PUTRAJAYA: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berterima kasih kepada Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti berkenaan yang mencadangkan agar beliau terus menjadi Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Selain memanjatkan kesyukuran, Perdana Menteri berkata, keputusan yang dibuat itu melambangkan bahawa UMNO kekal terus bersatu dalam kalangan ahlinya tanpa berbelah bahagi.
"Saya ucap terima kasih kepada Presiden, Timbalan Presiden, semua ahli MKT (kerana) sebulat suara menyokong saya sebagai calon Perdana Menteri selepas PRU15, jika Barisan Nasional menguasai pilihan raya.
“Ini menunjukkan bahawa, UMNO ini terus bersatu walaupun macam-macam pihak mengaitkan kumpulan-kumpulan (dalam UMNO) dan sebagainya.
"Tetapi, keputusan semalam jelas menunjukkan bahawa apa yang diperkatakan oleh masyarakat adalah tidak benar," katanya kepada media ketika ditemui di sini, hari ini.
UMNO semalam mengeluarkan kenyataan bahawa MKT sebulat suara mencadangkan agar Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera sebagai calon Perdana Menteri dalam menghadapi PRU15 kelak.
Pada masa sama, Ismail Sabri berkata, beliau akur dengan keputusan yang dibuat MKT UMNO untuk menamatkan perjanjian yang dimeterai dengan pihak pembangkang menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) yang dijadual berakhir Julai ini.
“Kita akan tengok. Biasanya keputusan oleh MKT itu perlu diikuti. Bagaimanapun, mungkin bulan tujuh ini, kalau berlaku apa-apa, saya perlu bawa ke MKT semula.
"Dan saya selaku Naib Presiden UMNO tentu sahaja tertakluk kepada keputusan yang dibuat oleh MKT. Bagaimanapun, ia keputusan untuk selepas 31 Julai nanti," katanya.
Beliau juga menjelaskan, masih terlalu awal untuk membincangkan perkara itu memandangkan sebarang keputusan mungkin akan menyebabkan berlaku perubahan lain di kemudian hari.
Oleh yang demikian, katanya, perbincangan akan diadakan di dalam MKT seandainya berlaku perubahan atau sebarang keperluan ke arah itu.
Raja Hisyam Raja Zaid
Fri Apr 15 2022

Keputusan yang dibuat itu, kata Ismail Sabri, melambangkan UMNO kekal terus bersatu dalam kalangan ahlinya tanpa berbelah bahagi. - Gambar fail Astro AWANI
MOTAC gantung lesen syarikat umrah Hejira Travel And Tours
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menggantung lesen syarikat umrah Hejira Travel and Tours Holding Sdn Bhd kerana didapati melakukan pelanggaran terhadap Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482).
Pelanggaran polisi punca akaun TikTok media tempatan digantung
TikTok memaklumkan keputusan menggantung akaun milik media tempatan secara kekal, dibuat selepas semua agensi terbabit dikenal pasti melanggar polisi keselamatan berkaitan remaja di platform itu.

Sabah catat kunjungan 3.14 juta pelancong tahun lepas
Jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 20.4 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 26 Februari 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Indonesia dan Apple meterai perjanjian, buka laluan untuk jualan iPhone 16
Menteri Perindustrian Agus Gumiwang Kartasasmita berkata perjanjian itu satu pencapaian penting selepas 5 bulan rundingan yang mencabar.
Tumpuan Khamis – 27 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Sanusi mohon maaf kepada Amirudin, saman RM10 juta selesai
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, memohon maaf kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari di Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu berhubung kes saman fitnah RM10 juta berkaitan kenyataan mengenai Projek Gerbang Maritim Selangor (SMG).
AWANI Tonight | 26 Feb 2025
AWANI Tonight with Hafiz Marzukhi
- Zelensky to visit White House after mineral deal agreed
- South Korea's birthrate rises for the first time in 9 years
- Zelensky to visit White House after mineral deal agreed
- South Korea's birthrate rises for the first time in 9 years
10 Berita Pilihan - (26 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

PRK Pelangai: Siapa pun calon, dia wakili parti - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, tidak sepatutnya timbul isu berhubung siapa yang dipilih bertanding kerana pada akhirnya, calon itu akan tetap membawa nama dan imej parti.

Pinda Akta DBP, beri kuasa ambil tindakan salah guna bahasa Melayu - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, perkara itu merupakan sebahagian daripada usaha semasa pentadbirannya, namun tidak sempat dilaksanakan disebabkan pertukaran Kerajaan.

Tidak bersara, Ismail Sabri akan terus aktif politik walaupun bukan lagi Naib Presiden
Ismail Sabri berkata beliau juga akan kekal menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera selepas menang tanpa bertanding.

Kerajaan 'caretaker' bersidang seperti biasa, bentang bajet mini untuk gaji penjawat awam
Kerajaan semasa akan kekal sebagai kerajaan caretaker sekiranya tiada mana-mana parti membentuk kerajaan dalam masa terdekat ini.

Pasca PRU15: 'BN tak sokong mana-mana gabungan bentuk kerajaan' - Ismail Sabri
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.

PRU15: Ismail Sabri tiba di Istana Negara
Tujuan sesi menghadap antara Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong berkenaan masih menjadi tanda tanya.

MH17: Malaysia berpuas hati dan sokong keputusan Mahkamah The Hague - PM
Malaysia sentiasa berpendirian bahawa perbicaraan yang dijalankan mesti berlandaskan kebenaran, keadilan dan tanggungjawab.

PRU15: 'Deklarasi Profesor Melayu G70 sokong Anwar' tidak wakili MPN - Ismail Sabri
Perkara itu dimaklumkan Presiden MPN sendiri, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose ketika dihubunginya pada Rabu.

Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri seluruh negara telah diaktifkan - PM
Ismail Sabri berkata, fokus gerak kerja di peringkat negeri dan daerah telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

PRU15: 'Saya masih calon PM untuk BN, tiada perubahan' - Ismail Sabri
Jelas Ismail Sabri, tiada perubahan mengenai keputusan yang telah dibuat BN sebelum ini.