KUALA LUMPUR: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menyatakan kekesalan kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik dirinya sebagai Menteri Kewangan.
Jelas Jawatankuasa Pemandu Bersih, pelantikan itu akan melemahkan semak dan imbang yang diperlukan bagi menjamin negara tidak kembali kepada zaman pentadbiran kerajaan terdahulu.
"Kami kesal kerana Anwar telah melantik dirinya untuk memegang portfolio Kewangan yang mustahak, ianya akan melemahkan semak dan imbang.
"Semak dan imbang ini diperlukan bagi menjamin negara tidak kembali kepada zaman pentadbiran Najib Razak yang terpalit dengan isu 1MDB sehingga mebebankan negara," jelas Jawatankuasa Pemandu Bersih dalam kenyataan pada Sabtu.
Dalam pada itu, Bersih juga menyatakan kekecewaan apabila Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri dan memegang jawatan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.
KABINET PERPADUAN NASIONAL 2023
Ujarnya, prinsip telah dikebelakangkan dengan pelantikan Zahid yang kini sedang menjalani perbicaraan 47 pendakwaan rasuah.
"Walaupun kami memahami politik disebalik pelantikan ini, ianya mengecewakan apabila prinsip telah dikebelakangkan.
"Kedua-dua pelantikan yang dipersoalkan ini mengancam usaha dan komitmen Anwar untuk melawan korupsi," menurut kenyataan itu lagi.
Dalam pada itu, Bersih juga mengalukan pelantikan Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman sebagai Menteri Undang-Undang.
Bersih turut mengharapkan beliau akan memacu reformasi yang dijanjikan di dalam kedua-dua manifesto kedua-dua gabungan PH dan BN.
"Kami juga gembira Azalina adalah antara lima wanita yang dicalonkan untuk menerajui kementerian utama seperti Pendidikan, Kesihatan, Belia dan Suka serta Wanita dan Keluarga.
"Walaupun Kabinet ini mempunyai perwakilan wanita sebagai Menteri paling ramai, ianya masih jauh daripada kesetaraan gender dalam Kabinet," katanya.
Menjadi harapan rakyat ujarnya bahawa kestabilan politik dapat diwujudkan dan semua parti termasuk pembangkang memainkan peranan konstruktif dalam pembentukan negara.
Hafizi Rosli
Sat Dec 03 2022

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalaman bersama Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika Istiadat Angkat Sumpah PM ke-10 di Istana Negara, minggu lalu - Foto Sinar Harian

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

SOSMA: Pinda segera maksud ancaman kepada negara - Suhakam
Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) kurang menekankan keseimbangan antara menjaga keselamatan negara dan hak asasi manusia.

Himpunan lebih besar akan digerakkan - Bersih
Kerajaan MADANI digesa bertindak bagi melaksanakan janji reformasi terutamanya tiga tuntutan yang diminta.

'Tak apalah Bersih bagi D... bukan F' - PM Anwar
Perdana Menteri optimis pentadbirannya akan mencapai 'gred' yang lebih baik pada masa akan datang.

Markah D: Kerajaan terus laksana reformasi, tidak hanya tumpu segmen tertentu - Rafizi
Kerajaan sentiasa terbuka menerima sebarang pandangan dan kritikan terhadap prestasi anggota Kabinet dalam Kerajaan Perpaduan.

Undang-undang perlesenan platform media sosial buka ruang penyalahgunaan kuasa
Keputusan menguatkuasakan lesen perkhidmatan media sosial dan pesanan internet dilihat akan membuka ruang kepada penyalahgunaan kuasa.

BERSIH yakin Bersatu akan bawa keputusan Speaker Dewan Rakyat ke mahkamah
BERSIH yakin Bersatu akan membawa keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat ke mahkamah bagi melihat tafsiran perundangan ke atas keputusannya.

Isu peruntukan PRK: Kenyataan berpandukan keputusan mahkamah - Ahmad Maslan
Ahmad hairan kenapa Bersih pertikai kenyataan beliau tidak salah bagi menteri atau kementerian anjur program atau umum peruntukan semasa PRK berlangsung.

Himpunan #KamiMahuAir: Bersih seru kerajaan tegakkan keadilan untuk guru, pelajar yang ditahan
Kesembilan individu terbabit ditahan agak jauh daripada tapak perhimpunan ketika sedang beredar.

Kongres Bersih: Kerajaan dituntut segerakan reformasi institusi, hapus Akta Hasutan
Bersih sekali menggesa kerajaan mempercepatkan reformasi institusi termasuk memisahkan peranan Peguam Negara dan pendakya raya serta pelantikan Pengerusi SPR melalui Parlimen.

Bersih pantau perjalanan PRK Kuala Kubu Baharu
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) akan memantau perjalanan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu yang akan berlangsung pada 11 Mei depan.