KUALA TERENGGANU: Bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman menafikan dakwaan kononnya beliau sanggup melepaskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir kepada Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.
Ahmad Razif berkata beliau tidak pernah membuat kenyataan tersebut dan terkejut apabila ramai yang bertanyakan soalan mengenainya sejak malam tadi, setelah satu hantaran Facebook berkaitan perkara itu tular melalui akaun 'Terengganu Repot'.
Beliau berkata hantaran di akaun tersebut turut melampirkan gambarnya ketika sidang media Mohd Khairuddin pada majlis berbuka puasa bersama Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) di sini pada Jumaat lepas.
"Oleh itu, saya ingin menegaskan bahawa status Facebook tersebut adalah tidak benar, palsu dan adalah fitnah berat yang dilemparkan kepada saya bertujuan untuk menjatuhkan reputasi saya sebagai ADUN Seberang Takir.
"Laporan itu juga langsung tidak masuk akal, lawak, karut dan memalukan dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Lebih menyedihkan apabila fitnah sedemikian telah disebarkan pada bulan Ramadan yang mulia," katanya dalam Facebooknya hari ini.
Ahmad Razif menegaskan gambar berkenaan diambil ketika beliau hadir ke majlis yang turut dihadiri ADUN lain di bawah Parlimen Kuala Nerus.
"Majlis tersebut juga turut dihadiri Datuk Seri Dr Khairuddin selaku Pengerusi (PAAB) dan tiada sebarang kenyataan pun dikeluarkan oleh saya, apatah lagi sebagaimana dilaporkan oleh akaun Facebook 'Terengganu Repot' tersebut.
"Marilah kita mengisi Ramadan dengan penuh rahmat dan hikmah serta menjauhkan diri daripada sifat fitnah, hasad dengki dan buruk sangka," katanya.
Ahmad Razif mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu pada Mei 2014, namun Barisan Nasional tewas pada PRU-14 dan negeri itu kemudiannya diperintah oleh PAS.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 10 2022

Ahmad Razif berkata beliau tidak pernah membuat kenyataan tersebut dan terkejut apabila ramai yang bertanyakan soalan mengenainya sejak malam tadi. - Gambar fail/BERNAMA

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Bekas MB Terengganu nafi sedia lepas kerusi DUN Seberang Takir
Ahmad Razif berkata beliau tidak pernah membuat kenyataan tersebut dan terkejut apabila ramai yang bertanyakan soalan mengenainya sejak malam tadi.

Ahmad Said beri keterangan di SPRM berhubung 1MDB
Datuk Seri Ahmad Said beri keterangan secara sukarela bagi membantu siasatan SPRM berhubung 1MDB.