KUALA LUMPUR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengesahkan telah menerima surat daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat berhubung status enam Ahli Parlimen parti itu yang menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri.
Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Tan Sri Johari Abdul membuat keputusan menolak permohonan parti itu supaya kerusi enam Ahli Parlimen terbabit dikosongkan.
Katanya, keputusan tersebut diterima Ketua Whip Bersatu, Datuk Seri Ronald Kiandee yang juga Ahli Parlimen Beluran pada petang Selasa.
“Keputusan YB Speaker tersebut adalah amat mengecewakan kerana dengan jelas bercanggah dengan peruntukan tersurat dan tersirat Perkara 49A(3) Perlembagaan Persekutuan.
“Keputusan YB Speaker dengan memberikan alasan-alasan dangkal dan tafsiran songsang menunjukkan YB Speaker telah mencemar Perlembagaan Persekutuan.
“Sedangkan beliau telah berikrar untuk menjunjung dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Negara,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Bangunan Parlimen pada Rabu yang turut dihadiri Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN).
Tambah beliau, Perlembagaan Persekutuan menyatakan dengan jelas bahawa kerusi ahli Dewan Rakyat hendaklah menjadi kosong jika dia tidak lagi menjadi anggota parti politik tersebut.
Dalam situasi itu, tegas Muhyiddin, jelas bahawa enam Ahli Dewan Rakyat tersebut tidak lagi menjadi ahli Bersatu berikutan dengan peruntukan perlembagaan parti.
“Keputusan YB Speaker adalah bercanggah dengan peruntukan undang-undang dan telah bertindak di luar bidang kuasa beliau dalam membuat tafsiran yang songsang.
“Hanya mahkamah mempunyai bidang kuasa untuk menafsirkan Perlembagaan Persekutuan,” ujarnya.
Pengerusi PN itu turut menggesa Johari untuk menegakkan tujuan dan hasrat sebenar peruntukan 49A Perlembagaan Malaysia.
Tegasnya, peruntukan itu bertujuan mengekang perbuatan khianat ahli Dewan Rakyat yang menodai mandat rakyat semasa pilihan raya.
“Hakikatnya, keputusan YB Speaker ini sendiri telah mengkhianati semangat dan hasrat murni pindaan Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan bagi menghalang Ahli Parlimen melompat parti.
“Sehubungan itu, Bersatu memutuskan mengambil langkah-langkah susulan dengan melantik pakar-pakar perundangan untuk mengambil tindakan sewajarnya bagi menegakkan Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Parti Bersatu.
“Perikatan Nasional mengingatkan semua parti politik dan ahli dewan rakyat bahawa kita telah meluluskan pindaan perkara 49A secara sebulat suara.
“Maka, tindakan YB Speaker membuat tafsiran yang mencemar peruntukan lompat parti tersebut harus dicela,” katanya.
Ridauddin Daud
Wed Jul 10 2024
![Bersatu terima surat Speaker, tiada kekosongan 6 kerusi Parlimen Bersatu terima surat Speaker, tiada kekosongan 6 kerusi Parlimen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720597062_TanSriMuhyiddinYa.jpg)
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata keputusan tersebut diterima Ketua Whip Bersatu, Datuk Seri Ronald Kiandee yang juga Ahli Parlimen Beluran pada petang Selasa.
[PROMO] Eksklusif bersama Sultan Pahang
Pahang terus melangkah. Dari infrastruktur moden ke keindahan alam, semuanya demi rakyat. Saksikan temubual eksklusif bersama Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di semua platform Astro AWANI.
![Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738804705_tbRINGGITMALAYSIA.jpg)
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit dijangka boleh menguji paras RM4.40 hari ini berdasarkan keadaan pasaran yang bertambah baik.
AWANI Ringkas: Kepengerusian ASEAN, program SARA
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![USANITA, Universiti Oxford tandatangani MoU perkasa pendidikan eksekutif Malaysia USANITA, Universiti Oxford tandatangani MoU perkasa pendidikan eksekutif Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738802700_tbUSANITAMoUUniv.jpg)
USANITA, Universiti Oxford tandatangani MoU perkasa pendidikan eksekutif Malaysia
Ketua Pengarah Eksekutif USANITA lakar sejarah jadi usahawan wanita pertama dari Malaysia dan ASEAN tandatangani MoU berkenaan.
