KOTA BHARU: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kelantan akan berjumpa dengan pucuk pimpinan Pas negeri bagi membincangkan tindakan Ahli Parlimen Gua Musang, Datuk Mohd Azizi Abu Naim yang mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkuat kuasa pada Selasa.
Presidennya, Datuk Kamaruddin Md Nor berkata, perjumpaan tersebut bagi membincangkan berkenaan dengan perkara berkait dengan Mohd Azizi yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri.
"Tapi sebelum itu pada esok (Khamis) saya akan bersama Presiden Parti Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membincangkannya terlebih dahulu.
"Balik sahaja dari pertemuan itu kita lebih jelas bagaimana arah tuju tindakan selanjutnya," katanya kepada pemberita semasa ditemui di pejabatnya di Kota Darulnaim di sini pada Rabu.
Beliau mengingatkan perkara yang berlaku ini tidak berkait dengan parti kerana ia lebih kepada individu.
Ujarnya, namun Bersatu ikut terpalit dari segi imej kerana beliau merupakan Ahli Parlimen dan ADUN parti itu.
Kamaruddin memberitahu, itu yang menyebabkan beliau rasa terkilan dan bimbang terhadap kredibiliti parti.
"Tapi untuk berlaku adil sewajarnya parti tidak dikaitkan. Ini bukan soal dasar tapi keputusan bersendiri dan tidak ambil kira kepentingan parti.
"Hanya kawasan beliau sahaja sebagaimana kenyataan yang dibuat," katanya.
Sinar Harian pada Selasa melaporkan Mohd Azizi daripada Perikatan Nasional (PN) mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri.
Beliau berkata, keputusan itu dibuat bagi memastikan kebajikan penduduk di kawasannya terbela selain terus mendapat pelbagai manfaat termasuk peningkatan kemudahan infrastruktur. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Nov 08 2023

Mohd Azizi daripada Perikatan Nasional (PN) mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri. - Gambar fail

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.

Mahkamah akan dengar saman bekas ADUN Nenggiri berhubung penamatan keahlian Bersatu
Mahkamah Tinggi memutuskan akan mendengar saman pemula difailkan bekas ADUN Nenggiri Mohd Azizi Abu Naim bagi mencabar penamatan keahliannya daripada Bersatu.

Bersatu Wilayah Persekutuan bentuk badan pimpinan baharu sebagai persiapan PRU16
Pengerusi Badan Pimpinan Negeri (BPN) Bersatu Wilayah Persekutuan, Datuk Radzi Jidin telah memuktamadkan jawatankuasa BPN bagi penggal 2024-2027.

Amaran kepada Pemuda Pas, Bersatu
SRBR berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak menghalau mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan.

Mahathir Rais tinggalkan Bersatu, PN
Setiausaha Bersatu Wilayah dan Setiausaha PN Wilayah Persekutuan umum peletakan jawatan serta-merta.

Muhyiddin akui bukan Melayu masih ragu-ragu sokong Bersatu
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui masyarakat bukan Melayu masih ragu-ragu untuk menyokong parti itu.

Armada Bersatu umum lantikan baharu pimpinan
Armada Bersatu mengumumkan lantikan baharu kepimpinan sempena Perhimpunan Agung Tahunan Armada Bersatu 2024 di Pusat Konvensyen IDCC.

Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Bersatu berkuat kuasa hari ini - Muhyiddin
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilantik sebagai Setiausaha Agung Bersatu dalam Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu sesi 2024-2027, berkuat kuasa hari ini.

PN nafi pujuk BN bentuk kerajaan baharu
Ronald Kiandee berkata, PN menolak dakwaan bahawa gabungan itu mempunyai kaitan dalam usaha memujuk BN keluar daripada Kerajaan Perpaduan.

Radzi, Ronald Kiandee, Ahmad Faizal menang jawatan Naib Presiden Bersatu
Datuk Dr Radzi Jidin, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memenangi jawatan Naib Presiden Bersatu bagi penggal 2024-2027.

Roslan Hassan umum keluar Bersatu serta-merta, lepas jawatan dalam parti
Roslan juga memaklumkan melepaskan jawatan yang disandangnya termasuk sebagai Bendahari Perikatan Nasional Negeri Pahang.