Barisan Nasional tidak ada sebarang kaitan dengan penubuhan parti baharu, Penang Front Party (PFP), kata Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Beliau berkata BN juga tidak pernah melantik mana-mana individu untuk mewakilinya dalam parti itu.
"Apa sahaja keputusan yang dibuat dalam BN akan melibatkan perbincangan bersama dengan parti-parti komponan lain...tiada keputusan dibuat secara bersendirian termasuklah memberi sokongan kepada parti baharu yang lain," katanya.
Sebelum ini, UMNO Pulau Pinang menolak PFP kerana ia bukan parti mesra BN.
Pengerusinya Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata penglibatan Anggota Parlimen Padang Besar Datuk Zahidi Zainul Abidin sebagai penasihat PFP sama sekali tidak mewakili UMNO sebaliknya dibuat atas kapasiti peribadinya sendiri.
Isnin lepas, Zahidi dilaporkan sebagai berkata PFP sebuah parti baharu yang mesra BN di Pulau Pinang dan berhasrat bertanding 25 kerusi Dewan Undangan Negeri. -Bernama
Bernama
Fri Oct 14 2016

Barisan Nasional tidak ada sebarang kaitan dengan penubuhan parti baharu, Penang Front Party (PFP), kata Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. -Gambar fail

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

PFP buat laporan polis terhadap individu sunting gambar Najib
Perbuatan menyunting gambar Najib dengan berlatar belakang kubur Cina dilihat sebagai tidak bermoral dan biadap serta satu contoh buruk yang ditunjukkan netizen terhadap bekas perdana menteri.

Tragedi tanah runtuh: Guan Eng dituntut mohon maaf - PFP
Selain 11 mangsa itu, Lim juga didesak memohon maaf terhadap 12 mangsa lain yang terkorban dalam insiden tanah runtuh dan banjir di negeri ini sejak Julai lepas hingga awal bulan ini.

SPRM diminta siasat dakwaan pembelian pengiktirafan palsu
SPRM harus dibenar untuk menyiasat kerajaan negeri termasuk Majlis Perbandaran Pulau Pinang ketika itu dan Majlis Perbandaran Seberang Prai kerana didakwa membeli pengiktirafan palsu EBA.

BN tiada kaitan dengan Penang Front Party - Tengku Adnan
BN juga tidak pernah melantik mana-mana individu untuk mewakilinya dalam parti itu.