LANGKAWI :Ahli-ahli Parlimen daripada Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) perlu diberi peluang untuk meneliti terlebih dahulu kandungan Belanjawan 2021 sebelum ia dibentangkan di Parlimen 6 November ini.
Pengerusi Pejuang, Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan kelima-lima anggota Parlimen daripada parti berkenaan tidak mempunyai masalah dan bersedia untuk menyokong belanjawan berkenaan jika kandungannya memuaskan serta mampu mensejahterakan rakyat.
Tambah beliau, tindakan berkenaan merupakan salah satu tanggungjawab setiap ahli Parlimen untuk meneliti sesuatu dokumen sebelum membuat keputusan menyokongnya di Dewan Rakyat.
"Kita nak bersetuju (dengan Belanjawan 2021), tapi kita tak tau apa dia (kandungannya). Macam mana (Ahli Parlimen Pejuang) nak setuju? Takkan nak sain blank cheque.
"Kita nak tau apa dia tulis pasal dokumen berkenaan dengan bajet ni, tebal dalam dua bahasa - Inggeris dan Melayu... kita nak kena baca.
"Kalau kita dapati di situ ada peruntukan untuk beli beg tangan, kita tak jadilah (sokong) tak boleh nak lulus, takkan semua nak lulus, kita kena baca dulu," kata Dr Mahathir.
Dr Mahathir berkata demikian ketika ditemui media selepas Sesi Perjumpaan bersama wakil Parti Pejuang Tanah Air Parlimen Langkawi di sebuah hotel di Padang Matsirat, di sini pada Sabtu.
Dalam perkembangan sama, beliau menjelaskan pihaknya bersama kepimpinan Pejuang yang lain ketika ini belum dijemput untuk bertemu dengan mana-mana pihak dalam melakukan perbincangan terperinci mengenai Belanjawan 2021.
Pada Sabtu, perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi satu perutusan khas berharap semua Ahli Parlimen dapat mengetepikan perbezaan politik untuk memastikan Belanjawan 2021 diluluskan demi kepentingan rakyat dan negara.
Jelasnya, dalam belanjawan berkenaan kerajaan akan menyediakan pelbagai peruntukan kepada agensi kerajaan, bantuan kepada rakyat jelata dan insentif kepada sektor korporat, industri dan perniagaan dalam menghadapi COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara.
Susulan itu, menurut beliau, satu bentuk persefahaman boleh dirangka dalam kalangan Ahli-Ahli Parlimen untuk membolehkan Belanjawan 2021 diluluskan dengan sokongan Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.
Astro Awani
Sun Nov 01 2020

Dr Mahathir menjelaskan kelima-lima anggota Parlimen daripada parti itu tidak mempunyai masalah dan bersedia menyokong belanjawan jika kandungannya memuaskan serta mampu mensejahterakan rakyat. -Astro AWANI
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.

PRK DUN Mahkota: Pejuang tak letak calon - Mukhriz Mahathir
Parti Pejuang tidak akan meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (Mahkota, kata Presidennya Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Ketua Pejuanita Muda letak jawatan
Dr Nurul Ashikin Mabahwi mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ketua Pejuanita Muda dan Ahli Majlis Eksekutif Pusat (MEP) parti itu.

Pejuang tidak letak calon PRK Kemaman
Muhammad Rafique berkata keputusan tersebut dibuat bagi memberi ruang kepada proses memperkuatkan parti untuk menghadapi PRU16.

Pejuang tidak bertanding dalam PRN di enam negeri - Mukhriz
Mukhriz berkata parti itu sebaliknya akan menggunakan kesempatan yang ada untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Pejuang pertikai keistimewaan Zahid jumpa Najib dua jam
Muhammad Rafique Rashid Ali berkata, tempoh maksimum lawatan banduan yang diberikan hanya 45 minit.

"Dalam keadaan semua calon hilang deposit, pemimpin mereka masih bodoh sombong"- Zahid
Ahmad Zahid menyatakan bahawa kepimpinan sebuah parti politik di negara ini masih tidak serik dan bersikap bodoh sombong meskipun kesemua calon parti berkenaan telah hilang deposit dalam PRU15.

PRN: "Di mana ada UMNO, di situ tiada Pejuang"- Mukhriz
UMNO yang terpalit dengan amalan kleptokrasi tidak selari dengan prinsip perjuangan parti Pejuang, kata Mukhriz.

Tun M tinggalkan GTA
Keputusan dibuat selepas menyedari GTA tidak dapat berfungsi dengan baik selain gagal menarik sokongan pengundi.

'Cadangan bubar Pejuang tak berasas'
Parti itu mempunyai peranan besar kerana berusaha menyatukan pergerakan konservatif yang lain semenjak sebelum PRU15.

PN tolak permohonan Pejuang sertai gabungan itu - Hamzah
Mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional membuat keputusan menolak permohonan parti Pejuang Tanahair menyertai gabungan itu.