JOHOR BAHRU: Cadangan pembentukan Kerajaan Perpaduan di Johor disifatkan seperti mahu melaga-lagakan pentabiran kerajaan negeri dengan pihak Pakatan Harapan (PH) yang sudah pun menjalin hubungan baik.
Naib Ketua Pemuda UMNO, Mohd Hairi Mad Shah berkata, kestabilan di Johor ketika ini sepatutnya dikekalkan dan tidak perlu lagi diganggu dengan kenyataan-kenyataan politik yang tidak sepatutnya dikeluarkan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Larkin itu berkata, perkara yang lebih utama ketika ini ialah memberi tumpuan menjayakan perancangan Agenda Johor dalam usaha memastikan negeri terus stabil dan maju menjelang 2030.
"Pentadbiran kerajaan Johor yang diketuai Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang ada hari ini cukup kuat dan saya yakin dengan barisan wakil rakyat yang memenangi dua pertiga sudah memadai.
"Jika ingin pecah belahkan lagi keadaan yang stabil ini, saya bimbang dengan adanya kenyataan sebegini akan merosakkan agenda perpaduan yang sedia terbentuk ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyaksikan Memorandum Persefahaman (MoU) Kolej Kemahiran Johor dengan empat rakan strategik dalam bidang pembuatan dan penyediaan makanan serta automotif di Hotel Seri Malaysia di sini semalam.
Pada Sabtu, Naib Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching berkata, sudah sampai masanya Johor menimbang menubuhkan Kerajaan Perpaduan di peringkat negeri dalam usaha mengukuh hubungan antara Pakatan Harapan (PN) dan BN selain juga mewujudkan Sekretariat Kerajaan Perpaduan peringkat negeri.
Menurutnya yang Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, ketika ini wakil-wakil daripada PH sama ada DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (Amanah) masih tiada dalam kerajaan negeri sebagai Exco.
Sementara pada Ahad, Timbalan Pengerusi PH Johor, Aminolhuda Hassan berkata, hubungan BN dan PH yang kukuh Johor diyakini akan diterjemahkan dengan pembentukan Kerajaan Perpaduan di peringkat negeri dan wakil-wakil daripada PH perlu dilantik menjadi Exco.
Mengulas lanjut, Hairi berkata, ADUN daripada PH yang diberikan tanggungjawab sebagai pengimbang sudah memadai kerana turut main peranan penting dalam kerajaan negeri.
Jelasnya, perkara itu juga telah dipersetujui dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Mac lalu sekali gus menjunjung titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berikutan peranan mereka sebagai pengimbang serta pemeriksa kepada kerajaan.
Sehubungan itu, tiada keperluan jawatan Exco kerajaan negeri diberikan setelah kerajaan Johor sudah terbentuk.
Berkenaan saranan Aminolhuda supaya wakil PH diberikan jawatan Exco di peringkat negeri, beliau yang juga Exco Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia negeri menganggap itu hanya pendapat peribadinya.
"Johor telah mengadakan proses pilihan raya negeri (PRN) lebih awal. Bila Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) selesai, baru kerajaan Perpaduan ditubuh di peringkat Pusat.
"Di Johor ini, kita mempunyai pembangkang dan pengimbang. Saya rasa pengimbang sudah memadai dengan apa yang kita persetujui dan harus akur perkenan Tuanku Sultan Johor," katanya.
Bagaimanapun sebagai Exco kerajaan negeri katanya, beliau akur dengan sebarang keputusan dibuat Sultan Johor sama ada kerajaan negeri sedia kekal atau perlu membentuk Kerajaan Perpaduan di peringkat negeri. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Sep 26 2023

Mohd Hairi (berdiri, tengah) menyaksikan MOU Kolej Kemahiran Johor dengan empat rakan strategik dalam bidang pembuatan dan penyediaan makanan serta automotif di Hotel Seri Malaysia, Larkin, Johor Bahru semalam. - Foto Sinar Harian

Satu dunia merasai inflasi, Singapura tidak terkecuali
Singapura berdepan cabaran ekonomi global yang kompleks, tetapi kerajaan bertekad untuk terus menyokong rakyat.

Paus Francis alami dua ‘kegagalan pernafasan akut’, sudah sedar dan sedang berehat - Vatican
Awal pagi Isnin, Paus Francis menjalani dua prosedur bronkoskopi dan doktor telah mengeluarkan lendir yang terkumpul.

