KOTA KINABALU: Ahli UMNO, termasuk calon yang bertanding dalam pemilihan parti, terutama bagi jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO diingatkan agar tidak terpengaruh dengan kumpulan yang mahu menggugat kerajaan semasa.
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau juga tidak mahu ada dalam kalangan calon pada pemilihan parti itu yang bertindak mendukung parti lain dan mengenepikan perjuangan UMNO.
Timbalan Perdana Menteri itu berkata beliau berharap mereka yang telah mencalonkan diri adalah terdiri daripada yang benar-benar komited untuk memperkasakan UMNO di semua peringkat terutamanya di peringkat nasional.
Berucap pada sesi pengenalan calon bertanding pemilihan UMNO di sini malam tadi, beliau berkata calon juga diingatkan supaya patuh kepada peraturan pemilihan, kerana setakat ini didapati ada calon yang telah hilang kelayakan sebelum tiba hari pemilihan.
Menurutnya Jawatankuasa Pemilihan mempunyai hak untuk membatalkan kemenangan, dan ahli UMNO diharap memahami peraturan yang telah ditetapkan.
Sementara itu ketika ditemui pemberita Ahmad Zahid berkata, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan telah menerima surat daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang memberikan keabsahan kepada Perhimpunan Agung UMNO 2022 yang membawa usul jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan.
Beliau berkata ia adalah kerana Pengerusi Tetap UMNO Tan Sri Badruddin Amiruddin telah mengikuti semua peraturan yang termaktub dalam peraturan mesyuarat perhimpunan itu dan usul juga mengikut perlembagaan parti.
"Tugas Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) adalah untuk menjaga kepentingan ahli mana-mana badan yang berdaftar dengan RoS, dan kepentingan ahli itu mengikut sebagai mana yang termaktub dalam perlembagaan.
"Maka dalam hal ini kuasa menteri adalah kuasa muktamad untuk menentukan keabsahan Perhimpunan Agung UMNO 2022," katanya.
Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dilaporkan berkata KDN memutuskan untuk memberi pengecualian daripada pematuhan Seksyen 13(1)(c)(iv) Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832) kepada UMNO berhubung keputusan usul tambahan tidak mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden pada pemilihan parti tahun ini.
Saifuddin Nasution berkata pihaknya telah merujuk kepada Perlembagaan dan Peraturan-Peraturan Persidangan UMNO mengenai usul tambahan itu dan memberi pengecualian berdasarkan Seksyen 70 Akta 832.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 07 2023

Ahmad Zahid tiba pada majlis pengenalan Calon Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Exco Wanita dan Exco Pergerakan Puteri UMNO Sabah di Magellan Sutera, Kota Kinabalu, semalam. -- fotoBERNAMA

KKDW fokus bangunkan infrastruktur luar bandar Sabah - Ahmad Zahid
Sabah memerlukan lebih banyak pembangunan infrastruktur, dan perancangan itu mampu direalisasikan hasil hubungan baik Kerajaan MADANI dan negeri.

Hati-hati! Scammer guna akaun palsu Sultan Ibrahim, foto Keluarga Diraja Johor
Royal Press Office menegaskan bahawa penyamaran dan penyalahgunaan identiti adalah satu kesalahan di sisi undang-undang.

Seorang maut, 5 cedera dalam insiden tembakan di hospital Pennsylvania
Suspek bersenjatakan pistol ketika memasuki Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Memorial UPMC sebelum menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan.
AWANI Ringkas: eman lima hari dan tiga hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

30 pasukan bola sepak, peniaga rugi penganjur karnival lesap
Difahamkan penganjuran program selama dua hari pada 22 dan 23 Februari itu turut melibatkan beberapa peniaga yang turut diperdaya penganjur.

Khaled, Saifuddin ucap takziah kepada keluarga Ishsam
Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar, bukan sahaja kepada rakyat di Ayer Kuning dan negeri Perak, tetapi juga kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

Calon pemilihan UMNO usah terpengaruh dengan kumpulan cuba gugat kerajaan - Ahmad Zahid
Zahid juga tidak mahu ada dalam kalangan calon yang bertindak mendukung parti lain dan mengenepikan perjuangan UMNO.