Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjangka Barisan Nasional (BN) akan mencapai "keputusan lebih baik" pada pilihan raya umum 9 Mei ini berbanding pencapaiannya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Dalam wawancara dengan Bloomberg, Pengerusi BN itu berkata perasaan optimis beliau itu adalah berdasarkan beberapa perkara, termasuk ketidakmampuan pakatan longgar pembangkang yang dikenali sebagai Pakatan Harapan dan tidak wujudnya gerakan untuk menukar kerajaan.
"Kami cukup yakin akan meraih keputusan yang baik. Tidak ada gerakan untuk menukar kerajaan, saya sendiri tidak nampak wujudnya perkara itu.
"Saya tidaklah berkata kami akan menang dengan majoriti besar, tidak, saya tidak mahu meramalkan begitu, tapi saya ingin mengatakan bahawa kami cukup yakin tentang keputusannya nanti," kata Najib dalam wawancara itu, yang merupakan temu bual pertama beliau dengan media asing sejak lebih tiga tahun lepas.
Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), yang disifatkan sebagai "bapa segala pilihan raya", dijangka menyaksikan pertarungan paling sengit antara parti pemerintah dan pembangkang dalam sejarah pilihan raya umum di negara ini.
Najib berkata keyakinan beliau itu juga adalah berlandaskan apa yang beliau sebut sebagai kehadiran "sebuah gabungan parti beraneka ragam" yang membentuk Pakatan Harapan dengan diterajui bekas perdana menteri yang sudah berusia 92 tahun, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Najib dipetik sebagai berkata beliau tidak nampak bagaimana pelbagai parti yang membentuk pakatan itu akan mampu untuk bekerjasama.
Dalam wawancara itu, Najib juga meramalkan Pakatan Harapan terpaksa berhempas pulas untuk mendapatkan undi, setelah mereka berpatah arang dengan PAS, parti yang membantu mereka pada PRU13, manakala pengundi bandar dan Cina, yang mengundi pada pilihan raya umum lepas dengan harapan untuk membawa perubahan, kini didapati sudah kurang bersemangat ke arah itu.
"Ya, sekarang, mereka sedar bahawa perkara itu mustahil akan berlaku. Oleh itu, saya berpendapat euforia sedemikian sudah berkurangan dengan cukup ketara," katanya.
Najib berkata beliau juga berusaha untuk memperkukuhkan UMNO dari dalam selepas memecat bekas timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan beberapa yang lain berhubung isu 1MDB.
"Saya percaya tentang perlunya mengukuhkan hubungan peribadi dalam parti, maka apabila berdepan dengan detik-detik menyukarkan, parti akan berdiri teguh bersama saya. Mereka tidak dapat menggoncang saya, asas sokongan berada dalam keadaan kukuh," katanya.
Beliau juga berkata 1MDB melibatkan isu tadbir urus dan sekali gus menegaskan: "Ia sudah dibersihkan, tidak berlaku sebarang penyelewengan dan saya berpegang dengan pendirian itu".
Menyentuh tentang perselisihan faham antara beliau dengan Dr Mahathir, yang antara lain menuduh beliau mengubah sempadan kawasan pilihan raya untuk memberi keuntungan kepada parti pemerintah, Najib berkata Dr Mahathir juga telah beberapa kali mengubah sempadan daerah, tetapi perubahan terbaru yang dilaksanakan itu "mengambil kira beberapa perubahan demografi.''
"Saya berpendapat beliau begitu ghairah untuk mengawal, berkuasa dan malah, semasa kami agak rapat dulu, beliau pernah mengesyorkan tentang penubuhan "Council of Elders.
"Sudah tentu anda dapat mengagak siapakah yang akan mempengerusikan majlis itu dan saya rasa, sebagai perdana menteri, setiap kali selepas mesyuarat Kabinet, saya terpaksa bergegas ke bilik beliau untuk mendapatkan persetujuan. Beliau mahu saya mengusahakan perkara itu," kata Najib dalam wawancara berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 26 2018

Najib berkata beliau berusaha untuk memperkukuhkan UMNO dari dalam selepas memecat Muhyiddin dan beberapa yang lain berhubung isu 1MDB. - Gambar fail
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 20 Februari 2025.

Saksi pembelaan gagal dikesan, perbicaraan kes 1MDB Najib ditangguh
Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan penyelewengan RM2.3 bilion daripada 1MDB hari ini ditangguh kerana saksi gagal dikesan.

1MDB: Azam Baki arah teruskan siasatan sehingga dapat bukti kukuh - Saksi
Menurut saksi, Azam mengarahkannya untuk terus menyiasat kes RM2.6 bilion melibatkan Najib, walaupun selepas bertemu dengan individu yang didakwa sebagai "penderma" dari Arab Saudi di Istana Riyadh.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 10 Februari 2025.

1MDB: Saya tak dengar perbualan bantuan dana antara Najib dan Raja Arab Saudi - Saksi
Bekas Duta Malaysia ke Arab Saudi hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak mendengar perbualan berkaitan bantuan dana yang dibincangkan Najib dan Raja Arab Saudi.

Himpunan lebih besar akan digerakkan - Bersih
Kerajaan MADANI digesa bertindak bagi melaksanakan janji reformasi terutamanya tiga tuntutan yang diminta.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 24 Januari 2025.

Kes 1MDB: Najib akui pengalamannya dalam korporat minimum, sebelum sertai politik
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pengalamannya dalam tadbir urus korporat adalah minimum, sebelum beliau memulakan kerjaya politiknya.

Panggilan kepada Putera Mahkota UAE untuk dokumenkan pinjaman Riza Aziz - Najib
Najib berkata panggilan telefon itu bertujuan untuk mendokumenkan pinjaman yang diperoleh anak tirinya Riza Aziz daripada Aabar Investments PJS.

Mahkamah Rayuan tetapkan 2 Julai untuk dengar rayuan Najib saman Tommy Thomas
Mahkamah Rayuan menetapkan 2 Julai ini untuk mendengar rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.