MNKT lulus garis panduan perancangan bandar rendah karbon
Garis panduan itu akan menjadi dokumen penting dalam perancangan bandar serta membantu aspirasi negara mencapai status GHG Sifar Bersih menjelang 2050.
Lebih 35,000 kes penipuan direkod tahun lepas, rugi RM1.6 bilion
Negara mencatatkan sejumlah 35,368 kes penipuan tahun lepas dan mengakibatkan kerugian RM1.6 bilion.
Perlu ada 30 peratus wakil wanita di peringkat DUN, Parlimen
Sementara itu, pengarah negara bagi Westminster Foundation for Democracy (WFD) di Malaysia, Ooi Kok Hin berpendapat perwakilan wanita dalam politik memerlukan inisiatif yang lebih konkrit dan bukan hanya bersifat retorik semata-mata.
Negara perlu lebih ramai wanita dalam bidang politik - ADUN KKB
Negara memerlukan lebih ramai wanita melibatkan diri dalam politik bagi memastikan suara serta kepentingan mereka diwakili secara lebih menyeluruh dalam proses pentadbiran dan pembuatan dasar.

Trump kritik Zelenskyy keluar ‘kenyataan terburuk’ mengenai perang Ukraine
"Ini adalah kenyataan terburuk yang boleh dibuat oleh Zelenskyy dan Amerika tidak akan bertolak ansur dengannya lebih lama lagi!"
Menang Oscar, Pengarah 'No Other Land' seru henti kezaliman terhadap Palestin
Pengarah "No Other Land", sebuah dokumentari yang menggambarkan kehidupan di sebuah perkampungan Tebing Barat di bawah pendudukan tentera Israel dan memenangi Anugerah Oscar bagi kategori Dokumentari Terbaik ke-97 pada Ahad, menyeru dunia mengambil tindakan tegas bagi menghentikan kekejaman terhadap rakyat Palestin.
Seorang maut, beberapa individu cedera dirempuh kereta
Sekurang-kurangnya seorang maut manakala beberapa orang lagi cedera selepas sebuah kereta merempuh pejalan kaki di bandar Mannheim pada Isnin.
Trump akan maklum mengenai perbincangan galian Ukraine
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump akan memberikan maklumat terkini mengenai perjanjian galian Ukraine pada Selasa.

13,095 pendatang tanpa izin ditahan di Johor tahun lepas - Imigresen
Sebanyak 13,095 pendatang tanpa izin ditahan dalam operasi penguatkuasaan yang dijalankan di seluruh negeri ini bagi tempoh 1 Jan hingga 31 Dis tahun lepas.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Johor komited bangunkan industri nanas
Kerajaan negeri akan terus memperkasa kegemilangan Johor sebagai pengeluar utama nanas di peringkat nasional dan antarabangsa.

Polis Marin rampas barangan e-waste tidak sah bernilai lebih RM71 juta
Polis Marin Wilayah Dua berjaya merampas barang-barang berjadual e-waste yang dibawa dari luar negara secara tidak sah bernilai lebih RM71 juta.

JS-SEZ beri impak positif, bantu tingkat jualan hartanah di Johor - Exco
Impak positif penubuhan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) telah membantu meningkatkan penjualan hartanah di Johor.

Johor rancang bangun sukan padel, pickleball - Exco
Johor merancang untuk membangunkan sukan padel dan pickelball sekali gus menjadi tarikan pelancongan sukan di negeri itu.

Banjir di Johor beransur pulih, Pahang tidak catat perubahan ketara, Perak kekal
Di Johor, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 1,860 orang setakat 4 petang ini berbanding 2,498 orang yang direkodkan pagi tadi.

Banjir: Mangsa di Pahang meningkat, Johor berkurang
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Pahang mencatatkan sedikit peningkatan manakala di Johor, Sarawak dan Perak tidak jauh berubah.

Hujan berterusan dijangka landa Johor sepanjang hari ini
Kawasan terlibat ialah Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Perjanjian JS-SEZ bawa limpahan manfaat besar kepada Johor - Menteri Besar
Perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang dimeterai hari ini akan membawa limpahan manfaat yang besar terutamanya kepada Johor dan rakyatnya.