KUALA LUMPUR: Pemimpin di negara ini perlu kaya dengan teladan yang bukan sahaja ditunjukkan malah melatih generasi muda supaya belajar daripada keadaan yang berlaku di sekeliling mereka.
Felo Kursi Institusi Raja-Raja Melayu UITM Mujibu Abdul Muis berpendapat cabaran sebagai pemimpin di sebuah negara berbilang kaum memerlukan pendekatan berhemah serta penuh rasa hormat.
“Sebagai seorang pemimpin, mereka harus menunjukkan role model... dan role model itu bukan sekadar ditunjukkan tetapi harus diberikan teladan supaya orang muda melihat mereka itu benar-benar impressed kepada apa yang kita katakan.
“Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang kaum dan maju, namun sukar untuk kita melihat itu... kerana orang politik akan sentiasa melihat isu tertentu yang boleh digembleng untuk memberikan kelebihan politik dengan apa juga cara, supaya itu akan memberi kelebihan kepada mereka,” katanya kepada Astro AWANI pada Sabtu.
Sementara itu, Mujibu turut berpesan kepada semua pemimpin di negara ini agar memiliki jiwa yang besar sekali gus mempertahan kedaulatan negara dengan menunjukkan contoh dan kerangka masa hadapan yang jelas meskipun unsur primordialisme sukar dikikis sehingga sekarang.
“Kesantunan insan dalam mengurus perbezaan dalam masyarakat pelbagai agama dan bangsa perlu dititkeberatkan dan ini sebuah realiti harus difahami dan diterima semua pihak.
“Jadi saya rasa, sebagai seorang pemimpin, pertama sekali berjiwa besar dan bertanggungjawab kerana menang pilihan raya itu bukan segala-galanya yang penting.
“Bagaimana kita mempertahankan kedaulatan negara ini dengan memberikan anak muda itu satu contoh dan kerangka masa hadapan dan faham bahawa kita ini orang Malaysia dan sebagai orang Malaysia kita adalah orang Malaysia, bukan Melayu, bukan Cina dan juga bukan India,” akhirinya.
Faida Rahim
Sat May 20 2023
![Cabaran pemimpin negara berbilang kaum, perlu kaya teladan - Mujibu Muis Cabaran pemimpin negara berbilang kaum, perlu kaya teladan - Mujibu Muis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51684581560_MujibuAbdulMuis.jpg)
Namun sukar untuk kita melihat itu kerana orang politik dia akan sentiasa melihat kelebihan dan isu tertentu yang boleh digembleng untuk memberikan kelebihan politik. - Astro AWANI
Tumpuan Jumaat – 14 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dialog Tiga Penjuru: Tangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk baiki skor CPI
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan memberi penekanan menangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI). #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya. Jelasnya, penguatkuasaan undang-undang ini adalah ideal ketika ini memandangkan beberpa siri pilihan raya akan bermula tidak lama lagi. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Kurang transaksi fizikal, kurang risiko rasuah
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sepakat bahawa mengurangkan transaksi fizikal di kaunter perkhidmatan awam akan mengurangkan risiko rasuah. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Indeks Persepsi Rasuah: SPRM akan lebih terbuka, MPC akan ambil tindakan
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya akan memastikan agensinya lebih terbuka dan telus dalam melaporkan sebarang siasatan yang dijalankan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan seterusnya mencadangkan agar Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang merupakan sebahagian sumber survei CPI agar mengambil tindakan sewajarnya. #DialogTigaPenjuru
Korea Selatan larang 'power bank' di ruang penyimpanan atas
Penumpang yang melakukan perjalanan dengan syarikat penerbangan Korea Selatan tidak lagi dibenarkan menyimpan bateri mudah alih (power bank) dan rokok elektronik di dalam ruang penyimpanan atas mulai bulan depan.
260 mangsa pekerjaan scam di Myanmar berjaya diselamatkan
Kumpulan tentera etnik Karen (Democratic Karen Buddhist DKBA) pada Rabu menyerahkan 260 individu pelbagai kewarganegaraan dipercayai menjadi mangsa penipuan pekerjaan dalam operasi scam di Myanmar. Trak-trak yang membawa kumpulan individu yang terlibat dalam pekerjaan secara paksa itu dilihat menyeberang ke sempadan Thailand dari Myanmar.
