Barisan Nasional (BN) Permatang Pauh melancarkan manifesto yang menggariskan 14 aku janji sempena Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang akan berlangsung pada 9 Mei ini.
Manifesto yang bertemakan 'Demi Permatang Pauh' itu akan dilaksanakan sekiranya BN berjaya mencapai kemenangan di kawasan Parlimen Permatang Pauh yang disifatkan calon BN Datuk Mohd Zaidi Mohd Said sebagai 'kerusi panas'.
Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh berkata, manifesto itu memberi fokus kepada beberapa terutama dari aspek pendidikan dan pembangunan insan.
Bekas guru itu berkata, menjadi hasrat BN kawasan itu menjenamakan semula bumi Permatang Pauh agar menjadi lebih baik di masa depan.
Antara aku janji itu termasuk bagi memastikan sekolah agama asrama penuh dibina di Permatang Pauh, membina kelas digital (Abad 21) di semua bilik darjah di sekolah di Parlimen berkenaan dan memodenkan 28 buah sekolah Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) seluruh Permatang Pauh dengan kemudahan Abad 21.
Selain itu, pembinaan rumah mampu milik di kawasan Penanti juga akan menjadi fokus dalam aku janji tersebut.
Katanya, aku janji yang dibuatnya itu bukan untuk menjatuhkan mana-mana pihak sebaliknya ia adalah janji yang mampu dilaksanakan dalam tempoh lima tahun akan datang.
Pelancaran dibuat Mohd Zaidi di hadapan lebih kira-kira 1,000 penyokong BN di Wisma Transformasi Umno Permatang Pauh malam tadi.
Hadir sama, Abu Bakar Sidekh Zainul Abidin, calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Jaya, Suhaimi Sabudin (Penanti) dan Anuar Faisal Yahaya (Permatang Pasir.)
Pada PRU14 ini, Mohd Zaidi akan berdepan Nurul Izzah Anwar dari PKR dan Afnan Hamimi Taib Azamudeen (Pas).
DUN Penanti turut akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Suhaimi, Muhammad Fawwaz Mohamad Jan (Pas) dan Dr Norlela Ariffin (PKR).
Begitu juga DUN Permatang Pasir antara Anuar Faisal, Muhammad Fauzi Yusoff (Pas) dan Faiz Fadzil (PKR).
Astro Awani
Wed May 02 2018
![BN lancar 14 aku janji 'Demi Permatang Pauh', sasar bidang pendidikan BN lancar 14 aku janji 'Demi Permatang Pauh', sasar bidang pendidikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/41525296272_JenteraBN.jpg)
Jentera BN Permatang Pauh melihat manifesto BN Parlimen itu yang dibentangkan Mohd Zaidi malam tadi. --fotoBERNAMA
![Bomoh ditahan pos mayat bayi kepada pelancong China Bomoh ditahan pos mayat bayi kepada pelancong China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739059161_Bomohkantoiposmay.jpg)
Bomoh ditahan pos mayat bayi kepada pelancong China
Pol yang ditahan polis memberitahu dia merupakan seorang bomoh sihir dan mengaku boleh bercakap dengan roh orang mati.
![Pemimpin Afrika berhimpun di Tanzania bincang konflik timur Congo Pemimpin Afrika berhimpun di Tanzania bincang konflik timur Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739055880_tbCongoconflictD.jpg)
Pemimpin Afrika berhimpun di Tanzania bincang konflik timur Congo
Pemimpin beberapa negara Afrika berhimpun di Tanzania dalam usaha menamatkan pertempuran di timur Congo.
Pemimpin tertinggi Iran bertemu pemimpin kanan Hamas di Tehran
Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei bertemu dengan pemimpin kanan Hamas yang sedang dalam lawatan ke Tehran, pada Sabtu dan membincangkan perkembangan terkini di Gaza dan isu berkaitan.
Angka korban di seluruh Gaza meningkat kepada 48,181
Sumber perubatan di Semenanjung Gaza melaporkan pada Sabtu bahawa angka korban telah meningkat kepada 48,181 orang, sebahagian besarnya wanita dan kanak-kanak, sejak permulaan serangan tentera Israel pada 7 Okt 2023.
Kekejaman Zionis: 42 tahanan Palestin tiba di Ramallah
Sejumlah 42 tahanan Palestin yang dibebaskan tiba di Ramallah dekat Tebing Barat pada Sabtu sejurus selepas pejuang Hamas menyerahkan tiga tebusan Israel. Ketibaan mereka yang menaiki sebuah bas disambut dengan sorakan orang ramai termasuk ahli keluarga yang telah lama menanti khabar gembira itu.
AS: Kanada mahu memperkukuh hubungan ekonomi dengan EU
EU dan Kanada telah mendapat manfaat daripada perjanjian perdagangan bebas sejak 2017, yang telah meningkatkan perdagangan dua hala sebanyak 65% dan mewujudkan perkongsian bahan mentah pada tahun 2021.
