Pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang merupakan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebagai Perdana Menteri menamatkan krisis politik negara selepas tumbangnya Pakatan Harapan (PH) yang menerajui negara selama 22 bulan.
Kekecewaan rakyat tidak dapat disembunyikan kerana kemelut politik ini berlaku ketika Malaysia sedang berhadapan dengan isu kemelesetan ekonomi, kos sara hidup dan peningkatan kes jangkitan COVID-19 di negara ini.
Pada Ahad lalu, semua perhatian rakyat dihalakan sepenuhnya ke Istana Negara kerana kurang dua tahun selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang menyaksikan Tun Dr. Mahathir Mohamad mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ketujuh dalam era Malaysia baharu, kini rakyat memiliki Perdana Menteri kelapan pula.
Di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri dalam Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia yang berlangsung di Balai Singgahsana Kecil, Istana Negara.
Ketika krisis politik ini melanda negara, penulis merasakan ‘jalan ceritanya’ lebih mendebarkan, menarik dan ‘menyesakkan dada’ rakyat, berbanding sewaktu jatuhnya Kerajaan Barisan Nasional (BN) pada PRU-14 yang menyaksikan transisi pemerintahan negara kepada gagasan pembangkang buat kali pertama sejak 61 tahun negara mencapai kemerdekaan.
Sepanjang kemelut politik ini, pelbagai elemen kejutan, spekulasi, telahan dan teori konspirasi menjadi bualan di mana-mana, lebih tegang pastinya perdebatan warga siber di alam maya. Tetapi itu semua bolehlah diletakkan ke tepi kerana Yang di-Pertuan Agong telah menggunakan kebijaksanaan dan pertimbangan teliti baginda sebelum bertitah untuk melantik Muhyiddin sebagai Perdana Menteri selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.
Baginda turut bertitah bahawa ini adalah keputusan yang terbaik untuk semua dan menzahirkan harapan agar kemelut politik ini berakhir.
Bagi sesetengah pihak yang ingin terus mengheret institusi diraja ke dalam kancah permainan politik mereka kerana keputusan dibuat tidak selari dengan diharapkan, penulis merasakan ini adalah tindakan yang tidak wajar sama sekali dan perlu dihentikan.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam sidang media pada pagi Jumaat, menyifatkan sebarang usaha untuk mengadakan undi tidak percaya terhadap Muhyiddin pada sidang Dewan Rakyat nanti, sama seperti tidak percaya dan tidak menghormati keputusan yang telah dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong.
Sesuatu yang menarik juga dan mendapat perhatian masyarakat luar ialah ketika negara diuji dengan kemelut politik begini, kematangan rakyat Malaysia mendepaninya wajar diberi pujian kerana berjaya mengekalkan keamanan negara tanpa mengadakan protes dan mogok besar-besar di jalanan.
Malah, tiada juga yang bertindak memusnahkan harta benda, merusuh, terbabit dalam pergaduhan dan seumpamanya. Hampir seminggu kemelut ini berlarutan, rakyat kekal tenang meneruskan rutin biasa mereka, urusan perkhidmatan awam berjalan dan pentadbiran negara juga tidak tergendala.
Sebagai rakyat Malaysia yang menjunjung tinggi Rukun Negara, peluang dan sokongan padu patut kita berikan kepada Perdana Menteri untuk mengemudi negara atas asas keyakinan beliau mempunyai lebih 40 tahun pengalaman dalam arena politik dan kerajaan.
Segunung harapan kini diletakkan pada Muhyiddin untuk beliau membentuk sebuah kerajaan yang prihatin dan cekap dalam menyelesaikan permasalahan rakyat kerana pada akhirnya nanti, rakyat jua yang akan ‘menilai’ melalui peti undi.
Penulis yakin apabila barisan jemaah menteri diumumkan secara rasmi kelak menepati ‘selera’ rakyat dan mampu membuktikan kredibiliti serta kemampuan mengemudi kementerian dengan cemerlang, pastinya sokongan kepada kerajaan baharu ini akan bertambah kuat dan utuh.
* Penulis merupakan Timbalan Pengarah Pusat Komunikasi Strategik USIM dan Exco Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PRAGMATIS) USIM.
** Penulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Mohd Zaini Othman
Fri Mar 06 2020
Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kelapan di hadapan Yang di-Pertuan Agong. Gambar BERNAMA.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
PM Thailand jadi sasaran 'scammer' guna AI
Paetongtarn mendedahkan bahawa beliau hampir terpedaya dengan penipuan itu, apabila seorang penyamar menggunakan suara pemimpin berkenaan dan mendakwa beliau gagal membuat sumbangan tertentu.
Pengarang nafi terlibat serangan seksual lapan wanita
Dakwaan empat daripada mereka telah disiarkan pada Julai lalu dalam podcast Tortoise Media.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 10 Januari 2025.
BHEUU tidak terima sebarang pemakluman daripada Istana Negara
BHEUU sahkan bahawa tiada sebarang dokumen tambahan berkaitan permohonan pengampunan Datuk Seri Najib Razak dalam fail atau rekod rasminya.
Himpunan Solidariti Najib: Pas beri jaminan tiada kejadian luar kawal
Pas memberi jaminan tiada kejadian yang akan berlaku di luar kawalan ketika berlangsungnya himpunan Solidariti Bersama Datuk Seri Najib Tun Razak Menuntut Keadilan pada Isnin.
Perhimpunan sokong Najib memalukan orang Melayu - Mukhriz
Mukhriz menyifatkan perhimpunan tersebut sebagai memalukan masyarakat Melayu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 3 Januari 2025.
Pengampunan banduan: Kemuka permohonan, Agong punyai kuasa prerogatif - Istana Negara
Seri Paduka Baginda juga boleh meremit, menggantung atau meringankan apa-apa hukuman yang telah dijatuhkan oleh mahkamah.
Majlis Raja-Raja ke-267 bermula esok
Majlis Raja-Raja ke-267 akan berlangsung selama dua hari bermula esok dan dipengerusikan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.
Agong berkenan terima watikah pelantikan sembilan ketua perwakilan asing ke Malaysia
Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada Duta Besar Malaysia ke Algeria dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Kanada.
Agong terima panggilan telefon daripada Raja Charles III
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada Khamis menerima panggilan telefon daripada Raja Britain Raja Charles III, di Istana Negara.
Agong kurnia watikah pelantikan tujuh perwakilan ke luar negara
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada tujuh perwakilan Malaysia ke luar negara.