TAWAU: Ketua Bahagian UMNO Kalabakan ,Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy berkata ketiadaan ahli parlimen BN Sabah dalam barisan kabinet baharu itu seolah-olah menunjukkan parti itu disisihkan oleh kerajaan perpaduan.
UMNO Kalabakan dalam pada itu menyokong kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin yang meluahkan rasa kesal dengan kabinet baharu Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya, BN Sabah adalah paling awal memberikan komitmen bersama BN pusat untuk menyokong Pakatan Harapan (PH) pimpinan Anwar Ibrahim menjadi kerajaan.
“Calon-calon BN Sabah juga telah menunjukkan prestasi yang baik berbanding parti lain apabila berjaya memenangi tujuh kerusi parlimen di Sabah dengan majoriti yang besar.
“Sepatutnya PM perlu membuat pertimbangan supaya melantik ahli parlimen dalam kalangan BN Sabah bagi mengimbangi komposisi jawatan menteri yang meliputi Semenanjung, Sabah dan Sarawak,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kalabakan berkata, Sabah hanya diberikan dua portfolio kementerian sahaja iaitu daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan PH.
“Kedua-dua wakil daripada Sabah itu adalah ahli parlimen yang berada di Pantai Barat Sabah iaitu parlimen Papar dan Penampang.
“Justeru, PM perlu mempertimbangkan pemberian jawatan menteri kepada ahli parlimen daripada Pantai Timur Sabah khususnya daripada parti BN,” katanya.
Menurutnya, pertambahan ahli parlimen Sabah mewakili kabinet kerajaan sangat perlu memandangkan geografi Sabah sangat besar dan pembangunannya juga jauh ketinggalan berbanding semenanjung.
“Saya berharap PM dapat menambah baik semula barisan kabinet dengan memasukkan beberapa ahli parlimen daripada Sabah supaya ia dilihat seimbang dan inklusif,” katanya.
Petrus Bernard
Sun Dec 04 2022

Jelas Andi Muhammad pertambahan ahli parlimen Sabah mewakili kabinet kerajaan sangat perlu memandangkan saiz negeri itu dan pembangunannya yang jauh ketinggalan berbanding semenanjung. - Astro AWANI

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Hal Ehwal Agama: Cadangan MP DAP tidak jadi agenda utama di Mesyuarat Kabinet - Fahmi
Isu mengenai cadangan seorang Ahli Parlimen DAP untuk memecahkan portfolio hal ehwal agama dipecahkan kepada Islam dan bukan Islam tidak menjadi agenda perbincangan utama dalam Mesyuarat Kabinet.

Chad umum Kabinet baharu
Senarai anggota Kabinet dibacakan menerusi televisyen nasional dan platform dalam talian kepresidenan Chad.

Kabinet setuju bentuk jawatankuasa kerjasama perikanan laut dalam Malaysia-Vietnam
Kabinet secara prinsip bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa kerjasama perikanan laut dalam Malaysia-Vietnam.

Kerajaan tingkat akses keadilan, biaya khidmat guaman untuk yang layak - Azalina
Kerajaan terus mengambil langkah meningkatkan akses kepada keadilan dengan membiayai khidmat guaman untuk individu yang layak.

Pulau Batu Puteh: Laporan RCI mahu ‘tuju’ kepada saya seorang - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad berpandangan laporan RCI mengenai Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan seolah-olah mahu menunjukkan dirinya seorang sahaja yang bertanggungjawab.

Penubuhan Kementerian Digital satu cabaran, namun gerak kerja berjalan baik - Gobind
Penubuhan Kementerian Digital menjadi satu cabaran kerana ia sesuatu yang baharu, namun semua gerak kerja berjalan dengan baik.

Haley, Pompeo tidak sertai kabinet Trump
Presiden Amerika Syarikat (AS) terpilih Donald Trump memberitahu bekas calon presiden Parti Republikan, Nikki Haley dan bekas Setiausaha Negara Mike Pompeo tidak akan dijemput menyertai kabinetnya.

Bekas penyanyi Nidji, Giring dilantik Timbalan Menteri Kebudayaan Indonesia
Giring Ganesha akan berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Kebudayaan bersama Fadli Zon yang dilantik sebagai Menteri Kebudayaan dalam Kabinet Merah Putih Presiden Prabowo Subianto.

108 orang bakal sertai kabinet Prabowo, saintis antara dijangka jadi menteri?
Sejumlah pakar dari pelbagai sektor penyelidikan dan university berkongsi analisa dengan memberi bayangan beberapa nama berpotensi menyertai barisan kabinet Presiden Terpilih Indonesia, Prabowo.

Akta Koperasi 1993 akan dipinda - Ewon
Akta Koperasi 1993 akan dipinda melibatkan 96 peruntukan asal dalam akta tersebut yang akan disusun semula dan ditambah baik.