KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 hari ini, selepas dikatakan sebagai calon Perdana Menteri paling lama menanti untuk menyandang jawatan, hampir 25 tahun.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dan Presiden PKR berusia 75 tahun itu tidak asing dalam pentadbiran negara kerana beliau pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri sebelum dipecat pada 1998 dan kemudian dipenjarakan atas tuduhan yang menurutnya adalah percubaan bermotifkan politik untuk menamatkan kerjayanya.
Anwar telah menawan kerusi Parlimen Tambun pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang baru sahaja berakhir yang menyaksikan PH memenangi 82 kerusi dengan Parlimen tergantung namun diselesaikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selepas berbincang dengan Raja-Raja Melayu.
Perdana Menteri baharu ini yang dikenali sebagai seorang pemimpin yang bijak berpidato, dilahirkan pada 10 Ogos 1947 di Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Menelusuri kehidupannya, Anwar mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Cherok Tok Kun dan Sekolah Stowell, pendidikan menengah di Kolej Melayu Kuala Kangsar sebelum melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang Pengajian Melayu di Universiti Malaya.
Bergiat aktif dalam bidang politik sejak di universiti lagi, Anwar mengasaskan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan menjadi Presidennya sehingga 1982.
Pada masa yang sama beliau juga menjadi anggota jawatankuasa Majlis Belia Asia, anggota Majlis Belia Dunia serta anggota jawatankuasa rantau Asia Pasifik pada Perhimpunan Belia Sedunia.
Pada 1982, Anwar menerima pelawaan Perdana Menteri keempat Datuk Seri (kini Tun) Dr Mahathir Mohamad untuk menyertai UMNO dan pentadbirannya.
Mula menjadi Ahli Parlimen pada tahun yang sama setelah memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh dan dilantik Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Beliau memegang jawatan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan (1983) setahun selepas itu, Menteri Pertanian (1984) dan Menteri Pendidikan (1986).
Terus mengukir nama dalam pentadbiran negara di bawah pemerintahan Perdana Menteri keempat Dr Mahathir, Anwar diberi kepercayaan memegang jawatan menteri kanan apabila dilantik sebagai Menteri Kewangan pada 1991.
Kerjaya politik bapa kepada enam cahaya mata ini terus bersinar apabila dilantik mengisi jawatan nombor dua negara iaitu sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 1993.
Sepanjang penglibatannya dalam kerajaan sebelum ini, Anwar pernah mengharumkan nama negara apabila dinobat sebagai Menteri Kewangan terbaik Asia pada 1996.
Namun pada 2 Sept 1998, Anwar dipecat daripada jawatan berkenaan dan dijatuhi hukuman penjara enam tahun pada 1999.
Berada di sebalik tirai besi, tidak menghentikan perjuangan suami kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ini apabila terus menggerakkan agenda reformasi dan membuat percaturan politik tanah air melalui partinya Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Anwar kemudian dibebaskan pada 2004 namun tidak dibenarkan berpolitik selama lima tahun berkuat kuasa dari tarikh pembebasannya.
Pada 2008, Anwar kembali ke Dewan Rakyat setelah memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh atas tiket PKR apabila Wan Azizah yang juga anggota Parlimen kawasan itu, meletak jawatan bagi memberi laluan kepadanya untuk bertanding.
Anwar seterusnya berjaya mempertahankan kerusi Parlimen itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 pada 2013.
Beliau, bagaimanapun, dijatuhi hukuman penjara lima tahun pada 2014 yang menyebabkannya sekali lagi hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh.
Berikutan kerjasama politik dengan Tun Dr Mahathir (yang keluar UMNO pada 2016), PH menang PRU ke-14 pada 2018, yang menamatkan pemerintahan enam dekad Barisan Nasional (BN).
Anwar telah diberikan pengampunan penuh oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V ketika itu yang membolehkan beliau aktif semula dalam poliltik.
Pada 18 Nov 2018, Anwar sah diangkat sebagai Presiden PKR pada Kongres Nasional PKR ke-13 selepas Wan Azizah melepaskan jawatan itu.
Pada bulan yang sama, Anwar bertanding di PRK Port Dickson dan memenangi kerusi itu dengan majoriti 23,560 undi, sekali gus menempatkan dirinya sekali lagi dalam Dewan Rakyat.
Hubungan kerjasama politik Anwar dan Dr Mahathir, yang menjadi Perdana Menteri ketujuh dan menerajui kerajaan PH, tidak bertahan lama apabila pada 2020 timbul isu peralihan kuasa Perdana Menteri dan insiden Langkah Sheraton, yang menyebabkan kerajaan PH tumbang.
Rentetan Langkah Sheraton itu yang menyaksikan Dr Mahathir meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan Pengerusi Bersatu, Anwar diangkat sebagai Pengerusi PH dan menerajui gabungan itu, serta kekal sebagai Ketua Pembangkang.
