Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah menyeru pengundi di kawasan itu supaya memberikan kemenangan dengan majoriti tertinggi kepada Barisan Nasional (BN) untuk membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti.
Bekas Menteri Kewangan II itu juga meminta pengundi memberi sokongan penuh kepadanya sekiranya diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan untuk bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Tambun.
Katanya, sokongan tersebut perlu bagi membolehkannya terus memikul tanggungjawab berkhidmat untuk rakyat selepas PRU14.
Ahmad Husni merupakan Ahli Parlimen Tambun empat penggal selepas memenangi PRU pada 1999. Pada PRU13 lalu, beliau memenangi kerusi Parlimen Tambun dengan menewaskan calon PKR, Siti Aishah Shaik Ismail dengan majoriti 9,325 undi.
"Saya seru kepada masyarakat di Tambun untuk memberikan majoriti tertinggi dalam sejarah Parlimen Tambun kerana kita sebenarnya patut berterima kasih pada kerajaan.
"Kalau dibandingan dengan Parlimen lain, di sini merupakan salah satu tempat yang paling banyak pembangunan, oleh itu dalam PRU kali ini tunjukkanlah penghargaan dengan memberi undi tertinggi kepada BN," katanya kepada pemberita dalam program Jom Minum Pagi dan Penyampaian Surat Kelulusan Pembinaan Dewan Komuniti Taman Chepor Damai bersama penduduk Chepor Damai.
Dalam pada itu, Ahmad Husni berkata sehingga kini pembangkang sedaya upaya ingin membentuk kerajaan, di mana menurut mereka PRU kali ini menjadi penentu kepada segala-galanya.
"Mereka (pembangkang) kata ini kali terakhir untuk dapatkan pemerintahan disebabkan perancangan serta penambahbaikan yang dibuat oleh kerajaan akan menyaksikan sokongan meningkat lebih tinggi.
"Dalam kata lain, kalau kita (BN) dapat memerintah lima tahun akan datang maka kekuatan pembangkang dengan sendirinya akan terhakis disebabkan kemajuan dan pencapaian yang berjaya dilaksanakan oleh kerajaan BN.
"Mana ada dalam dunia sekarang pembangunan sesebuah negara capai sehingga 5.9 peratus, kalau di Singapura, England dan Jepun misalnya hanya 1 dan 2 peratus sahaja. Ini menjadikan peratusan negara kita yang tertinggi di dunia," ujar Ahmad Husni.
Sementara itu, Pengerusi Pembangunan Dewan Komuniti Taman Chepor Damai, Mohammad Nasri Bostami berkata, pembinaan dewan bernilai RM300,000 itu bakal memberikan kemudahan buat penduduk untuk menjalankan program kemasyarakatan.
Projek di bawah pelaksanaan Pejabat Daerah dan Tanah Kinta, Batu Gajah itu juga akan memulakan kerja-kerja pembinaan tidak lama lagi.
Aida Aziz
Sun Apr 01 2018
!['Berikan majoriti tertinggi kepada BN pada PRU14 nanti' - Ahmad Husni 'Berikan majoriti tertinggi kepada BN pada PRU14 nanti' - Ahmad Husni](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-06/41467089440_AhmadHusniHanadzla.jpg)
AHMAD HUSNI: Saya seru kepada masyarakat di Tambun untuk memberikan majoriti tertinggi dalam sejarah Parlimen Tambun kerana kita sebenarnya patut berterima kasih pada kerajaan. - Gambar fail/BERNAMA
![11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan 11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739633529_termasukkanakka.jpg)
11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan
Pasukan bomba berjaya menyelamatkan 11 mangsa yang terkandas di Lata Perangin, Tanjung Malim, petang tadi.
Dua maut,puluhan cedera bas terjunam
Dua maut, puluhan cedera selepas bas yang dinaiki mereka terjunam dari jambatan yang runtuh di Chancay,Peru, menurut pihak berkuasa pada Jumaat waktu tempatan.
Hampir 1,500 pengunjung, pencari kerja hadir hari pertama karnival MFJ x SPA 2025
Hampir 1,500 pencari kerja tidak melepaskan peluang pada hujung minggu dengan menyertai Karnival Kerjaya MYFutureJobs (MFJ) X Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) 2025 yang bermula di ibu negara, pada Sabtu.
Kerajaan digesa haramkan penjualan vape di kedai serbaneka
Kerajaan digesa untuk segera mengharamkan penjualan vape dan rokok elektronik di kedai serbaneka 24 jam, kedai runcit serta mana-mana premis yang memudahkan akses kepada golongan muda tanpa kawalan yang ketat.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
8 individu sebar kandungan jelik, palsu diambil keterangan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah merakam keterangan lapan individu disyaki memuat naik kandungan bersifat palsu dan jelik terhadap institusi diraja khususnya Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.
![Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/71645583501_TBSINNER.jpg)
Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping
Pemain nombor satu dunia, Jannik Sinner, menerima hukuman penggantungan serta-merta selama tiga bulan daripada menyertai kejohanan tenis.
