian daripada Chong Wei ini cukup unik memandangkan dia turut menawarkan perspektif terhadap perancangan baki kerjayanya.
Infografik: Najib Razak, 40 tahun dalam politik
Infografik: Najib Razak, 40 tahun dalam politik
Najib hadir majlis kesyukuran 40 tahun dalam politik
Datuk Seri Najib Tun Razak bersama lebih 2,000 tetamu menghadiri majlis tahlil dan kesyukuran bersempena 40 tahun penglibatan beliau dalam politik.
Bakti Tun Razak terhadap negara rangsang Najib ceburi politik
Bagi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, bakti setia ayahanda beliau terhadap rakyat dan negara menjadi perangsang utama baginya untuk menceburi bidang itu.
Najib anggap lawatan ke China amat berhasil
Pemimpin kedua-dua negara menegaskan bahawa hubungan China dan Malaysia adalah amat penting, dan mereka menganggap ia sesuatu yang amat istimewa.
Ampang Park kini sudah 40 tahun
Pusat membeli belah Ampang Park semalam telah menyambut ulang tahunnya yang ke-40, sehingga kini tidak pernah lekang dari pengunjung.