Itu antara perkara yang dititahkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenaan pelantikan Perdana Menteri baharu.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin memaklumkan satu Perbincangan Khas Majlis Raja-Raja Melayu akan diadakan pada Jumaat ini bagi membincangkan isu semasa.
- Perdana Menteri dilantik hendaklah secepat mungkin kemuka usul undi percaya, tentukan keabsahan di Dewan Rakyat;
- Perbincangan Khas Majlis Raja-Raja Melayu diadakan pada Jumaat bagi bincangkan isu semasa;
- Sedaya upaya menyempurnakan tanggungjawab berteraskan keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang;
- Kemelut politik berlarutan tanpa titik noktah telah mengganggu gugat tadbir urus kerajaan
- Rakyat tidak wajar dibebankan dengan kemelut politik yang tidak berkesudahan;
- Semua kemelut dan kecelaruan politik ini telah memberi kesan negatif yang mendalam kepada ekonomi negara;
- Demi kemaslahatan dan keselamatan rakyat, mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bukan satu pilihan terbaik;
- Ahli-ahli Dewan Rakyat perlu bersatu hati, wujudkan perpaduan, penyatuan semua parti-parti politik;
- Beri fokus kepada isu-isu semasa, jernih kekusutan dengan kadar segera;
- Yang menang harus hulur tangan bekerjasama dengan yang tidak berjaya, bersedia bekerja dalam satu pasukan; dan
- Kesepakatan, kejujuran Ahli-ahli Dewan Rakyat sangat perlu pastikan kemaslahatan dan keselamatan rakyat jadi keutamaan.