#Ringkas 6 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 6 Februari 2025
1️⃣ Kepengerusian ASEAN, program SARA
2️⃣ Dakwa pendedahan portal berita berniat jahat
3️⃣ EU, Jerman kecam cadangan disifatkan tidak masuk akal
#awaniringkas
1️⃣ Kepengerusian ASEAN, program SARA
2️⃣ Dakwa pendedahan portal berita berniat jahat
3️⃣ EU, Jerman kecam cadangan disifatkan tidak masuk akal
#awaniringkas
The Economy: PuTERA35: Needs Rigour, Fairness, Self-Awareness
Lee Hwok Aun, Senior Fellow at ISEAS – Yusof Ishak Institute, examines PuTERA35, emphasizing the need for rigor, fairness, and self-awareness in its approach and implementation.
![Kementerian luar, perdagangan dan pertahanan Korea Selatan halang akses ke DeepSeek Kementerian luar, perdagangan dan pertahanan Korea Selatan halang akses ke DeepSeek](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738801773_tbTheDeepSeekapp.jpg)
Kementerian luar, perdagangan dan pertahanan Korea Selatan halang akses ke DeepSeek
Menurut beberapa sumber kementerian, akses kepada perkhidmatan itu disekat pada komputer kementerian yang disambungkan ke rangkaian luaran.
![Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738636326_TBAgong.jpg)
Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Menteri Luar diminta terangkan objektif Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 dalam memacu kesatuan, daya tahan dan relevansi ASEAN.
Khazanah: Nisbah pelaburan di Malaysia akan kekal lebih 60 peratus
Ketua Pegawai Pelaburan Khazanah Datuk Hisham Hamdan berkata, portfolio dana kekayaan berdaulat itu akan memastikan nisbah pelaburannya kekal melebihi 60 peratus di Malaysia. Pihaknya juga akan sentiasa memantau dan mengimbangi semula portfolio pelaburan dengan sewajarnya untuk mencapai pulangan optimum berdasarkan pendedahan risiko semasa.
![Singapura guna FICA bagi tangani manipulasi algoritma ketika tempoh pilihan raya Singapura guna FICA bagi tangani manipulasi algoritma ketika tempoh pilihan raya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738593583_singapore.jpg)
Singapura guna FICA bagi tangani manipulasi algoritma ketika tempoh pilihan raya
Pelbagai peruntukan di bawah FICA boleh digunakan bagi mengekang campur tangan asing secara dalam talian yang didorong oleh algoritma.
![Bersatu terima surat Speaker, tiada kekosongan 6 kerusi Parlimen Bersatu terima surat Speaker, tiada kekosongan 6 kerusi Parlimen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720597062_TanSriMuhyiddinYa.jpg)
Bersatu terima surat Speaker, tiada kekosongan 6 kerusi Parlimen
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Tan Sri Johari Abdul membuat keputusan menolak permohonan parti itu supaya kerusi enam Ahli Parlimen terbabit dikosongkan.
![MP Bersatu: 'Saya tetap sokong PM, tidak sesekali buat pusingan U' - Zulkafperi MP Bersatu: 'Saya tetap sokong PM, tidak sesekali buat pusingan U' - Zulkafperi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719741420_DrZulkafperiHanaf.jpg)
MP Bersatu: 'Saya tetap sokong PM, tidak sesekali buat pusingan U' - Zulkafperi
Datuk Zulkafperi Hanafi tidak berganjak untuk terus menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![MP Bersatu sokong PM: 'Tak perlu PRK, buang masa, membazir' - Syed Abu Hussin MP Bersatu sokong PM: 'Tak perlu PRK, buang masa, membazir' - Syed Abu Hussin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719732036_SyedAbuHussin.jpg)
MP Bersatu sokong PM: 'Tak perlu PRK, buang masa, membazir' - Syed Abu Hussin
Syed Abu Hussin berkata, PRK hanya akan membuang masa kerana ia tidak akan mengubah kedudukan kerajaan yang ada ketika ini.
![6 MP Bersatu sokong PM sudah beri penjelasan kepada Speaker - Syed Abu Hussin 6 MP Bersatu sokong PM sudah beri penjelasan kepada Speaker - Syed Abu Hussin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719731352_TBAbuHussin.jpg)
6 MP Bersatu sokong PM sudah beri penjelasan kepada Speaker - Syed Abu Hussin
Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal yang mewakili kumpulan itu berkata, penjelasan tersebut bagi memudahkan Speaker membuat pertimbangan yang sewajarnya.