SHAH ALAM: Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendedahkan dalam bukunya, Jalan Tegak terdapat cadangan untuk menjadikan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Perdana Menteri pada tahun 2018.
Jelas Ahli Parlimen Muar itu, cadangan tersebut telah menyebabkan rasa tidak selesa Tun Dr Mahathir Mohamad yang ketika itu adalah Pengerusi Pakatan Harapan (PH).
"Ada pandangan daripada pihak Tun yang menyatakan ini adalah gerakan Azmin untuk membelakangkan Tun.
"Berlaku sedikit tarik tali di antara kedua-duanya kerana masing-masing tidak mahu menjadi yang pertama meminta bertemu,” tulisnya dalam buku tersebut.
Ekoran daripada itu, beliau yang pada ketika itu pegawai kepada Dr Mahathir cuba menjadi orang tengah untuk mendamaikan kedua-dua pemimpin tersebut.
“Saya cuba menguruskan hubungan antara Tun dengan Datuk Seri Azmin yang ketika itu Menteri Besar Selangor dan juga Timbalan Presiden PKR (Parti Keadilan Rakyat).
“Datuk Seri Anwar Ibrahim pula ketika itu masih berada dalam penjara dan rundingan bagi calon Perdana Menteri ialah detik yang paling getir dan panas,” ujarnya.
Selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 9 Mei 2018, Dr Mahathir dilantik sebagai Perdana Menteri ketujuh dan menjadikan Azmin sebagai Menteri Ekonomi dalam Kabinetnya.
Namun kerajaan PH hanya berusia 21 bulan, tumbang selepas Dr Mahathir letak jawatan pada 24 Februari 2020.
Pada 30 November 2020, Dr Mahathir ada mengeluarkan kenyataan bahawa Langkah Sheraton yang diatur oleh Azmin untuk menghalang PH memerintah negara adalah bukti beliau juga bercita-cita ingin menjadi Perdana Menteri.
Beliau juga yakin bahawa Azmin sudah lama merancang perkara itu kerana menyedari bukan mudah untuk meyakinkan sembilan ahli Parlimen PKR untuk menyertai Langkah Sheraton itu.
Buku Jalan Tegak yang dihasilkan sendiri oleh Syed Saddiq mempunyai 368 halaman dan turut diselitkan gambar istimewanya sejak kecil sehingga penglibatannya dalam arena politik.
Buku itu juga menceritakan bagaimana kisah sebenar dirinya daripada menjadi penyokong setia Datuk Seri Najib Razak kepada 'orang penting' dalam gerakan menjatuhkan Perdana Menteri itu.
Selain itu, beliau turut berkongsi kisah sebenar di sebalik 'Sheraton Move', pemansuhan Biro Tatanegara (BTN) dan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), Undi 18, peranan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam pembentukan kerajaan serta pandangan Tun Daim Zainuddin.
Diterbitkan oleh Grup Buku Karangkraf, buku Jalan Tegak berharga RM39 sudah boleh ditempah melalui laman web www.karangkrafmall.com atau melalui TikTok Kedai Karangkraf dan Karangkraf Mall Official di Shopee.
Sebanyak 200 pembeli terawal akan menerima poskad Jalan Tegak, fail khas dan buku ditandatangani Syed Saddiq.
Naskhah itu akan dilancarkan sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada 2 Jun depan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu May 16 2024

Buku Jalan Tegak karya Syed Saddiq. - Foto Sinar Harian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

Tiada peruntukan, Syed Saddiq akui terpaksa jadi model baju raya
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui terpaksa menjadi model baju raya sebuah jenama fesyen disebabkan keengganan kerajaan memberikan peruntukan.

Syed Saddiq, Bella masak bersama, netizen doakan berjodoh
Mereka berdua dilihat memasak lasagna dan puding karamel bersama, sambil berinteraksi dengan penonton secara santai dan menghiburkan.

Tidak merokok dan bukan artis antara ciri lelaki idaman Bella Astilah
Andai demikian ciri yang disenaraikan, tentu sekali ahli politik tiada masalah untuk mencuri hati Bella kan?

Syed Saddiq peroleh pelepasan sementara pasport ke Singapura, Sabah
Syed Saddiq memaklumkan beliau akan kembali ke Kuala Lumpur pada 25 Jan dan memulangkan pasport kepada mahkamah pada 27 Jan ini.

Syed Saddiq tekad guna semua saluran untuk dapatkan peruntukan
Syed Saddiq tekad untuk menggunakan semua saluran yang ada termasuk diplomasi dengan kerajaan dan undang-undang bagi mendapatkan peruntukan untuk kebajikan pengundi di Muar.

Peruntukan dana Parlimen: Syed Saddiq gagal peroleh kebenaran semakan kehakiman
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan tiga pihak lain gagal dalam permohonan untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.

Syed Saddiq akan kemuka rayuan, mahu bersihkan nama di mahkamah
Syed Saddiq tegas memastikan namanya dibersihkan melalui proses keadilan di mahkamah.

Mengenang Tun Daim: Saya kehilangan mentor - Syed Saddiq
Pemergian Tun Daim Zainuddin memberi kesan bukan sahaja kepada pemimpin veteran tetapi juga pemimpin muda seperti Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Pendapatan sebenar kumpulan T15 belum dimuktamad - PM Anwar
Kerajaan belum memuktamadkan golongan yang terkecuali daripada mendapat subsidi daripada kerajaan, termasuk subsidi minyak.