Barisan Nasional (BN) Selangor menganggap teguran yang dilontarkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai satu teguran positif oleh seorang bapa terhadap anak.
Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata BN Selangor sangat terbuka kepada teguran terhadap jentera parti itu lebih-lebih lagi daripada tokoh negarawan dan bekas pemimpin yang banyak berjasa kepada negara.
"Kita melihat semua teguran yang diberikan, termasuk pandangan Tun Dr Mahathir mengenai pengundi-pengundi golongan muda dan kita tidak nafikan ia sangat penting untuk menjaga pengundi muda," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Parti Progresif Penduduk (PPP) Selangor di Ampang dekat sini, Ahad.
Katanya BN Selangor menghargai pandangan beliau (Tun Dr Mahathir) dan berterima kasih terhadap segala pandangan dan kritikannya. BN Selangor juga akan berusaha melakukan penambahbaikan dalam parti.
Dr Mahathir dalam tulisan di laman blog, chedet.cc pada Rabu lepas telah menegur Umno Selangor supaya memberi lebih tumpuan kepada Generasi Y dan melakukan penyusunan semula pimpinan parti di negeri itu.
Terdahulu dalam ucapan perasmiannya, Noh berkata BN Selangor kini perlu mengeratkan perpaduan di kalangan anggota parti komponennya sebagai persediaan menghadapi pilihan raya akan datang.
"Selain perpaduan, gerak kerja yang lebih intensif dengan mengenal pasti setiap pengundi di Selangor juga penting untuk mencapai tujuan utama kita iaitu merampas semula Selangor daripada Pakatan Rakyat," katanya.
Sementara itu Presiden PPP, Tan Sri M. Kayveas berkata PPP terbuka untuk membantu BN terutama di Selangor dalam perjuangan menawan semula negeri itu daripada Pakatan Rakyat.
"Saya menyeru BN Selangor supaya mengguna pakai jentera kempen PPP dalam membantu BN, kita ada jentera yang kuat, jika BN tidak menggunakan jentera kami, ianya menjadi satu kerugian," katanya.
Katanya, terdapat lebih 80,000 anggota PPP di Selangor dan lebih 600,000 anggota di seluruh negara yang sudah mendaftar sebagai pengundi bersedia membantu BN mengerakkan jentera kempen dalam pilihan raya akan datang.
Bernama
Sun Nov 09 2014

NOH: BN Selangor terima positif teguran Tun M - Gambar fail

Anggota TUDM didakwa amang seksual adik ipar
Lelaki berusia 26 tahun itu didakwa melakukan perbuatan itu terhadap kanak-kanak perempuan yang ketika itu berusia 12 tahun.
Rasuah RM53 bilion di Indonesia, 7 individu ditahan
Pejabat Peguam Negara Indonesia menahan beberapa eksekutif anak syarikat firma tenaga negara, PT Pertamina, berhubung skandal rasuah bernilai 193.7 trilion rupiah (RM53 bilion) melibatkan perolehan minyak mentah dan produk petroleum.
Mohamad Hasan adakan kunjungan hormat ke atas Presiden Iran di Tehran
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Iran Dr Masoud Pezeshkian pada Rabu.
AWANI Ringkas: Semua saksi dipanggil minggu ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Aerotren KLIA siap 86 peratus, dijangka beroperasi suku tahun 2025
Status terkini projek penggantian Aerotren KLIA adalah pada kadar 86 peratus sehingga 24 Januari lalu.

Anak pemilik kebun buah didenda RM3,000 ugut Menteri Pelancongan
Anak tauke kebun buah didenda mengugut mahu mengancam nyawa Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing.
PAC syor LHDN tambah baik proses pentaksiran cukai
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen mengesyorkan lima langkah penambahbaikan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) bagi memastikan kutipan cukai lebih efisien.
Laporan Ketua Audit Negara dicadang dibahas peringkat DUN
Kerajaan negeri dicadang untuk membahaskan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN).

ASEAN perlu bijak catur strategi untuk mendepani ‘perang tarif’
Konsep neutraliti dan ASEAN Centrality amat penting untuk blok 10 negara itu mengemudi ketidaktentuan ekonomi dan dasar perlindungan perdagangan yang semakin meluas di peringkat global.
Komen negatif media sosial ancaman halus kepada kesihatan mental
Menurut Pakar Psikologi Klinikal, Persatuan Kesedaran dan Sokongan Penyakit Mental (MIASA), Hanisa Begam Najib Mohammad tindakan itu juga berupaya membuat seseorang pengguna media sosial mengambil tindakan ekstrem seperti mengamalkan diet tidak sihat untuk kelihatan lebih ideal.

‘UMNO bukan parti yang boleh ditendang, perlu kaji kedudukan dalam kerajaan’ - Dr Akmal
Dr Muhamad Akmal menyifatkan UMNO bukan sebuah parti yang boleh ditendang mengikut sesuka hati.

BN mesti dikembalikan di pentas politik, pentadbiran Sabah - PBRS
Barisan Nasional (BN) mesti dikembalikan semula ke pentas utama politik dan pentadbiran Sabah menerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.

BN mampu raih lebih kerusi pada PRU16 jika ketepi isu remeh - Zahid
Barisan Nasional (BN) mampu menang lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) akan datang, sekiranya gabungan itu mengetepikan perkara-perkara remeh kata Ahmad Zahid.

PRK DUN Mahkota: BN guna pendekatan hibrid, gabung jentera bersama parti Kerajaan Perpaduan
BN akan menggunakan pendekatan hibrid dengan menggabungkan jentera parti itu bersama parti membentuk Kerajaan Perpaduan di PRK Mahkota.
![[TIDAK RASMI] PRK Nenggiri: Awie menang semua peti undi Orang Asli [TIDAK RASMI] PRK Nenggiri: Awie menang semua peti undi Orang Asli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723894059_TBAWIE.jpg)
[TIDAK RASMI] PRK Nenggiri: Awie menang semua peti undi Orang Asli
Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani atau Awie menang di semua peti undi penempatan Orang Asli pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada Sabtu.

BN anggap keputusan Bersatu lucut enam Ahli Parlimen, ADUN sebagai muslihat politik
Zambry menyifatkan keputusan Bersatu itu sebagai muslihat politik berbanding keutamaan untuk mengekalkan kestabilan.

BN tetap sokong calon Kerajaan Perpaduan di PRK Sungai Bakap - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata BN dan UMNO tetap bersedia dan akan menggerakkan jentera walaupun calon yang bertanding bukan gabungan berkenaan.

Bukan koman-koman, PRK Kemaman disifatkan ''battle of honour''
Pilihan Raya Kecil Kemaman disifatkan sebagai battle of honour yang menjadi medan penting untuk menilai dinamik dan landskap politik negara.

PRK Pelangai: Peluang PN, BN menang setara - Takiyuddin
Takiyuddin optimis PN mempunyai kelebihan, impak daripada strategi pecutan akhir yang dilakukan parti itu.

Kalau BN kalah PRK Pelangai, PH kena bertanggungjawab - Mohamad Sabu
Menjadi tanggungjawab jentera PH memastikan kemenangan calon BN di PRK Pelangai.