KOTA BHARU: Kerajaan negeri Kelantan kini ditadbir oleh kerajaan sementara (caretaker goverment) susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).
Bagaimanapun menurut Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah, kerajaan sementara ini tidak boleh meluluskan apa jua peruntukan baharu mahupun undang-undang kecil.
“Kita kerajaan (sementara) berjalan di semua negeri, walaupun bubar semuanya berjalan, ia dipanggil caretaker goverment, berjalan, semua peruntukan yang sudah lulus boleh digunakan, kerajaan sementara ini (bagaimanapun) tidak boleh meluluskan peruntukan kewangan baharu atau buat dasar besar, dua perkara itu sahaja,” katanya di sini hari ini.
Tambah Mohd Amar, bermula hari ini juga semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Kelantan tidak lagi berkuasa untuk menandatangani apa jua kelulusan.
Kelantan menjadi negeri pertama membubarkan DUN pada hari ini bagi memberi laluan Pilihan Raya Negeri (PRN).
Sementara itu, Mohd Ahmar memaklumkan soal pengagihan kerusi antara parti dalam Perikatan Nasional (PN) pada PRN di enam negeri terlibat sudah selesai 95 peratus.
Manakaka dua kerusi yang sebelum ini diwakili wakil Bersatu Kelantan, masing-masing satu di dalam Parlimen Gua Musang dan kerusi DUN Ayer Lanas yang diwakili oleh Datuk Seri Mustapa Mohamed diserahkan oleh Bersatu untuk diisi calon daripada Pas.
Tambah beliau, baki beberapa kerusi lain yang bertindih kini masih dalam berbincangan antara pimpinan dalam PN.
Muhafandi Muhamad
Thu Jun 22 2023

Mohd Amar berkata, kerajaan sementara ketika ini tidak boleh meluluskan apa jua peruntukan baharu mahupun undang-undang kecil. - Fail/Bernama

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Ambilan kohort pertama program DBA pada Julai depan - Ewon
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) akan memulakan pengambilan kohort pertama program Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) pada Julai depan.

Kelantan jangka bentang pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah tahun depan
Kerajaan Kelantan dijangka membentangkan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 dalam persidangan DUN 2025.

Pelarasan gaji penjawat awam Kelantan ikut pengumuman Kerajaan Persekutuan
Kerajaan negeri Kelantan akan melaksanakan pelarasan kenaikan gaji penjawat awam negeri pada Disember depan selaras dengan pengumuman dan keputusan Kerajaan Persekutuan.

Isu tanah Kesedar: Kerajaan negeri dapatkan maklumat status tanah
Kerajaan negeri Kelantan akan mendapatkan maklumat tepat berhubung status tanah sama ada ia milik Kesedar atau sebaliknya.

Kerajaan segerakan peruntukan atasi banjir di Rantau Panjang - PM Anwar
Kerajaan akan menyegerakan peruntukan kewangan untuk mengatasi masalah banjir di Rantau Panjang yang berpunca dari muara Sungai Golok.

Konflik Iran-Israel: Kelantan hubungi pelajar di Jordan ambil langkah keselamatan
Kerajaan Kelantan telah menghubungi semua pelajar dari negeri ini yang sedang menyambung pengajian di Jordan susulan tindakan Iran melancarkan serangan ke atas Israel.

Kelantan bincang dengan kerajaan Persekutuan atasi banjir termenung - MB
Kerajaan Negeri Kelantan akan mengadakan perbincangan lanjut dengan kerajaan Persekutuan bagi mengatasi masalah banjir termenung.

Tidak timbul konflik antara JPKKP dengan penghulu negeri
Pelantikan 636 Pengerusi JPKKP atau penghulu di Kelantan tidak akan menimbulkan sebarang konflik dengan penghulu lantikan kerajaan negeri.

MB baharu Kelantan perlu jalin hubungan baik dengan kerajaan Pusat
Menteri Besar Kelantan yang baharu perlu berintegriti dan menjalin hubungan yang baik dengan kerajaan Pusat demi kesejahteraan rakyat.

Bubar DUN: Kelantan kini ditadbir kerajaan 'caretaker' - Mohd Amar
Kerajaan negeri Kelantan kini ditadbir oleh kerajaan sementara (caretaker goverment) susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Masalah air: Kelantan minta RM8 bilion, Sabah mahu bantuan siapkan empangan - PM Anwar
Kerajaan Negeri Kelantan meminta dana berjumlah RM8 bilion daripada Kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikan masalah air yang berlarutan di negeri tersebut.