KUALA LUMPUR: Beberapa Ahli Parlimen daripada pelbagai parti politik yang dihubungi petang ini mengesahkan mereka telah menyerahkan surat akuan bersumpah masing-masing kepada Istana Negara dan menyertakan nama calon pilihan untuk menjadi perdana menteri kesembilan, seperti yang diminta Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun semalam.
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil berkata surat akuan bersumpah beliau telah dihantar melalui e-mel pagi tadi, manakala Ahli Parlimen Batu, P. Prabakaran telah menghantar surat akuan bersumpah melaui e-mel dan faks pada pukul 12.30 tengah hari.
Kedua-duanya adalah ahli Dewan Rakyat daripada PKR.
"Pemilihan calon perdana menteri adalah seiring dengan pendirian PKR yang berpegang kepada konsensus PH, iaitu menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri," kata Prabakaran ketika dihubungi.
Sementara itu Ahli Parlimen Pasir Puteh Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh mengesahkan surat akuan bersumpah telah dihantar kepada parti (PAS) untuk diuruskan.
Ketua Dewan Ulama PAS Pusat itu menjelaskan Dewan Ulama PAS Pusat menyokong pencalonan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri, yakni selaras dengan ketetapan PAS Pusat yang sebulat suara menyokong Naib Presiden UMNO itu untuk menduduki jawatan berkenaan.
"Pencalonan itu juga menunjukkan pemimpin Perikatan Nasional (PN) mampu bersatu dalam apa jua keadaan yang berlaku. Saya yakin Ismail Sabri dapat menampilkan kepimpinan yang baik berasaskan pengalamannya sebagai Timbalan Perdana Menteri sebelum ini," katanya.
Ahli Parlimen Tumpat yang juga Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata beliau juga sudah menyerahkan surat akaun bersumpah itu kepada parti untuk diuruskan.
Sementara itu, Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke Siew Fook berkata DAP menyerahkan surat akuan bersumpah kepada Istana Negara sebelum pukul 4 petang, dan menurutnya surat akuan itu adalah rahsia mengikut arahan Istana Negara.
Semalam, Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun menerusi notis bertarikh 17 Ogos meminta 220 ahli Dewan Rakyat menyerahkan satu surat akuan bersumpah bagi menamakan seorang calon perdana menteri.
Notis itu bagi membolehkan seorang daripada mereka yang mempunyai kepercayaan majoriti dilantik sebagai perdana menteri susulan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Ahli Parlimen Pagoh Isnin lepas.
Menurut sumber rapat, Ahli Parlimen Ketereh (Kelantan) Tan Sri Annuar Musa telah menghantar surat akuan menerusi e-mel manakala Ahli Parlimen Padang Terap (Kedah) Datuk Seri Mahdzir Khalid pula menerusi aplikasi WhatsApp.
Sementara itu, Ahli Parlimen Parti Warisan Sabah (Warisan) juga telah menandatangani dua surat akuan masing-masing bagi menyokong Anwar dan Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai Perdana Menteri.
Ketua Wira Warisan Datuk Azis Jamman yang juga Ahli Parlimen Sepanggar (Sabah) menegaskan walaupun menandatangani dua surat akuan, Warisan akan berusaha memastikan Anwar sebagai calon pertama Perdana Menteri.
Beliau mendakwa Anwar kini mempunyai 105 sokongan termasuk daripada Warisan, dan Anwar perlu mendapatkan sokongan enam lagi ahli Parlimen bagi jumlah majoriti mudah 111 kerusi parlimen.
Gabungan Parti Sarawak (GPS) juga telah menyerahkan surat akuan bersumpah kepada Istana Negara, namun Pengerusi GPS Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata beliau tidak boleh mendedahkan nama dan jumlah calon yang telah dihantar itu.
"Saya tidak boleh beritahu nama (yang telah dihantar), saya tidak boleh mendahului Yang di-Pertuan Agong (Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah)," katanya.
Ketika ditanya sama ada Anwar atau PH ada menghubunginya untuk mendapatkan sokongan, Abang Johari berkata beliau tidak dihubungi Anwar.
Dewan Rakyat kini mempunyai 220 orang ahli selepas dua ahlinya meninggal dunia tahun lepas iaitu Datuk Hasbullah Osman bagi kawasan Gerik dan Datuk Liew Vui Keong (kawasan Batu Sapi).
Sehubungan itu, seseorang Ahli Parlimen perlu mempunyai sokongan sekurang-kurangnya 111 Ahli Parlimen sebagai majoriti mudah untuk membolehkan dia dilantik sebagai perdana menteri.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 18 2021

Semalam, Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun menerusi notis bertarikh 17 Ogos meminta 220 ahli Dewan Rakyat menyerahkan satu surat akuan bersumpah bagi menamakan seorang calon perdana menteri. - Gambar fail/BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Ahli Parlimen disaran guna peruntukan bantu pertingkat jalur lebar di sekolah
Ahli Parlimen yang menerima peruntukan daripada kerajaan Persekutuan dicadang untuk menggunakannya bagi membantu mempertingkat perkhidmatan jalur lebar di sekolah.

92 Ahli Parlimen India digantung tugas
Seramai 33 anggota Dewan Rakyat dan 45 anggota Dewan Negara digantung tugas pada Isnin manakala 14 lagi telah digantung tugas minggu lalu.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 November 2023.

Kerajaan Itali mahu haramkan penggunaan bahasa Inggeris dalam urusan rasmi
Kerajaan Itali berhasrat untuk mengharamkan penggunaan bahasa Inggeris dalam urusan rasmi.

PM Anwar tegur sikap Ahli Parlimen, minta jaga tatasusila
Jangan biarkan rakyat ketawa melihat seluruh Dewan ini seperti sarkas, pesan Perdana Menteri.

PRU15: Tun M setuju tindakan isytihar harta, tapi bukan musim pilihan raya semata-mata
Dr Mahathir berkata, perkara itu perlu dibentangkan di Dewan Rakyat terlebih dahulu bagi mewajibkan ahli Parlimen mengisytihar harta masing-masing.

Tidak sampai satu jam, Dewan Rakyat 'panas' dengan pertikaman lidah Ahli Parlimen
Beberapa perkataan yang agak panas seperti "letak jawatan" dan "derhaka" turut dikeluarkan sepanjang sejam mesyuarat itu berlangsung.

Parti atau pengundi
Sebarang kesilapan di dalam pemilihan calon dalam pilihan raya boleh membawa kesan yang harus ditanggung oleh setiap rakyat di negara ini.

Tiada asas ugut Ahli Parlimen sokong Belanjawan 2021 - Tun M
Tun Dr Mahathir berkata Tengku Zafrul dan pemimpin kerajaan lain amat tidak bertanggungjawab dengan mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan.

Peruntukan untuk pembangkang ditarik balik, mana keadilannya? - Syed Saddiq
Persoalan itu dilontarkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat pada Rabu.