Empat maut akibat letupan di medan selera Taiwan
Empat terkorban manakala lapan yang lain cedera dalam insiden letupan di sebuah kedai di Taiwan. Menurut kenyataan bomba Taichung, letupan berlaku di medan selera di sebuah kedai yang terletak di tingkat 12 bangunan.
Suspek rempuhan perlu dihukum, dilarang memasuki Jerman
Suspek yang menjadi dalang rempuhan kereta di Munich perlu dihukum dan dibuang negara kata Canselor Jerman, Olaf Scholz.
![Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739373668_AzamBaki.jpg)
Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya.
![Bangladesh sasar pilihan raya menjelang Disember Bangladesh sasar pilihan raya menjelang Disember](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739308976_SheikhMujiburRahma.jpg)
Bangladesh sasar pilihan raya menjelang Disember
Kerajaan peralihan Bangladesh sedang berusaha untuk mengadakan pilihan raya umum menjelang Disember tahun ini.
![Pilihan raya negeri mendebarkan, wilayah New Delhi dalam proses kira undi Pilihan raya negeri mendebarkan, wilayah New Delhi dalam proses kira undi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739003480_pilihanrayaindia.jpg)
Pilihan raya negeri mendebarkan, wilayah New Delhi dalam proses kira undi
Lebih 60 peratus daripada lebih 15 juta pengundi yang layak telah menjalankan tanggungjawab mereka memilih kerajaan tempatan pada Rabu lalu.
![Singapura guna FICA bagi tangani manipulasi algoritma ketika tempoh pilihan raya Singapura guna FICA bagi tangani manipulasi algoritma ketika tempoh pilihan raya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738593583_singapore.jpg)
Singapura guna FICA bagi tangani manipulasi algoritma ketika tempoh pilihan raya
Pelbagai peruntukan di bawah FICA boleh digunakan bagi mengekang campur tangan asing secara dalam talian yang didorong oleh algoritma.
![Lukashenko secara rasmi diisytihar pemenang Pilihan Raya Presiden Belarus Lukashenko secara rasmi diisytihar pemenang Pilihan Raya Presiden Belarus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738593740_LukashenkoBelarusi.jpg)
Lukashenko secara rasmi diisytihar pemenang Pilihan Raya Presiden Belarus
Lukashenko pertama kali dipilih sebagai presiden Belarus pada 1994 dan kemudian dipilih semula pada 2001, 2006, 2010, 2015 dan 2020.
![Myanmar lanjut darurat selama enam bulan lagi Myanmar lanjut darurat selama enam bulan lagi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81738322308_TBMYANMARjpg.jpg)
Myanmar lanjut darurat selama enam bulan lagi
Pada mesyuarat NDSC di Nay Pyi Taw pada Jumaat, semua ahli yang hadir bersetuju untuk melanjutkan tempoh darurat.
![PM Singapura tubuh Jawatankuasa Semakan Sempadan Pilihan Raya PM Singapura tubuh Jawatankuasa Semakan Sempadan Pilihan Raya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71735280342_tbLawrenceWong.jpg)
PM Singapura tubuh Jawatankuasa Semakan Sempadan Pilihan Raya
Ini sekaligus merupakan satu petunjuk pilihan raya umum di negara itu mungkin diadakan tidak lama lagi.
![Daftar Pemilih Tambahan Disember 2024 dibuka untuk semakan - SPR Daftar Pemilih Tambahan Disember 2024 dibuka untuk semakan - SPR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41714400820_SPRGeneric.jpg)
Daftar Pemilih Tambahan Disember 2024 dibuka untuk semakan - SPR
Semakan Daftar Pemilih Tambahan Bulan Disember Tahun 2024 (DPT BLN12/2024) boleh dibuat untuk tempoh 30 hari bermula hari ini hingga 22 Feb.
![Perdana Menteri Australia rombak Kabinet menjelang pilihan raya umum Perdana Menteri Australia rombak Kabinet menjelang pilihan raya umum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737009058_tbAnthonyAlbanese.jpg)
Perdana Menteri Australia rombak Kabinet menjelang pilihan raya umum
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan rombakan kabinet pada Khamis susulan persaraan awal seorang menteri menjelang pilihan raya umum yang harus diadakan sebelum Mei, lapor Xinhua.
![Elon Musk sokong parti AFD di Jerman Elon Musk sokong parti AFD di Jerman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81706760501_ElonMusk.jpg)
Elon Musk sokong parti AFD di Jerman
Musk mengulangi kenyataan di platform X minggu lalu, bahawa "hanya AFD dapat menyelamatkan Jerman".