KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyarankan jawatan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang kosong diserahkan kepada pembangkang.
Nazri menjelaskan, jika jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) kini diisi oleh ahli parlimen pembangkang, tidak ada sebab jawatan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat tidak boleh diserahkan kepada pembangkang.
Katanya, jika jawatan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat diserahkan kepada pembangkang, sebarang pindaan bagi membolehkan tiga individu dilantik memegang jawatan tetsebut tidak perlu dilakukan.
“Yang lebih penting jawatan Pengerusi PAC itu pun boleh serahkan kepada pembangkang jadi kenapa jawatan timbalan speaker tidak boleh?
“Pada saya bagi saja lah kepada pembangkang. Kalau takut berat sebelah, masa isu penting Yang di-Pertua boleh minta untuk pengerusikan mesyuarat.
“Jadi saya rasa tak perlu pinda untuk adakan tiga timbalan speaker, bagi saja kepada pembangkang. Itu pendapat peribadi saya,” katanya dalam program temubual Bersemuka yang disiarkan secara dalam talian menerusi Facebook NRChannel TV.
Jawatan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat kosong setelah penyandangnya Datuk Seri Azalina Othman Said meletak jawatan.
Ekoran kekosongan tersebut kerajaan mencalonkan Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan untuk jawatan tersebut manakala pembangkang menamakan Ahli Parlimen Teluk Intan,Nga Kor Ming.
Irwan Muhammad Zain
Thu Sep 23 2021

Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyarankan jawatan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang kosong diserahkan kepada pembangkang. - Gambar fail/BERNAMA

KKDW fokus bangunkan infrastruktur luar bandar Sabah - Ahmad Zahid
Sabah memerlukan lebih banyak pembangunan infrastruktur, dan perancangan itu mampu direalisasikan hasil hubungan baik Kerajaan MADANI dan negeri.

Hati-hati! Scammer guna akaun palsu Sultan Ibrahim, foto Keluarga Diraja Johor
Royal Press Office menegaskan bahawa penyamaran dan penyalahgunaan identiti adalah satu kesalahan di sisi undang-undang.

Seorang maut, 5 cedera dalam insiden tembakan di hospital Pennsylvania
Suspek bersenjatakan pistol ketika memasuki Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Memorial UPMC sebelum menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan.
AWANI Ringkas: eman lima hari dan tiga hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

30 pasukan bola sepak, peniaga rugi penganjur karnival lesap
Difahamkan penganjuran program selama dua hari pada 22 dan 23 Februari itu turut melibatkan beberapa peniaga yang turut diperdaya penganjur.

Khaled, Saifuddin ucap takziah kepada keluarga Ishsam
Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar, bukan sahaja kepada rakyat di Ayer Kuning dan negeri Perak, tetapi juga kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

Bekas presiden Filipina dipecat daripada jawatan Timbalan Speaker
Dewan Perwakilan Filipina melucutkan jawatan Timbalan Speaker yang dipegang oleh Gloria Macapagal-Arroyo, dengan bekas presiden Filipina itu kini hanya anggota biasa dewan.

Timbalan Speaker tegur Ahli Parlimen berbual ketika sesi bahas
Ramli membuat teguran itu selepas ada Ahli Parlimen dilihat berborak serta berbual menggunakan telefon bimbit yang disifatkannya tidak menghormati Ahli Parlimen lain.

ADUN Hulu Kinta diarah keluar dewan
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta, Muhamad Arafat Varisai Mahamad sekali lagi mencuri tumpuan apabila diarahkan keluar ketika Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak bersidang, hari ini.

UMNO calonkan Ramli Mohd Nor pula sebagai Timbalan Speaker
Menerusi perkongsian di Twitter Ahmad Maslan, parti itu bersetuju untuk memilih Ramli bagi memikul jawatan tersebut.

Beri jawatan Timbalan Speaker kepada pembangkang - Nazri
Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyarankan jawatan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang kosong diserahkan kepada pembangkang.

Bersatu Johor tolak pencalonan Ahmad Maslan sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat
Penolakan itu dibuat kerana mempertahankan pendirian parti itu yang tidak mendukung pemimpin integritinya diragui.

Perlu hentikan provokasi, RSN Rayer digantung sehari sahaja - Timbalan Speaker
Mohd Rashid meminta Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihati Rayer supaya tidak mengulangi tindakan provokasi seperti itu.

PH calonkan Nga Kor Ming sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat
Cadangan itu sudah diserahkan kepada Parlimen mengikut kaedah yang ditetapkan peraturan mesyuarat.

Ahmad Maslan calon blok kerajaan untuk Timbalan Speaker Dewan Rakyat - Nazri Aziz
Menurut Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, nama Ahmad dicalonkan bagi menggantikan kekosongan yang ditimggalkan oleh Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Kerajaan minoriti tidak terkandung dalam Perlembagaan - Azalina
Azalina menegaskan bahawa tidak terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan yang merujuk kepada sebuah kerajaan minoriti.