Akibat lewat bayar gaji, penyelia kedai runcit maut ditetak berkali-kali
Disebabkan pertengkaran akibat kelewatan pembayaran gaji, seorang penyelia kedai runcit ditetak berkali-kali menggunakan pisau pemotong daging oleh pekerjanya di hadapan deretan kedai di Seksyen 7, Shah Alam pada Jumaat.
Dua beradik berusia 10, 15 tahun hilang dari rumah
Dua beradik berusia 10 dan 15 tahun hilang selepas keluar dari sebuah pangsapuri dekat Taman Harmoni, Seri Kembangan, Selangor sejak Khamis lalu.
![Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738745035_TBAnwarIbrahim.jpg)
Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar
Pertumbuhan kukuh Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang mencatatkan 5.1 peratus pada 2024 membuktikan keberkesanan dasar Ekonomi MADANI, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Ahmad Faizal perlu muhasabah diri - PKR Perak Ahmad Faizal perlu muhasabah diri - PKR Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51690767791_HairulPeja.jpg)
Ahmad Faizal perlu muhasabah diri - PKR Perak
Dakwaan Ahmad Faizal kononnya Anwar tidak menjalankan tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen Tambun tidak berasas, kata Timbalan Pengerusi PKR Perak.
![Tiada Rumah Terbuka Aidilfitri di Kompleks Sri Perdana tahun ini - Anwar Tiada Rumah Terbuka Aidilfitri di Kompleks Sri Perdana tahun ini - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/51681478870_TBANWAR.jpg)
Tiada Rumah Terbuka Aidilfitri di Kompleks Sri Perdana tahun ini - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan bahawa anjuran Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri yang merupakan acara tahunan di Seri Perdana, tidak akan diadakan bagi tahun ini.
![PM adakan lawatan kerja ke Johor esok PM adakan lawatan kerja ke Johor esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81671779857_AnwarIbrahim.jpg)
PM adakan lawatan kerja ke Johor esok
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Johor esok, yang merupakan kunjungan pertama beliau ke negeri itu sejak mengangkat sumpah jawatan pada 24 Nov lepas.
![Hentikan budaya pemberian cenderahati - PM Hentikan budaya pemberian cenderahati - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81669897114_TBanwaribrahim.jpg)
"Hentikan budaya pemberian cenderahati" - PM
Anwar hargai niat baik pemberi hadiah, namun, budaya itu tidak sesuai dengan keadaan semasa negara.
![Buka Parlimen: Ini bukan masa kumpul SD, kekal fokus pulih negara - Faizal Azumu Buka Parlimen: Ini bukan masa kumpul SD, kekal fokus pulih negara - Faizal Azumu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/61623986488_FBREAKinsertjpg.jpg)
Buka Parlimen: Ini bukan masa kumpul SD, kekal fokus pulih negara - Faizal Azumu
Ahli politik perlu kembali kepada asas menjadi wakil rakyat iaitu untuk beri perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan negara.
![Amalkan konsep 'semak dan imbang' bila Parlimen bersidang, bukan 'semak dan samun' - Ahmad Faizal Amalkan konsep 'semak dan imbang' bila Parlimen bersidang, bukan 'semak dan samun' - Ahmad Faizal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/51607213176_TBFAIZALAZUMU.jpg)
Amalkan konsep 'semak dan imbang' bila Parlimen bersidang, bukan 'semak dan samun' - Ahmad Faizal
Ahmad Faizal berkata, sekiranya sidang Parlimen dipenuhi perkelahian sesama ahlinya, maka masalah COVID-19 dan ekonomi negara tidak selesai.
![Ahmad Faizal kemuka beberapa nama ADUN Bersatu untuk jawatan Exco Perak Ahmad Faizal kemuka beberapa nama ADUN Bersatu untuk jawatan Exco Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/41603978037_FaizalAzumu.jpg)
Ahmad Faizal kemuka beberapa nama ADUN Bersatu untuk jawatan Exco Perak
Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata perkara itu sudah dibincangkan dengan Menteri Besar Datuk Saarani Mohamad.
![Husni pertahan Tambun, Zambry ke Lumut dan Pangkor Husni pertahan Tambun, Zambry ke Lumut dan Pangkor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/81524559309_ZAHIDHAMIDI.jpg)
Husni pertahan Tambun, Zambry ke Lumut dan Pangkor
Bekas Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dicalonkan Barisan Nasional (BN) untuk kekal mempertahankan kerusi Parlimen Tambun.
!['Berikan majoriti tertinggi kepada BN pada PRU14 nanti' - Ahmad Husni 'Berikan majoriti tertinggi kepada BN pada PRU14 nanti' - Ahmad Husni](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-06/41467089440_AhmadHusniHanadzla.jpg)
'Berikan majoriti tertinggi kepada BN pada PRU14 nanti' - Ahmad Husni
Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah menyeru pengundi di kawasan itu supaya memberikan kemenangan dengan majoriti tertinggi kepada Barisan Nasional (BN).
![Ahmad Husni sedia dicalonkan semula di Tambun Ahmad Husni sedia dicalonkan semula di Tambun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-06/51467101760_AhmadHusniHanadzla.jpg)
Ahmad Husni sedia dicalonkan semula di Tambun
Bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah bersedia sekiranya dicalonkan semula pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.