Penubuhan blok politik ketiga gabungan PAS dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) sama sekali tidak akan menjejaskan kekuatan Barisan Nasional (BN).
Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata BN tidak akan melihat kewujudan blok pembangkang baharu itu sebagai cabaran yang tidak boleh diatasi kerana BN sentiasa kukuh.
"Dalam politik, kewujudan kerjasama baharu dan perpecahan satu sama lain adalah perkara biasa. Apa yang penting, BN kukuh dan kerjasama parti komponen BN stabil sehingga hari ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan RM500 seorang dan sijil penghargaan kepada 59 pelajar India yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015 di Ibu Pejabat MIC di sini, pada Khamis.
Turut hadir Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanathan dan Timbalan Presiden MIC Datuk Seri S. K Devamany.
Dr Subramaniam berkata BN mempunyai hubungan yang baik dengan masyarakat dan itu adalah ramuan bagi memastikan kemenangan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti.
Semalam, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan penubuhan permuafakatan baharu bersama Ikatan sebagai persediaan menghadapi PRU ke-14.
Dr Subramaniam turut menegaskan MIC sentiasa memberi sokongan penuh dan yakin terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri dan Pengerusi BN.
Dalam perkembangan lain, beliau yang Menteri Kesihatan berkata kementeriannya masih menunggu laporan penuh hospital bagi mengetahui punca kematian seorang pelatih Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di Segamat, Johor yang didakwa mati akibat strok haba.
"Saya masih menunggu laporan kerana mesti ada sebab tertentu seseorang itu meninggal dunia. Kita akan kaji sama ada ia kerana penyakit semula jadi atau terdapat punca lain, " katanya.
Sementara itu, beliau juga menasihati semua penganjur aktiviti luar seperti maraton supaya menangguhkan segala aktiviti luar akibat cuaca panas kerana ia boleh mengundang risiko tinggi.
Bernama
Fri Mar 18 2016

SUBRAMANIAM: Penubuhan blok politik ketiga gabungan PAS dan Ikatan sama sekali tidak akan menjejaskan kekuatan BN. -Gambar fail

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

All England: Kecederaan tidak halang Pearly-Thinaah layak ke suku akhir
Pearly mempamerkan daya tahan yang luar biasa dengan mengatasi ketakutan terhadap kecederaan pada set kedua untuk melonjakkan dirinya dan Thinaah, ke suku akhir All England di Birmingham hari ini.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.
Pemimpin masyarakat disaran bantu perjelas dasar kerajaan
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.
Satu daripada 3 kanak-kanak Malaysia alami masalah obesiti
Laporan NHMS menunjukkan satu daripada tiga kanak-kanak Malaysia mengalami masalah lebihan berat badan atau obesiti.
Elaun pelatih PLKN digantikan elaun perjalanan berstruktur
Kerajaan telah memutuskan untuk menggantikan pemberian elaun harian sebanyak RM8 kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan elaun perjalanan yang lebih berstruktur.
Jho Low masih dalam senarai permohonan notis merah INTERPOL
Kementerian Dalam Negeri menegaskan permohonan notis merah kepada Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap Jho Low masih lagi aktif dan berkuat kuasa sehingga hari ini.

Kerajaan digesa tangani isu keselamatan jalan raya, kurangkan kemalangan
Ikatan menggesa kerajaan agar menunjukkan keazaman politik yang kukuh dalam langkah keseluruhan keselamatan jalan raya bagi mengurangkan kemalangan.

Gagasan Sejahtera terima kerjasama Pas - UMNO
Gabungan parti politik yang terdiri daripada Pas, Ikatan dan Berjasa, terima kerjasama politik penyatuan ummah antara Pas dan UMNO.

PRU14: Hanya Pas di Wilayah Persekutuan, Ikatan, Berjasa tidak tersenarai
Menurut Pesuruhjaya Pas Wilayah Persekutuan Mohamad Noor Mohamad, dua parti komponen Gagasan Sejahtera itu akan bertanding di negeri-negeri lain.

Adun Pas di Selangor bakal sertai PKR
Selain Mohd Khairuddin, sekurang-kurangnya empat wakil rakyat PAS yang lain juga dijangka akan menyertai PKR.

Pas lancar aplikasi Malaysia Sejahtera
Aplikasi tersebut diusahakan oleh Lajnah Pemerkasaan Parti dengan kerjasama Unit IT Pas Pusat.

Adakah GST hanya baik kalau Muhyiddin masih kekal TPM? - Rizal Mansor
Muhyiddin juga disifatkan sebagai seorang pemimpin yang tidak boleh dipercayai dan hanya menangguk di air keruh demi kepentingan politik peribadi.

#MalaysiaMemilih: Kalau PH menang, PPBM akan ketuai kerajaan - Wan Saiful
PPBM akan memainkan peranan sama seperti mana UMNO mengetuai kerajaan dalam Barisan Nasional (BN).

#MalaysiaMemilih: Maria Chin bertanding sebagai calon PH bukti Bersih 2.0 alat pembangkang - Rizal Mansor
Keputusan Maria dan Wan saiful membuktikan Bersih 2.0 dan Ideas merupakan macai pembangkang.

#MalaysiaMemilih: Pengundi saluran satu mampu buat perubahan - Husam
Hujah Husam, ketika Pilihan Raya Umum ke-11, pengundi saluran satu pernah cuba membuat perubahan di Kelantan dengan memihak kepada Barisan Nasional (BN).

Pas umum bertanding di Permatang Pauh
Selain Pas, UMNO dan PKR juga akan meletakkan calon mereka pada PRU14 nanti.