Anwar menjadi Pengerusi PH selepas Dr Mahathir meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan Pengerusi Bersatu, komponen PH pada 24 Feb, tetapi Anwar kekal sebagai Ketua Pembangkang semasa Perdana Menteri kelapan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Perdana Menteri kesembilan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Anwar mengetuai PH yang menyaksikan gabungan parti PKR, DAP, Amanah, Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) dan rakan sekutu MUDA memperoleh 82 kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). - BERNAMA
Bernama
Thu Nov 24 2022
Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (kanan) berkenan menyampaikan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Gambar BERNAMA
Pakistan turunkan tarif elektrik untuk EV, galak pembangunan hijau
EV adalah langkah tepat untuk menangani pencemaran udara yang perlu ditingkatkan bagi menangani perubahan iklim.
Perjanjian ini adalah hasil rundingan panjang dan sukar
Fasa awal gencatan senjata ini akan menghentikan pertempuran yang telah meranapkan banyak kawasan bandar di gaza dan menyebabkan hampir keseluruhan penduduk seramai 2.3 juta orang kehilangan tempat tinggal
Empat Pengarah Syarikat antara lima ditahan reman, siasat penyelewengan dana RM104 juta
Empat ahli lembaga pengarah syarikat antara lima ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi membantu siasatan kes penipuan melibatkan dana pelaburan awam berjumlah RM104 juta.
YTL Group akan labur £4 bilion di UK, sedia lebih 30,000 peluang pekerjaan
Pelaburan tersebut yang merangkumi bandar baharu paling pintar, akan turut menyediakan lebih 30,000 pekerjaan di seluruh UK.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas, menurut kenyataan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar.
Penyertaan UK dalam CPTPP peluang tingkat perdagangan dengan Malaysia
Jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pelaburan oleh syarikat perniagaan Malaysia di UK bukan hanya sekadar memacu pertumbuhan ekonomi, tetapi juga mencerminkan komitmen untuk memupuk perkongsian yang membawa pembangunan secara bersama.
Gencatan senjata: Keutamaan untuk hentikan derita rakyat Palestin - PBB
Menurut Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, badan dunia itu bersedia untuk menyokong pelaksanaan perjanjian ini dan meningkatkan penghantaran bantuan kemanusiaan berterusan kepada rakyat Palestin yang terus menderita.
Lebih setengah juta kanak-kanak Afghanistan berisiko kurang nutrisi pada 2025
Antara punca situasi membimbangkan itu adalah keadaan iklim yang ekstrem "membataskan keupayaan orang ramai memberi makan kepada keluarga".
Gencatan senjata: Ini langkah yang diperlukan - Israel
Herzog menyokong perjanjian tersebut dan berkata bahawa pembebasan tebusan Israel, sama ada yang telah meninggal dunia atau masih hidup, yang telah ditahan di Gaza selama 15 bulan, adalah satu kewajipan moral dan kemanusiaan
Gencatan senjata: Ini satu kejayaan selepas 400 hari perjuangan - Biden
Perjanjian yang kompleks ini merangkumi fasa gencatan senjata awal selama enam minggu dan termasuk penarikan berperingkat tentera Israel dari Semenanjung Gaza serta pembebasan tebusan yang ditahan oleh Hamas sebagai pertukaran dengan tahanan Palestin yang ditahan oleh Israel
YTL Group akan labur £4 bilion di UK, sedia lebih 30,000 peluang pekerjaan
Pelaburan tersebut yang merangkumi bandar baharu paling pintar, akan turut menyediakan lebih 30,000 pekerjaan di seluruh UK.
CPTPP saluran kritikal kembang pelaburan, perdagangan antara Malaysia, UK - PM Anwar
Anwar berkata ini dapat dilaksanakan susulan daripada langkah kedua-dua negara menyertai perjanjian tersebut.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Lawatan ke UAE buahkan kejayaan bermanfaat untuk rakyat, negara - PM Anwar
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia akan memainkan peranan lebih luas dan meningkatkan kerjasama strategik dalam beberapa bidang.
Perancis alu-alukan inisiatif baharu Malaysia di bawah kepengerusian ASEAN
Perancis mengalu-alukan kemajuan dan inisiatif baharu Malaysia di bawah Kepengerusian ASEAN tahun ini.
Kedudukan unik Malaysia bantu rangka dasar ekonomi komprehensif, mampan
Malaysia beruntung kerana stabil dari segi politik walaupun mempunyai rakyat yang berbilang budaya, agama dan bangsa.
Lawatan kerja: PM adakan perbincangan dengan Presiden Kenya, Uganda
Kenya dan Uganda menyatakan kesepakatan meningkatkan perdagangan dua hala dengan Malaysia.
MY-UAE CEPA: Rundingan FTA terpantas dalam sejarah Malaysia - Tengku Zafrul
MY-UAE CEPA telah mencipta rekod baharu untuk Malaysia sebagai perjanjian perdagangan bebas paling pantas dimuktamadkan.
MY-UAE CEPA tingkat akses pasaran, kurangkan tarif perdagangan – PM
Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif antara Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (MY-UAE CEPA) membuka lembaran baharu dalam hubungan perdagangan dua hala.
Lawatan kerja PM: Malaysia-UAE meterai perjanjian perdagangan bebas
Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) menandatangani Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Malaysia-UAE (CEPA).