Lebih banyak bantuan kepada rakyat dalam Belanjawan Singapura - Lee Hsien Loong
Menteri Kanan Singapura, Lee Hsien Loong berkata dalam tempoh dua tahun lalu, pemerintah telah menyediakan pelbagai bentuk bantuan untuk menyokong rakyat Singapura yang bimbang dengan kos sara hidup, terutama mereka yang paling memerlukan bantuan.
![42 tahanan Palestin tiba di Ramallah 42 tahanan Palestin tiba di Ramallah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739056884_tbPalestinianprison.jpg)
42 tahanan Palestin tiba di Ramallah
Ketibaan mereka yang menaiki sebuah bas disambut dengan sorakan orang ramai termasuk ahli keluarga.
KUSKOP lancar Dasar Francais Negara 2030
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melancarkan Dasar Francais Negara 2030 (DFN 2030), bertujuan memperkukuh ekosistem francais di Malaysia dan memperluas akses pasaran di dalam dan luar negara.
Sultan Selangor, Tengku Permaisuri hadir sambutan CNY
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan berangkat ke sambutan Tahun Baharu Cina peringkat negeri di sini hari ini.
Keberangkatan tiba baginda berdua di Tokong Fo Guang Shan Dong Zen di Jenjarom pada 8.32 malam disambut Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari dan Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti negeri Ng Sze Han.
Keberangkatan tiba baginda berdua di Tokong Fo Guang Shan Dong Zen di Jenjarom pada 8.32 malam disambut Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari dan Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti negeri Ng Sze Han.
![PRN Melaka: Bertanding dalam keadaan daif, rekod pencapaian jadi kayu ukur - Calon BN Rembia PRN Melaka: Bertanding dalam keadaan daif, rekod pencapaian jadi kayu ukur - Calon BN Rembia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/41636970303_CalonBNRembiaDatukJ.jpg)
PRN Melaka: Bertanding dalam keadaan daif, rekod pencapaian jadi kayu ukur - Calon BN Rembia
Calon BN kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia, Datuk Jailani Khamis turut menawarkan enam Aku Janji sendiri dengan meletakkan posisi penyandang kerusi sebagai kelebihan buat dirinya.
![PRN Sabah: Empat teras 'Aku Janji Gabungan Rakyat Sabah' tawan hati pengundi Sabah PRN Sabah: Empat teras 'Aku Janji Gabungan Rakyat Sabah' tawan hati pengundi Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/71600249640_MuhyiddinYassin.jpg)
PRN Sabah: Empat teras 'Aku Janji Gabungan Rakyat Sabah' tawan hati pengundi Sabah
Aku Janji Gabungan Rakyat Sabah seperti yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kota Kinabalu, hari ini.
![PRN Sabah: Negeri Sabah 'hancur' di bawah Warisan - Hajiji PRN Sabah: Negeri Sabah 'hancur' di bawah Warisan - Hajiji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/51600243481_Hajiji.jpg)
PRN Sabah: Negeri Sabah 'hancur' di bawah Warisan - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah yakin mampu memberikan hala tuju baharu negeri Sabah jika diberi mandat pada 26 September ini.
![PRN Sabah: BN, PN dan PBS setuju elak pertembungan calon PRN Sabah: BN, PN dan PBS setuju elak pertembungan calon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/41599800666_TBZahidHamidijpg.jpg)
PRN Sabah: BN, PN dan PBS setuju elak pertembungan calon
Semua parti terlibat juga telah bersetuju membentuk sebuah solidariti bagi menghadapi PRN Sabah secara bersama.
![Akhirnya terjawab, Amirudin Menteri Besar Selangor baharu Akhirnya terjawab, Amirudin Menteri Besar Selangor baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/81529382670_selangor.jpg)
Akhirnya terjawab, Amirudin Menteri Besar Selangor baharu
Istiadat Pengurniaan Watikah Pelantikan dan Angkat Sumpah itu dilakukan di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bermula jam 9.45 pagi.
![Kerajaan jamin akan ambil langkah turun harga kereta - Mustapa Kerajaan jamin akan ambil langkah turun harga kereta - Mustapa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-05/61367459334_295x200.jpg)
Kerajaan jamin akan ambil langkah turun harga kereta - Mustapa
Kerajaan memberi jaminan akan melaksanakan Aku Janji yang dibuat oleh BN pada pilihan raya yang lepas mengenai penurunan harga kereta.
![BN P.Pinang janji Pusat Kewangan Luar Pesisir BN P.Pinang janji Pusat Kewangan Luar Pesisir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-04/71366323460_295x200.jpg)
BN P.Pinang janji Pusat Kewangan Luar Pesisir
BN Pulau Pinang menawarkan 19 AkuJanji tambahan menerusi manifesto yang bertemakan "Pulau Pinang Yang Unggul".
!['Perang manifesto' menjelang PRU-13 'Perang manifesto' menjelang PRU-13](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-04/51365430500_295x200.jpg)
'Perang manifesto' menjelang PRU-13
'Perang Manifesto' PRU-13 bermula dengan pelancaran 'Akujanji' Barisan Nasional (BN) untuk membalas versi Pakatan Rakyat (PR) yang diumumkan dua bulan lalu.